Ini bukan cerita lawak tapi suatu perbandingan kisah untuk  melihat antara insan yang popular dan bermaruah dengan yang naik dan tiada  bermaruah. Osama, Obama dan PM The Big Mama adalah suatu testimoni yang baik  untuk dilihat.
Bermula dengan Osama, dia tiba-tiba muncul selepas  peristiwa 11 September di Amerika. Biarpun tiada sebarang pemilihan agung untuk  mempopularkan namanya namun dia tetap popular sebagai suatu ikon jihad di  kalangan pemuda Islam. Baju, topeng, poster,cd dan apa sahaja yang ada kaitan  dengan Osama semuanya laris bagai pisang goreng di Kedai atau Pizza di jalan  Chicago.
Semua stesen televisyen menanti-nantikan rakaman atau apa sahaja  maklumat berkaitan dengan Osama.Bahkan The Holy Quran habis dijual di  kedai-kedai buku di Amerika dan Britain, semata-mata kerana mereka ingin  mengetahui ajaran Islam.
Sehinggakan beberapa orang wartawan barat  akhirnya memilih untuk memeluk Islam. Osama tidak perlu memberi duit kepada  seluruh yang meminatinya di seluruh dunia untuk menyokongnya. Apatah lagi  mengeluarkan surat khas untuk memaksa orang menyokongnya.Tetapi dia tetap  popular sebagai ikon jihad kerana keterlibatannya dengan Taliban sewaktu jihad  di Afghanistan. Maka inilah suatu sejarah baru yang dicipta  OSAMA!
Barrack Obama pula hadir dalam keadaan ketenatan  Amerika dengan ekonominya dan kegagalan dasar-dasar Presiden George W Bush  terutamanya di Iraq. Maka rakyat di Amerika sudah muak dengan segala yang ada  kaitan dengan Bush termasuklah John Mccain. Biarpun Obama berasal dari Hawaii  dan berketurunan kulit hitam, namun dia tidak punya masalah untuk menjadi orang  nombor satu di Amerika. Sokongan yang diberikan padanya memecahkan tembok  perkauman yang ada di Amerika.
Ini bukan lagi filem yang menjadi  angan-angan orang kulit hitam malah menjadi suatu realiti untuk melihat Presiden  kulit hitam pertama Amerika Syarikat.Setakat hari ini Obama sudah mendahului di  enam daripada lapan buah negeri termasuklah kawasan paling sengit di Florida dan  Ohio. Bayangkanlah bagaimana rumah yang pernah didiami oleh calon yang berusia  47 tahun ini di Indonesia boleh dilelong berjuta ringgit mengalahkan selebriti  Hollywod malah sebuah bandar yang bernama Obama di Jepun juga bagaikan berada di  Amerika kerana dipenuhi dengan pelbagai barangan berkaitan dengan Obama. Tidak  pernah calon Presiden Amerika yang begitu popular seperti Obama. Maka inilah  mungkin sejarah Amerika baru yang dicipta oleh Barrack  Obama!
PM The Big Mama pula hadir bukan untuk  menyelamatkan negara tetapi memeningkan kepala seluruh rakyat. Tiada apa yang  boleh menyebabkan rakyat tertarik walaupun beliau mendapat 141 pencalonan  daripada jumlah kesemua bahagian yang bersidang. Bermula dengan upacara angkat  sumpah di Masjid Guar Perahu, itulah kata penganalisis politik yang bakal  memulakan keretakkan rentak bakal Perdana Menteri ini.Tiada apa yang boleh  diharapkan untuk perubahan,melainkan meneruskan kegagalan segala dasar kerajaan  BN yang entah bila bakal BE END.
Kaitan dirinya dengan pelbagai isu  termasuklah pembunuhan Altantunya telah mempopularkan dirinya setaraf dengan  Osama dan Obama,bezanya positif dan juga negatif.Antara 5 orang Perdana Menteri  maka yang keenam ini adalah yang paling pelik kerana dilingkari dengan pelbagai  isu.Kata Tun Dr Mahathir tugas pertamanya ialah membersihkan namanya dalam  membuktikan dia punya kredibiliti.
Biarpun Razak Baginda yang merupakan  pembantunya terlepas tapi itu bukan bermakna isu ini sudah bebas daripada  dirinya.Rata-rata marhaen termasuklah ahli UMNO memang tidak puas hati melainkan  di bebaskan Raja Petra Kamaruddin dari I.S.A. dan dibicarakan secara adil di  mahkamah.Bersihkan nama secara profesional dan jangan gunakan penyapu seperti  Khir Toyo tanpa ada sebarang prejudis.
Jika Pak Lah dikatakan mengikut  cakap menantunya BERUK,maka bakal PM yang baru ini dikatakan bakal dikongkong oleh  isterinya Madam R atau The Big Mama.Maka kelihatannya seakan-akan tiada sebarang  perubahan yang boleh dibuat melainkan hanya Pak Pacak.Justeru mungkin inilah  sejarah Malaysia Baru seterusnya yang bakal dicipta oleh PM The Big Mama
 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan