Dr.Siddiq berbicara tentang lompat parti....den pun nak join sekaki
Den juga amat2 tertunggu tunggu apakah perkembangan cerita tentang lompat parti ni... jika sebelum ni kecoh cita pasal katak kini diam....tiada memana blog pun yang den jumpo berbicara tentang impian mengambil alih gomen ni lagi... den akui den antara yang amat suko kalau pekara itu berlaku... tapi cerita tentang itu semakin hilang di telan kes altantuya..cito bajet... dan hal hal yang tiada sangkut paut dengan kes lompat parti.... jika dulu yakin cukup MP yang nak lompat mano dorang?... kalau dulu sanggup anto 4-5orang pi kejar MP BN belajar bercucuk tanam kek luar negara kini apa cita? Jika gagal jangan malu hendak mengaku.. kerana pepatah popular ada menyatakan..Gagal sekali bukan gagal untuk selamonye... boleh buat balik pelan baru untuk mengambil alih PUTRAJAYA
Yang den amat berharap sangat la ni... mereka ada memberi hint yang terkini tentang cerita ini.. kerana mengikut radar BN tiado sorang pun antara mereka yang nak melompat... sselain daripada tawaran tawaran yang dibuat untuk ZAID itupun slepas dia lotak jawatan Menteri, Beruk... ni den tak tau apo punco yang topat sampai pemuda pas tawar masuk PR...selain dari tu takdo cito yang hebat untuk rakyat yang mengharapkan perubahan macam den...
Jangan diberi alasan nak perang pasal bajet demi rakyat... walhal anda boleh buat bajet baru kalau dah amik alih gomen.. jadi amik alih la dulu gomen baru repair bajet yang korang katakan tak mesra rakyat tu...
Kalau dulu selalu PR laungkan pakatan rakyat semakin hampir ke Putrajaya. Pakatan rakyat bakal membebaskan rakyat dari kekejaman rejim BN.... kini dimanakah itu semua?.. apakah PR sudah terlajak sampai ke KLIA? Jika terlajak kenapa tak patah balik?
Jangan kerana
'B'erita lompat parti dan
'C'erita menuju ke Putrajaya menjadi
'D'erita pada kami yg meletakkan Harapan yang tinggi
Yang Biso Bonar
Tukang Sapu yang amat2 mengharapkan kejayaan PR mengambil alih gomen dalam maso yang paling pantas boleh PR buat hik hik hik
1 ulasan:
Kadang2, den ingat...lompat parti tu umpama citor dongeng..
Catat Ulasan