ISTANBUL: Peristiwa Presiden George W Bush dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi menyebabkan beliau dipenjarakan, manakala Bush pula mendapat malu. Bagaimanapun lain pula halnya di Turki apabila kejadian yang berlaku berjaya meningkatkan industri kasut di negara itu secara mendadak.
Ramazan Baydan pemilik Syarikat Baydan Shoe yang beribu pejabat di Istanbul, kini menerima tempahan dari seluruh dunia selepas mengesahkan bahawa syarikatnya adalah pengeluar kasut kulit berwarna hitam yang dilemparkan Zaidi kepada Bush pada satu sidang akhbar minggu lalu.
Baydan berkata tempahan paling besar diterima dari Amerika dan Britain, selain negara Islam yang berjiran.
“Kami menerima tempahan 120,000 pasang kasut dari Iraq, manakala sebuah syarikat di Amerika menempah 18,000 pasang. Sebuah firma Britain juga menawarkan untuk menjadi pengedar bagi kasut itu untuk jualan di Eropah,” katanya.
Peningkatan mendadak terhadap tempahan kasut model itu juga dicatatkan di Syria, Mesir dan Iran, manakala persekutuan pembuat kasut di negara berkenaan menawarkan Zaidi dan keluarganya bekalan kasut untuk seumur hidup.
Baydan turut merancang menukar nama model kasut 271 itu kepada model ‘the Bush Shoe’ atau ‘Bye-Bye Bush’.
“Kami sudah menjual kasut model ini sejak beberapa tahun lalu, tetapi syukurlah, dengan peristiwa ‘kasut terbang’ itu, kini tempahan yang diterima sungguh di luar jangkaan. Kami juga menimbang untuk menyiarkan iklan televisyen,” katanya.
P/S nasib kasut itu bukan buatan gombak.....kalau tak.... tak pepasal nak beli kasut dalam malaysia, gomen keno kan tax...sebab permintaan tinggi hik hik hik kan pakjib pakar ekonomi... den masih percayo pakjib cakap malaysia takdo effect dengan masalah ekonomi global hik hik hik
2 ulasan:
TK,,, hebat wajah baru blog ekau ni,,,,, !!! keep it up
tuan pak oncu...
ni sobab mlm tadi den tergatal tangan...hik hik hik
Catat Ulasan