SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

25 November 2008

BIAQ BETUI..? DEN MEMANG TAK TAU.. ADO SAPO YANG TAU?.update

Ini adalah komen biasa dari semua tahanan ISA berugama Islam:

1- Quran disorokkan oleh SB supaya tahanan tidak boleh membaca nya.
2-Tiada arah qiblat untuk solat.
3-Tidak diketahui waktu untuk solat kerana sepanjang masa hidup mereka dibawah lampu malap.
4-Pakaian tahanan disorokkan dan ada ketikanya tahanan terpaksa solat dalam pakaian yang minimum.
5-Tahanan tidak dibenarkan solat berjemaah.(beramai-ramai).
6-Tahanan ISA memang tidak dibenarkan solat Jumaat walaupun masjid hanya beberapa meter dari blok kediaman mereka.
Komen lain yang tidak bersangkutan dengan ugama.
1. Diminta berbogel.
2. Minum air kecing atau makan tahi sendiri.
3. Ditampar di tumbuk atau rambut dibakar.
Ada beratus-ratus penderaan dilakukan oleh SB@pegawai penyiasat kepada tahanan ISA supaya mereka mengaku dakwaan yang disediakan oleh Menteri Dalam Negeri.Dakwaan dan dituduhan disediakan oleh Menteri dan kakitangannya. SB adalah anasir yang akan memastikan dakwaan itu diakui dan diterima oleh tahanan yang dinamakan.
Contohnya mudah saja.RPK telah ditahan dibawah ISA kerana dikatakan memnyiarkan artikel yang menghina Islam. Adakah Menteri Dalam Negeri benar-benar membela Islam?Jelas, tindakan yang dilakukan keatas tahanan ISA Islam ini benar-benar membuktikan, siapa sebenarnya pengkhianat pada ugama mulia itu.
Siapa sebenarnya yang hidupnya bergantung pada ISA?

Lukisan ini dilukis oleh seorang tahanan ISA yang telah ditahan sejak bulan Disember 2001 hingga sekarang, masih lagi berada di Kem Kamunting.Beliau setiap tahun dibawa ke PRC untu sessi "brainwash" dan telah mengikuti pelbagai kursus "rehabilitation" oleh JAKIM,ILIM,JABATAN PERTANIAN,KEM USAHAWAN,tetapi hingga kini, masih belum layak untuk dibebaskan.
Pelukis itu tidak pernah membuat Habeas Corpus dan tidak pernah dibawa ke mana-mana mahkamah untuk di buktikan kesalahannya.

Hampir semua tahanan ISA (lelaki) mendakwa mereka dibogelkan oleh sekumpulan polis cawangan khas untuk tujuan soal-siasat.

Adakah perbuatan ini dikira sesuai dilakukan oleh seorang yang berugama Islam?(Yang pastinya, ugama lain turut menentang perbuatan yang tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan ini.)


Berdasarkan pengawasan GMI, terdapat seramai 64 orang tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) sehingga 30 Jun 2008. Kebanyakan mereka dituduh sebagai ahli “kumpulan ekstrimis agama” termasuk Jemaah Islamiah (JI) dan Darul Islam (DI) manakala sebahagian yang lain terdiri daripada mereka yang dituduh terlibat dengan pemalsuan wang atau dokumen dan juga aktivis Hindraf. Sehingga kini, tidak ada seorang pun tahanan yang didakwa di mahkamah terbuka. Lebih separuh daripada mereka sedang menjalani perintah tahanan kedua dan dari jumlah itu, 24 orang sedang menjalani penahanan untuk tahun ke-enam manakala tujuh orang sedang menjalani penahanan untuk tahun ke-tujuh iaitu Yazid bin Suffat, Suhaimi bin Mokhtar, Shahrial @ Syahrial bin Sirin, Abdullah bin Daud, Abdullah Minyak bin Silam, Mat Sah bin Mohd Satray dan Shamsuddin bin Sulaiman.

P/S den amat terkejut bilo den baco posting ni yang den cilok dari blog tuan MERAH HITAM
(den harap tuan merah hitam tak marah den cilok posting tuan tanpa kebenaran)

Den tak tau betul tak betul cito ni sobab den tak ponah dongar..atau den terlopas dongar cito pasal ni....kalau betul cito ni kenapo NGO PEMBARIS..eh kojap den lupo apo nama eh..haaa PEWARIS yang berdemo kek jln tar tu yang hangat dongan ketuanan melayu..isa selamatkan melayu dan tah hapo den maleh nak ingat.... nak mempertahankan ISA?... apokah.. sokarang ni bilo parti yang dah secara umum dan torang torang main RASUAH untuk dapat jawatan..parti itu lah yang kito suko?... bilo gomen buat bondo yang penghujungnyo rakyat yang sengsaro...itu yang kito nak?....bilo BERUK jadi PM dan katokan perangai rakyat yang nak reformasi dipanggil beruk....itu yang kito suko? BONGOK...BONGOK... BONGOK....(upin dan ipin versi TUKANG SAPU)

KOMEN DARI PUAN MERAH HITAM..MAAFKAN KERANA MEMANGGIL PUAN TUAN....

Blogger Merah Hitam berkata...

Suami saya ditahan tanpa bicara sejak tahun 2002.ukisan2 itu diperolehi dari tahanan ISA pada tahun 2004 dab sebaik saja disiarkan pertama kalinya dalam HARAKAH, pihak pengurusan Kem rasa amat malu dan kesannya, satu bentuk rusuhan telah dicipta oleh pengurusan Kem, dalam rusuhan itu tahanan di sepak,terajang,diludah dan akhirnya satu peraturan baru dikenakan iaitu keluarga dan tahanan hanya boleh berjumpa melalui interkom....

SB memang pandai putar belit dan buang fakta,tetapi mereka lupa, segala kejadian buruk yang dilakukan oleh mereka keatas tahanan ISA,tidak akan hilang dari ingatan, sesuatu yang Allah beri dan tidak mudah di hilangkan oleh manusia biasa....

Inilah hasilnya, kejadian ini dapat dilukis semula dan dikongsikan pada generasi baru supaya mereka tidak akan tertipu oleh ISA.

Sebarkan fakta ini pada orang ramai.

kak Laila@Merahhitam

P/S KAK LAILA... DIHARAP KAK LAILA TIDAK TERASA HATI DENGAN KATA KATA TUAN ZUBLI.... TIADA NIAT BELIAU UTK MEMBUAT PUAN TERASA......

APA MAKSUD PUAN "Dan sebelum mengeluarkan kenyataan yang bermaksud "bercerita tentang tahanan ISA" harap rujuk dulu pada kami di Gerakan Mansuhkan ISA." PUAN SAYA BUKAN MENYOKONG ISA...TAPI APAKAH WAJIB BAGI SAYA APABILA HENDAK BERCERITA DI DALAM BLOG TENTANG ISA..ATAU MENYENTUH TENTANG TAHANAN DIDALAMNYA KAMI WAJIB MEMINTA KEBENARAN DARI PIHAK GERAKAN MANSUHKAN ISA... SAYA BUKAN MEMPERTIKAI..CUMA SAYA PERLUKAN SEBAB KENAPA SAYA PERLU BUAT SEPERTI APA YANG PUAN PINTA?

10 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Ada kategori tahanan.

Yang keras tetap berkeras

Yang tetap pendirian mula berlembut

Yang insaf janji bebas

Layanan mungkin berbeza.

Apa yang penting tiada sesiapapun yang patut ditahan sebagai tahanan ISA.

Daripada senarai itu cuba masukkan tidak dapat makan satay kajang umpamanya.

Banyak lagi lah...

Merah Hitam berkata...

Suami saya ditahan tanpa bicara sejak tahun 2002.ukisan2 itu diperolehi dari tahanan ISA pada tahun 2004 dab sebaik saja disiarkan pertama kalinya dalam HARAKAH, pihak pengurusan Kem rasa amat malu dan kesannya, satu bentuk rusuhan telah dicipta oleh pengurusan Kem, dalam rusuhan itu tahanan di sepak,terajang,diludah dan akhirnya satu peraturan baru dikenakan iaitu keluarga dan tahanan hanya boleh berjumpa melalui interkom....

SB memang pandai putar belit dan buang fakta,tetapi mereka lupa, segala kejadian buruk yang dilakukan oleh mereka keatas tahanan ISA,tidak akan hilang dari ingatan, sesuatu yang Allah beri dan tidak mudah di hilangkan oleh manusia biasa....

Inilah hasilnya, kejadian ini dapat dilukis semula dan dikongsikan pada generasi baru supaya mereka tidak akan tertipu oleh ISA.

Sebarkan fakta ini pada orang ramai.

kak Laila@Merahhitam

Merah Hitam berkata...

Apa? Insaf? Apa yang patut di insafkan oleh tahanan ISA?
Harap berhati-hati guna perkataan anda ya En Zubli.Anda tidak pernah kena ISA,so you have no right to give any comment on behalf of those ISA detainees regardless any allegations thrown by the govt to them.

Dan sebelum mengeluarkan kenyataan yang bermaksud "bercerita tentang tahanan ISA" harap rujuk dulu pada kami di Gerakan Mansuhkan ISA.

Gelombang Rakyat berkata...

Nasihat diterima.

Sila beri URL Gerakan Mansuhkan ISA.

Terima kasih.

tepet berkata...

tuan zubli

den pun tak tau...apo kato tuan masuk blog puan merah hitam dan tanyo...

Tanpa Nama berkata...

ko mmg handaa jang....

salam setiakawan
-alang-

Tanpa Nama berkata...

Salam Tok Tukang Sapu,

Sape tipu Melayu psl ISA ni??

Sape sokong ISA tuk tipu Melayu ni??

Kebenaran terserlah akhirnye...

PEWARIS tu ape?? Pewaris kebongokan ke??

KAH KAH KAH

tepet berkata...

tuan master yoda

den pun tak pasti hik hik hik

ISA berkata...

Salam semua,

Pewaris tu sama dengan Waris Jari Hantu agaknya, he..he..he..

Teruknya penangan SB dan ISA, camna Rais Yatim kata Guantanamo lagi teruk dari ISA. Bukan sama je kedua-duanya.

Lawat apa kata Rais Yatim dalam posting Rais Yatim Meludah Ke Langit dalam blog ikutsukaakuisa.blogspot.com

Wasalam...

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua tukang sapu di Malaysia.....

Terima kasih menjadikan biaqpila.blogspot.com antara yang dilayannnn...

Buat masa ni sibuk tak sempat nak mengarang cerita-cerita merapu...cuma copy paste berita2 asalkan update saja...

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T