Senarai panel penasihat Pak Lah (yang telah menjadi rahsia umum):
1. Penasihat I : Kamaluddin Abdullah, isteri dan keluarga ipar-duai (dengar khabarnya ada bau-bau bacang dengan Patrick Lim Badawi);
2. Penasihat II : BERUK dan Nori (serta keluarga sebelah Rembau, termasuk pemuda yang terus terlantik menjadi menteri penuh, Sang Shaziman);
3. Penasihat III : Keluarga di Kepala Batas, seperti Ibrahim, yang terkenal dengan jenama BRAHIM'S nya, dan pembekal utama bekalan makanan untuk ATM. Dengar khabarnya, cuba nak buka restoran di luar negara, tapi masih belum mencipta nama;
4. Penasihat IV : Keluarga Mahmud Ambak, yang mempunayi rangkaian perniagaan besar (kekayaan Kamaluddin dikatakan oleh Pak Lah diwarisi dari rangkaian ini), termasuk pembekal alat ganti dan kejuruteraan untuk ATM. Bahkan, kepulangan Pak Lah ke pangkuan MINDEF mungkin untuk memastikan kesinambungan kontrak Penasihat III dan Penasihat IV, selepas pencennya Pak Lah nanti;
5. Penasihat V : Keluarga isteri barunya, Jeane. Dengar khabarnya, dah mempunyai firma broker projek tersendiri;
6. Penasihat VI : Golongan cerdik teramat pandai di tingkat 4, yang berkait rapat dengan Penasihat II dan I; dan
7. Penasihat VII : Golongan cerdik teramat pandai "tak bertingkat", seperti Hamid Othman, Mashitah, Musa Hitam, Shahidan Kassim, Mat Tyson, dan sebagainya. Ada di antaranya menjadi penulis draf Islam Hadhari.
Bakal senarai panel penasihat Pak jib (kemungkinan):
1. Penasihat I : Rosmah Mansor, penasihat dan pakar fesyen rambut, batu permata, dan keterampilan, serta penasihat khas Kem Khidmat Negara. Juga mempunyai leluhur di Rembau;
2. Penasihat II : Anak-anak Allahyarham Tun Razak (5 lelaki termasuk Najib) yang nama masing-masing M.... N..... Antaranya terkenal sebagai pakar kewangan dan rebentuk binaan;
3. Penasihat III : Sepupu Najib sebelah Toh Puan Rahah yang berketurunan Turki, seperti Hishamuddin Hussein. Pakar dalam menentukan keperluan persekolahan, seperti peralatan ICT, dsb. (Presiden UMNO I dan IV berdarah Turki, Presiden UMNO II berdarah Siam; tetapi darah Presiden UMNO V yang berketurunan India diperkatakan orang);
4. Penasihat IV : Yayasan Noah dan pewarisnya. Ada kaitan dengan puncak genting (link dengan Penasihat III);
5. Penasihat V : Keluarga di Pekan, seperti pewaris Mentiga, dan leluhurnya;
6. Penasihat VI : Keluarga isteri lama, berserta anak-anak hasil perkongsian dengan bekas isteri, berserta besannya, seperti Iron Lady;
7. Penasihat VII : Keluarga isteri baru, seperti anak-anak Rosmah dengan bekas suami dulu, berserta menantu, seperti Dr Fazli (mungkin mempunyai pengaruh yang agak kurang impaknya); dan
8. Penasihat VIII : Masih kosong. Tingkat masih belum ditentukan. Misi dan Visi Pemerintahan masih dipilih. Pelan kesinambungan Wawasan 2020; Islam Hadhari, DEB, dan sebagainya, masih dirangka (mungkin sudah ada, tapi tak nampak bayangnya lagi). Ethos dianggap sebagai penawar RESUME terbaik untuk mengisi jawatan kosong ini. Penasihat lama, seperti Razak Baginda, mungkin diambil semula.
Senarai Pak jib lebih sedikit dari senarai Pak Lah. Cuma, den harapkan, kecerdikannya melebihi dengan banyaknya dari kecerdikan panel penasihat Pak Lah. Maklumlah, kebanyakan ahli dalam panel penasihat ini mewarisi sifat terpuji, iaitu tidak suka makan gaji, tapi lebih suka makan komisyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan