SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

28 Disember 2008

ORANG LAIN KENO GETAH,ORANG LAIN PULAK YANG MENGELABAH


Penswastaan IJN : Orang Lain Makan Nangka, Orang Lain Kena Getah -By Dewa penyapu

1. Cadangan penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) mendapat bantahan pelbagai pihak. Rata-rata mempertikaikan kewajaran menyerahkan perkhidmatan kesihatan kepada organisasi korporat yang bermotifkan keuntungan.
Takat yang den baco dan ikuti.... bukan rata rata...bukan pelbagai.....den raso semua bantah....

2. Saya difahamkan apa yang berlaku ialah cadangan penswastaan itu dikemukakan oleh sebuah syarikat perundingan (konsultan) kepada Kerajaan.
Mengikut pembacaan den...dewa penyapu tau sapo dalang disebalik konsultan ini tapi takdo bukti yang kukuh bak kato che det....dan mengharapkan pihak lain yang akan siasat dan mengumumkan...dan peluang untuk dapat jawatan ketuo pemudo tinggi bilo sorang pesaing sudah dijatuhkan dan tidak akan raso bersalah kerano bukan dio yang pocahkan tembelang sapo yang terlibat...bijak sungguh dewa penyapu ni bermain dongan propaganda

3. Dalam hal ini, kita ingin bertanya:
(a) siapakah konsultan yang mengemukakan cadangan tersebut, dan
ha...kan den dah cakap...... di timbulkan persoalan sapo konsultan....supayo yang bijak pandai paham... konsultan bukan bertindak ikut suko...dorang buat paperword sobab di bayar...maknonyo di suruh kito cari sapo yang bayar konsultan ni...hik hik hik bijak sungguh dewa penyapu ni bermain dongan propaganda

(b) berapakah jumlah keuntungan yang bakal diperolehi sekiranya cadangan itu menjadi realiti.
wuish kalau bab duit orang laju je nak tau..... cito dongan den sikit.....berapo hang dapat dari BALKIS.....yang dari projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.....JKR estimet rm50juta je tu....yang Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta...bak mai habaq dongan den berapo jumlah keuntungan hang? (den maleh nak bangkit kan yang lain banyak benar la pulak hik hik hik)bijak sungguh dewa penyapu ni bermain dongan propaganda...
4. Sekiranya ada pihak yang perlu menjawab bantahan rakyat, ia adalah konsultan yang membuat cadangan itu yang sehingga kini tidak menjelaskan rasional cadangan tersebut.
apo nak poning kepalo...gomen tolak aje cadangan tersebut...takdo laie isu timbul....yang poning nanti yang dah bayar konsultan buat cadangan tu.. tapi gagal...hik hik hik duit dah kuar...tapi projek gagal... tak usah di alihkan kemarahan rakyat dongan isu ni ke pihak lain...bijak sungguh dewa penyapu ni bermain dongan propaganda...

5. Oleh itu, saya berpendapat adalah tidak wajar Kerajaan dan Kabinet dipersalahkan dalam hal ini. Kerajaan hanya menerima kertas cadangan dan membuat pertimbangan sama seperti yang dilakukan terhadap cadangan-cadangan lain.
Kan den dah cakap kan tadik... kalau gomen tolak cadangan tersebut takdo sapo nak salahkan gomen la... rakyat bukan nyo BONGOK macam hang....ingat rakyat la ni tak leh nak pikiaq ko....bijak sungguh dewa penyapu ni bermain dongan propaganda...

6. Saya bersetuju bahawa perkhidmatan kesihatan tidak sewajarnya dilepaskan kepada sektor swasta semata-mata. Sekiranya Sime Darby atau mana-mana GLC bermotifkan keuntungan berhasrat untuk terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan, maka sewajarnya ia membuka hospital jantung sendiri -- bukannya dengan mengambilalih IJN.
kalau GLC itu ado bagi habuan kek hang macammano pulak? manolah tau tetibo hang dapat jadi ceo GLC tu ....pastu GLC tu buat projek macam ni...hang nak cakap apo?......hik hik hik

7. Dengan cara ini mereka boleh menawarkan perkhidmatan kesihatan premium kepada golongan berada atau pesakit dari luar negara; tanpa meningkatkan kos rakyat mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara sekarang.
betul.... betul.... betulll... bulih gak dorang buat ujikaji tempe ...selain mencantikkan wajah....mana tau bulih ubat penyakit jantung
8. Usahlah menjadi seperti "Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah; Orang lain nak untung berjuta, orang lain yang melatah!"
Maka jadi lah "Orang lain keno getah, Orang lain pulak yang mengelabah;Orang lain yang melatah,Dewa penyapu pulak nak HADIAH!"

3 ulasan:

ISA berkata...

Tepet,

Salam Maal Hijrah.
Blog den pun "under maintainance", den tongah mencuba sana sinun ha..ha..ha..

Kalau ado yang tersosat tu, den mintak maap la.. den ni IT buto (bukan buto IT), ranjau je....

YB ghimau tak leh marah, sepatutnyo bertambah bangga laei.. ha..ha..ha..

Nanti hilang la "banner" tu, den tak pueh hati lagi ni... apo laei den nak renovate kat umah den tu...

ISA berkata...

Tepet,

Seperkara laei den nak bagitau, den tak cilok banner tu dari umah tok ghimau, den cilok dari umah ekau... ha..ha..ha...

Ekau halalkan la perbuatan den ni yea..., kira dosa den yang terakhir untuk tahun 1429H.

Lagipun Tok ghimau takdo... dia berkabung 40 hari...

tepet berkata...

DEN OK JE HIK HIK HIK

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T