SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

23 November 2008

KOD ETIKA PENULIS BLOG

Menteri 'BONGOK' Dalam Negeri cadang penulis blog wujudkan kod etika

KUALA LUMPUR: Menteri BONGOK Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mencadangkan penulis blog mewujudkan kod etika mereka sendiri bagi memastikan mereka bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.

Beliau berkata perkara itu penting kerana kebanyakan penulis blog bukan dari kalangan wartawan yang dilatih untuk menulis sesuatu perkara secara adil dan seimbang.

MSTAR

Hik hik hik... antara kod etikanya...ialah....

1. Hanya pujian sahaja dibenarkan terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh kabinet kerajaan

2. Copy dan pastekan setiap berita dari Utusan Merapu dan Berita Hairan tanpa membuat apa apa perubahan drastik dan komen yang tidak memihak pada kerajaan

3. Perlu menghadiri Forum/bengkel/BTN(khas untuk Bloggers)/Seminar yang di anjurkan oleh kerajaan supaya lebih adil dan seimbang dalam penulisan blog

4. Di wajibkan memiliki sekurang kurangnya Diploma in Blogging dari kolej yang akan di ujudkan dalam masa terdekat

5. Blogger dari Pro BN tidak perlu memiliki kad pengesahan blogger yang akan di keluarkan oleh Jabatan pendaftaran manakala Blogger bebas dan wajib pada blogger dari PR memiliki kad pengesahan tersebut dan harus berdaftar dengan balai polis yang berdekatan

6.Menandatangani AUKUJANJI dimana jika didapati tidak mengikuti kod etika akan dikenakan ISA dan tidak akan dibenarkan mendekati mana mana komputer ataupun yang berkaitan dengan alam siber...hukuman berat akan dikenakan jika didapati masih cuba berblog

hik hik hik den tak kisah dengan kod etika ni...tiada masalah.. tapi bloggers ni berbeza dari wartawan....wartawan mencari berita untuk melariskan berita..dan makan gaji manakala bloggers......den rasa korang ada alasan korang sendiri kenapo nak berblog....lagipun kito dah sedio maklum manusia ni bermacam ragam... ado yang akan ikut kod etika ado yang buat bodoh je dengan benda alah tu... jadi sampai satu maso bilo gomen dah angin dengan bloggers yang lagi ramai buat bodoh dengan kod etika tu dari yang mematuhi....tak ko ia akan bertukar dari kod etika kepado undang2 dan akan ujud pulak akta baru disebabkannyo....bagi den... settlekan dulu masalah tahanan ISA yang tak dibonarkan semayang jumaat dulu baru sibuk pasal blog.... BONGOK!!!

8 ulasan:

Zubli Zainordin berkata...

Masalahnya problem bagi pemimpin seperti Syed Hamid ialah website and blog kerajaan BN sudah tidak ramai mengunjungi.

Ramai admin dan blogger BN yang turun ke padang untuk letakkan pos mereka sebagai komen di blog yang macam kita punya.

Perasan dak?

Artikel seperti:

Pak Lah pemimpin bersih perkenal Islam Hadhari.

Ada ke orang nak baca?

Bandingkan:

Pak Lah namanya Ulamak Hadhari tapi Sentuh sentuhan dengan Wanita yang Bukan Mukhrim.

Ha-ah pos yang lobih sodap dari ice-cream.

Dak gitu?

tepet berkata...

dah macam melodi pulak... mencari kontroversi..hik hik hik

Topengperak_Xinwugi berkata...

kod etika yang pertama - zZzZZZzzZzzzZzzzZzzzzz.

terjemahan - biarkan KERAjaan begitu...buat x tau je...jangan gatal-gatal nak dedah apa-apa( inilah maksud botak yang sebenarnya )

tepet berkata...

awal hari ni tuan tanpa nama.. tahniah semalam seri o-o..ke tak sokong owen?.. hik hik hik

Tanpa Nama berkata...

tepet team owen tgh masalah dgn penyokong.

http://newcastle.gumtree.com/newcastle/35/28829635.html

den tak dig sgt bola ni pasal ari ni nak main bola salji. huhuhu

112413

Master Yoda berkata...

Salam Tok Tukang Sapu,

Takut kalah lagi ke oi menteri botak?

Takit kene tsunami politik lagi ke?

Cukup la tu bodohkan masyarakat terutama Melayu....

Blog ni tuk bacaan alternatif kpd masyarakat....

Nak percaya atau tidak, terpulang...

Ade akal, kasi pakai

tepet berkata...

salam master yoda...

lamo tak dongar berito..

Master Yoda berkata...

Salam Tok Tukang Sapu,

Bz sket la weekend ni...

Byk sgt jemputan kenduri....

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T