Pro Gomen cakap puak pembangkang tidak bersyukur bilo gomen turunkan minyak berkali kali...walaupun seposen...Pro pembangkang pulak membebel....apo kebengapnya gomen turunkan harga minyak sesikit dan kaitkan lagi dengan harga barang yang tak turun turun walaupun harga minyak dah banyak kali turun.....
tapi bersyukurkah gomen selama 50tahun ni rakyat masih memilih mereka?walaupun semakin kurang sokongan...mereka masih lagi meneraju kerajaan malaysia......ikhlas ke mereka bila menurunkan harga minyak.....seperti apa yang berlaku sekarang ni...kenapa 50tahun memerintah setahu den hanyo pada awal tahun 90an pernah turun sekali dan selepas itu tak pernah turun sampai la tahun 2008...dan kenaikan harga dari 2004 yakni selepas paklah bersyukur dapat menang besar dalam pilihanraya harga minyak naik melebihi dari sebelum itu...kerana kebiasaannya sebelum tahun2004 harga minyak naik hanya dua... tiga sen.....paling tinggi pun seposen...tapi 2004 ke atas cukup karut lagi mengarut...dan paling mengarut selepas menang pru 2008 sampai 78sen naiknya.....
Bila didesak rakyat..dan baru sedar rakyat sekarang bukan hanya membaca dari surat khabar dan tv kawalan gomen....dan juga termasuk debat dsai dan menteri penerangan yang sepatutnya dah letak jawatan....baru nak turun harga minyak.....andai kata rakyat bodoh dan bongok berdiam diri bila harga minyak naik...... apakah gomen akan turunkan seperti sekarang?.....den berterima kasih pada kemajuan teknologi.....jika internet ni takdo....rakyat masih di momokkan dengan cerita dongeng dari gomen.....jiko takdo internet ni takdolah rakyat dapat maklumat tentang apa yang berlaku di luar dari kepompong mereka...untuk mereka bezakan buruk dan baik gomen mereka.....
mungkin ramai yang dah tak sabar dengan pilihanraya yang akan datang....spekulasi tetap ado....ada yang ramal gomen sekarang akan tumbang...ado yang cakap...pembangkang takkan ado harapan untuk menjadi pemerintah.....bagi den samado PR ko BN ko yang jadi pemimpin negara bukan satu masalah...tapi orang yang melaksanakan kata kata mereka semasa meraih undi rakyat.....apo bezanya kalau gomen bertukar...tapi cara pemerintahan samo......
Den bukan taksub dongan memano parti politik.... tapi apa salah nya kalau rakyat beri peluang pada PR memimpin gomen buat sepenggal dua....lihat apa yang berlaku...kut makin hampeh...undi kek tangan korang....undi lah BN balik....apa nak takut?.. kalau korang cakap sekarang pun idup pun takat lopeh makan...(kiro ok lah tu..den ni haaaa kais pagi untuk bayar makan semalam...kais potang untuk bayar makan pagi tadi..) cuba bagi peluang kek PR tengok ado perubahan tak idup korang termasuk den ni haaaa.. kut samo je.....pepaham la..kuaso kek tangan korang...............
Berbalik pado tajuk posting den....bukan den tak bersyukur bilo gomen turunkan rego minyak macam siput tapi naikkan rego minyak macam ribut.....ataupun keikhlasan gomen turunkan hargo minyak bukan sobab sobab tertentu seperti pilihanrayo kecik pematang pauh dan kuale tengganu...yang mungkin hanya secara kebetulan harga minyak dunia menjunam waktu pilihanraya kecik kek Malaysia ni dan naik mendadak selepas PRU 2008.....memang takdo alasan kenapo den tak bersyukur dengan penurunan harga minyak ni.....
Tapi kenapo gomen pun macam tak pandai nak bersyukur bilo rakyat masih memberi kepercayaan pado mereka untuk meneraju negara......apakah gomen pun lupo mereka masih gomen kerana undian rakyat......sampai nak banyak songeh nak pertikai kenapo rakyat tak bersyukur ....sampai takdo tindakan kek peniaga yang tak turunkan hargo barang barang....kenapo bilo ado kecaman dan tekanan baru nak berbuat sesuatu....kenapa mereka yang memiliki jawatan dalam kabinet umpama CEO dalam syarikat....seakan pendapatan tahunan mereka tiada had....
BERSAMBUNG...........hik hik hik
2 ulasan:
Dulu lain, sekarang lain.
Sekarang kerajaan tidak ada kerangka induk dalam melaksanakan kemurnian menyeluruh untuk Rakyat dan Negara Malaysia.
Masing-masing semacam Ad-Hoc sahaja. Makno nyo ikut dan jo.
Dari Pak Lah ke Najib suasana semakin buruk bila keputusan tertaklok kepada siapa yang kuat buat bising dan yang mana pemimpinan tidak tahan dengar.
Tepet, ekau gi check gam chap apo RTM guno untuk lagu Dr Asri.
Lopeh itu penyapu ekau pogang itu molek sapu siapo?
Kobar an. Pado den, ekau Lah harapan kami.
wuish..tinggino permintaan tuan zubli....tak berani den nak berjanji....den cubo selidik...gam apo digunokan....
hik hik hik
Catat Ulasan