LIMA (Peru): Kerajaan tidak akan sentiasa mengurangkan harga runcit petrol dan diesel apabila harga minyak mentah dunia turun kerana ia tidak menentu dan boleh naik lagi dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, menurunkan harga terlalu cepat dan sangat rendah boleh menyebabkan kesan tidak baik terhadap usaha membangunkan sumber tenaga alternatif.
BERITA HAIRAN
PUTRAJAYA 22 Nov. — Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi pada hujung bulan ini, menjadikan harga minyak di pasaran turun daripada RM2 ketika ini kepada RM1.85 seliter.
Penurunan harga sebanyak 15 sen itu juga menjadikan harganya lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum.
“Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di sini hari ini.
P/S kalau tanya kek rakyat....... kompom dorang sokong pak shahrir...dari sokong pak jib... tapi yang den mushkil nya ni... kenapo ado 2 cerito?.... kalau cito tu satu datang dari pak jib.. satu laie dari DSAI den paham la.... tapi ni deduo dari kabinet pak lah.... sorang bakal pm malaysia.. sorang lagi tpm impian umno guo musang...kenapo dorang boleh berbeza pendapat?.... apokah sorang berpikiran jauh..sorang lagi nak populor?... pastu bilo tibo masa... buat kenyataan flip flop....den tunggu ujung bulan ... den nak tengok... macam mana dorang nak putar belit.... yang penting bagi den hargo minyak turun....
9 ulasan:
Tepet,
Ceritanya sama.
Apa yang Najib cakap sama dengan yang Sharir cakap.
Tipu!
Begini sebenarnya jika harga minyak petrol dan diesel dinaikkan mendadak dan mencelanak, tidak mengapa, sebab minyak itu sendiri melincirkannya.
Tetapi, jika diturunkan cepat dan kerap, masa harga turun itu pelincir dah tak ada, jadi mudah terbakar.
Macam orang menyapu jugak. Dia akan sapu satu stroke dari belakang ke depan, kemudian satu stroke lagi dari belakang ke depan.
Tidak boleh dia sapu satu stroke dari belakang ke depan, kemudian satu lagi stoke dari depan ke belakang.
Begitu juga harga minyak.
Maklum Lah, sampah tak apa. Ini pula minyak.
Mudah terbakar dek oii!!!
satu ke blkg satu ke dpn... konpius den pasai den sapu mengiring kiri ke kanan... konpius lg! masalah bila pakar ekonomi nak sapu sampah. huhuhu
berita ni mmg den tunggu2. pasai si puteh dah kena 3 strike. Kalau main besbol..
strike 1,
strike 2,
strike 3,
YOUOOO'RE OUT! Greyman.
112413
ontah laa jang....
kobau pun dah maha sekarang nie...
jang ooo jang....
apo kono eii jang.....
Salam Tok Tukang Sapu,
Asenye ade miscommunication antara Banshee Jantah Berambut Putih ngan Pak Monggol ni.....
Satelit communication tergendala kot...
TU yang sorng putar kot kanan, sorg dok belit kot kiri
saya harap Encik Blogger dapat join team blogger pembela negara..kita rapatkan barisan dan barsatu melawan Pakatan Rakyat..
sdr panglima perang selaku speaker dewan telah mencadangkan perkara ini dan sy rasa baik juga idea dia.
pejuang bangsa
sejarahmelayu.blogspot.com
terimo kasih atas pelawaan tuan pejuang bangso... den mushkil dah ni... apokah matlamat sebonarnya ni.. nak kukuh kan melayu atau nak lawan PR?....
Ha..ha..ha.. tepet,
Den dah nampak matlamat "team blogger pembela negara". Betul la apa yang topeng perak komen...
Isu minyak, biasa la umno.. masing2 giler nak masuk paper bagi statement, pasal tu cakap diorang sorang utara sorang selatan.
Rasanya cakap bakal PM lagi power kot.... apa hal pun tunggu hujung bulan ni... he..he..hee..
Ko anggap jelah isu ni lawak parti sarkas... je...
p/s: ni first time den komen dalam blog ko, selalunya den melawat je..
ikutsukaakuisa.blogspot.com
aaaa.. se amik contoh, kalu pokok mau tumbang, pokok takkan pilih tempat, nak hempap kiri ka kanan ka, pokok eh tumbang. jadi orang yang di bawahlah sedia lariik ke arah yang selamat kok karang tak pepasal kena himpok pokok..ahaks!
kocik2 dulu saya suka tebang pokok toge..
Tima Kasih atas komen saya yg membina mahupun yang merobohkan.Saya sesekali tidak bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan saya.
tuan ISA
timo kasih... sesudi la bagi komen laie..hik hik hik
tuan sidra kamar aisa...
den amik kek 2jam mikirkan apo yang tuan mahu sampaikan...den tau den bongap sikit bab nak paham yang tersirat ni...tapi tak sebongap mereka yang BONGAP hik hik hik
Catat Ulasan