SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

02 Disember 2008

TABUNG TOK MUN - CALON BEBAS UNTUK KUALA TERENGGANU



Tok Mun masih minat bertanding

Utusan Merapu

Ini merupakan manifesto tok Mun masa bertanding pru ke12 sebelum ini dan mungkin juga tidak berubah jika beliau bertanding lagi dalam masa yang terdekat ini

Manifesto

Sekolah
Membina lebih banyak sekolah agama, sekolah Arab, sekolah Melayu dan sekolah Inggeris di Kuala Terengganu

Pengangguran
Meminta projek-projek untuk diberi kepada penganggur di Kuala Terengganu

Masalah Kemiskinan
Membina rumah-rumah batu yang baru untuk orang miskin

Anak Yatim
Memastikan bantuan kewangan diberikan kepada anak yatim

Rumah Kebajikan
Mendirikan lebih banyak rumah kebajikan di Kuala Terengganu

Harga Yang Lebih Berpatutan
Menurunkan harga ikan, sayur dan nasi

Alam Sekitar
Memastikan bukit-bukit di sekitar Kuala Terengganu tidak dirobohkan

Beliau juga ada blog sendiri...walaupun dah lama tidak di updatekan mungkin akan update jika beliau bertanding...kerana beliau sendiri menyatakan masih berminat untuk bertanding..

BLOG TOK MUN

Bagi sesiapa yang ingin membantu Tok mun boleh lah hulurkan bantuan...tapi den tak tau macam mano nak hubungi beliau...(yang den tau tok mun tinggal di Jalan Pasir Panjang Kuala terengganu..tu je..)kerana beliau masih mahu bertanding jika ada pihak yang sudi menaja wang deposit berjumlah RM10,000 bagi melayakkan dirinya bertanding sebagai calon pilihan raya kecil itu..oleh itu pada sesapo yang tahu bagaimana ingin hubungi tok mun silalah tinggalkan komen... lebih bagus kalau dapat no akaun tok mun sendiri dan no tepon yang boleh dihubungi...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

no offence to tok mun. cuma pendapat den bagi sesapa yg ada duit lobih byk laei tompet yg afdol utk menderma/sedekah.

112413

tepet berkata...

betul tu tuan... tapi dari bagi kat ggmm yang duk sibuk saman sana...saman sini.. baik bagi kat tok mun....

sebenarnya ia 2 dalam 1... andai tak cukup pun untuk pencalonan..tok mun boleh guna duit itu untuk sara hidup dio...tok mun umuq dah nak masuk 90tahun tapi masih mencari rezki dengan menjual kain..walhal sepatutnya umuq macam tu duduk umah jaga kesihatan..bukan lagi mencari rezki untuk sesuap nasi...

Gelombang Rakyat berkata...

Nampak beliau calon yang lebih baik dari calon Barisan Nasional berikutnya.

Khususnya manifesto perjuangannya.

Tanpa Nama berkata...

Teman setuju beno dengan Zubli. Tapi teman rase.... kali ni bior le opah kite rehat. So, Opah jangan le kacau daun kali ni. Bior deme orang mude tu berentapan satu lawan satu!

Antusabun berkata...

Arghhh... orang tua ni pesal? Dia reti bercakap ke?

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T