Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menjelaskan penutupan pondok polis yang terletak di Lorong Haji Taib di sini bukan kerana faktor keselamatan.
Beliau berkata pondok polis berkenaan ditutup selepas pemilik bangunan membuat keputusan untuk mengambil semula tanah di mana pondok polis terbabit dibina.
"Saya ingin menegaskan di sini jawapan bertulis yang dibuat oleh saya di Parlimen pada 16 Okt lepas, mengenai penutupan pondok polis terbabit adalah kurang tepat dan jelas.
"Sebenarnya tuan punya tanah hendak membina bangunan baru maka pondok polis ini terpaksa ditutup. Tetapi kawasan ini masih ada Balai Polis Chow Kit dengan kekuatan 10 anggota dan empat kereta peronda dan rondaan 24 jam diadakan," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Polis Chow Kit dan kawasan sekitar di sini hari ini.
Pada 16 Okt Syed Hamid dalam jawapan bertulisnya kepada anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali berkata pondok polis di Lorong Haji Taib terpaksa ditutup kerana polis mendapati lokasi tersebut tidak lagi sesuai atau selamat bagi anggota polis yang bertugas.
Katanya persekitaran kawasan yang kotor, kemungkinan terdedah kepada penyakit berjangkit serta ancaman penjenayah, membahayakan keselamatan anggota bertugas.
MALAYSIA KINI
p/s Apo kes? takdo sesapo ke nak wat laporan polis.. atas tuduhan mabuk ditempat awam .. hik hik hik.. maleh den nak cakap banyak.. korang pikiaq la sendiri.................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan