SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

22 November 2008

BLOGGERS MENUJU PERKAUMAN!!!! update..

Salam Perpaduan Ummah ! ada kawan2 suruh saya ajak tuan blog untuk dtg join
perbahasan bloggers pro BN vs pro PR.. inisiatif ini saya usahakan
untuk mengumpul bloggers yg berani dan sedar realiti politik sekarang.
Add email saya, untuk kt beramah mesra dan bertukar fikiran dengan team
kami ttg politik negara kita. Kita mengkritik tidak bermakna kita
bergaduh, bersetuju tidak bermakna semuanya kita angguk memberi restu.
Kita mahu bloggers menjadi pihak mempertahankan yang benar dan menolak
yang salah. Dengan hikmah dan mauizah hasanah.. Berani berkata benar
dan nasihat dengan hikmah seperti tauladan keluarga Rasulullah, itulah
yg kita mahu dalam mengumpul bloggers utk sesi sidang alam maya ini..
Lagi banyak bloggers pro dan kontra bertemu sesama sendiri lagi bagus,
untuk menajamkan lagi skill perbahasan dan pengetahun serta kefahaman
kita terhadap sesuatu isu. harap tuan blog sudi datang dan sy tahu tuan
memang orang yang berani @ 'ada telur' untuk bertukar fikiran dgn
sesiapa sahaja.. setakat ini blogger dari AnwarDotCom, Minda Intelek,
Medan Info, ,GAP, PerakBangkit, SejarahMelayu, Nobisha, Waadat, Pilihan
Anda, PerigiJernih, saudagarsenja, Sarfams,
paspkrdap,utusanchemoq,abagtuah, pokotua, malim muda sudah menyertai
sidang maya bloggers ini.. Jemputan juga sudah dihantar ke bloggers
lain seperti Kadir Jasin, Roslan SmS, Penarik Beca dll... Sila add
email saya panglimaperangcyber@yahoo.com demi untuk agama,bangsa &
negara kita !! Waktu Rasmi : 9 pm Waktu lain : bila2 masa bloggers
online dan free untuk sidang. sekian. http://penembak-tepat.blogspot.com



p/s haa ni baru den faham...kalau macam ni den setuju.... ok den tarik balik kato kato den....ini bukan untuk membentuk perkauman...ini satu landasan untuk membuka mato baik dari pro PR..mahupun....pro BN dan mereka yang neutral..untuk memahami cerito disebalik berita... buat tuan panglima perang... den doa kan semoga tujuan murni tuan sukses..........

Kerajaan Maya Rakyat -

Tag line

"Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara…kita tubuh dulu Kerajaan Maya Rakyat."

sapo yang boleh join?.....sesapo sahaja yang bersetuju dengan objektif mereka.....

Objektif KAMAR ialah fungsi KAMAR. Ia berkembang luas berdasar scenario politik sesuatu masa. Namun, kerangka utamanya adalah sebagai berikut:

- Membantu orang ramai menjalankan aktiviti kemasyarakatan;

- Bekerjasama dengan kerajaan melaksanakan projek pembangunan;

- Mencadang kepada orang ramai aktiviti yang patut dijalankan;

- Membantu kerajaan merancang projek yang akan dilaksanakan;

- Merancang serta membimbing masyarakat dalam bidang keusahawanan;

- Mengadakan program pendidikan secara maya kepada masyarakat.

- Menyebar pelbagai maklumat kepada masyarakat.


Team Blogger Negara Malaysia

Tag line
  1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
  2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.
sapo yang boleh join?......
  1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
  2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
  3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
objektif...

Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-
  1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
  2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
  3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
  4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
  5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
  6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.


p/s den ado sikit mushkil dongan tujuan mereka..... yang Kerajaan maya Rakyat memang la secara sahihnya pro pada PR... tapi yang Blogger negara ni... kalau ikut sapo yang bolih join dorang cakap untuk Bloggers PR...hanya untuk yang dah muak dongan PR..... bloggers neutral pun boleh join...tapi yang jadi masalahnya....sepaham den la kan kalau neutral ni... BN dio antam PR dio antam...tapi dari tag line dorang pulak.. seakan akan menghantam PR je... jadi bloggers neutral nanti apakah tidak akan di brainwashkan ker? supayo pro kepada BN? hik hik hik

apakah ini merupakan salah satu cara memecah belahkan melayu? dengan ada team team sebegini?.... apakah bloggers PR tidak boleh berkawan dengan bloggers dari BN apatah lagi dengan bloggers yang neutral?.... kenapa perlu ujudkan dinding antara bloggers,,,.... kenapa perlu ujudkan sempadan antara bloggers....nak katakan lawak ada jugak....

suatu ketika dulu bloggers dikatakan sebagai penyampai maklumat/berita disebalik berita... yang adakalanya tidak tersampai kepada rakyat ..ataupun tempat mencari kebenaran/kesahihan dan informasi terkini tentang sesuatu berita/cerita/maklumat.. bukan nya tempat untuk mengumpul kroni dan mengantam bloggers lain yang tak sehaluan ataupun tak sefahaman....

den lebih bersetuju dengan apa yang tuan NOBISHA telah lakukan.. mengumpul seberapa ramai bloggers di DEBAT RAKYAT dengan tidak mengira apa pun fahaman bloggers...untuk semua sama ada bloggers dan pembaca yang setia menilai kebenaran sesuatu berita.....dengan adanya posting dari kedua dua penyokong parti.. dan ditambah pula dengan persoalan/pandangan/buah fikiran dari bloggers neutral yang menilai melalui akal dan ilmu...

den nak raso sedih pun ado bilo... populariti lebih memainkan peranan dari membuka mata dan minda pembaca blog dan juga penulis blog...lelebih lagi pado den yang baru belajar memahami perjalanan politik malaysia yang penuh putar alam...mungkin inikah yang dikatokan oleh dewa penyapu den dengan Politik Berasaskan Kaum dan Politik Perkauman

Betul ka orang cakap melayu takkan maju....

den dah sosat dalam blog.....mencari arah tujuan..............

21 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Den tak pornah terpikir nak join...kerana tak nampak pekdahnya.

Kalau dah nampak pekdahnya, den joinla.

buat masa sekarang, den cumo join Persatuan Bualan Sabit Merah dan Persatuan Penduduk.

Itupun tak cukup tangan.

. berkata...

saya tak rasa itu perkauman. sebenarnya di kalangan bloggers ni pun sudah ada kumpulan2 kecil. ini biasalah. mereka berkumpul secara kecil2an. teh tarik dan makan2, sambil tu merancang apa nak "ditembak" dlm blog masing-masing.

bagi saya, kita bergaul dgn semua org. sebenarnya semua bloggers tu kawan-kawan kita juga. berbeza pendapat ok, biarlah. cuma jangan maki hamun dan caci org lain sudahlah.

Tanpa Nama berkata...

den rasa itu seruan org2 yg tak mampu menangkis "fitnah berfakta" dgn fakta2 lain yang meyakinkan selain emosi & hearsay semata.

mmg dah lama den syak belangmu.. huhuhu

112413

tepet berkata...

bolangmu tu bolang sapo tuan tanpa namo?... hik hik hik.. makin hari makin mendalam kata kata tuan...

Tanpa Nama berkata...

fitnah berfakta?tanpa bukti tertulis...tuduh melulu..dan tidak menyakinkan..watpe nak tangkis..lgpun dosa mfitnah tu same dgn membunuh...

aku rase blogger berhak meluahkan pandangan masing2..dlm kumpulan sendiri..utk membincangkan hal yg berlaku..bukan hentam kromo je mcm parti ehem2 tu..

zeal

Panglima Perang Cyber berkata...

tak jelas maksud perkauman sedara.. tak per kawan2 saya akan jelaskan maksud team kami ditubuhkan..

tq promosi hangat dari penyapulidi..

sy dah bg link sedara kpd mereka.


http://penyapulidi.blogspot.com/2008/11/bloggers-menuju-perkauman.html


ikhlas dari,
http://penembak-tepat.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

cito apo nie jang....
heheheh

salam setiakawan...

-ahlang-

tepet berkata...

ONTAH LA AHLANG CITO ORANG DAH SOSAT DALAM BLOG

Tanpa Nama berkata...

ontah ler tepet... nak kata bukan fitnah, dah habih bukti pon mahkamah idok boleh kata saloh laie..

hok dikata fitnoh plok, habih bukti dihapus supayo takleh bawok mahkamoh.

korek! tak relevan! korek! tak relevan! huh! betengkaqlah kome bedua huhuhu

harimau menaip mati meninggalkan bolang, si tuya mati meninggalkan passport yg ilang huhuhu

112413

tepet berkata...

dah den cakapkan dah... semakin mendalam tuan tanpa nama punya komen....hik hik hik.. tuan.... bagaimana cuaco kek sano?... kim salam kek owen kalau jumpo hik hik hik

Harimau-Menaip berkata...

Tanpa nama,

Apa hal kau babitkan nama aku?

Aku harap, ia bertujuan baik.

Salam Setiahaiwan.

Panglima Perang Cyber berkata...

tq kunjungan tuan blog...harap dpt jumpa lagi dlm sidang blogger.

Tanpa Nama berkata...

sori harimau tang menaip tu dah di stroke through pasai salah taip (huhuhu) tp comment x terima html code tu.

tepet,
owen kirim salam. katanya kalau sapu stadium dia bayar 7pound sejam.

112413

Mr Joker berkata...

Salam tukang sapu...

Hang habaq dekat panglima perang cyber, topengperak_xinwugi kirim salam dengan ucapan - KEPALA PAK HANG!!!

1 - Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara - KEPALA PAK HANG la panglima perang cyber... awat hang tak quote terus yang hang nak kumpul blogger pro UMNO??? bodoh...!!!

2 - Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul - KEPALA PAK HANG la panglima perang cyber...awat hang tak quote terus yang hang nak kumpul blogger yang pro "perkauman"??? bodoh...!!!

3 - Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang - KEPALA PAK HANG la panglima perang cyber...awat hang tak quote terus yang hang nak kumpul semua bloggers "berbayar" dibawah program "cyber trooper" UMNO/BN yang dok menyamar "kununnya" hangpa ni ahli PKR,PAS & DAP yang dah muak (kununnya) dengan pimpinan atasan??? bodoh...!!!

Oi panglima perang cyber & geng2 cyber troopers UMNO/BN... hangpa kalau tak plan apa-apa tanpa "menciplak" idea blogger pro Pakatan Rakyat tak buleh ka?

Kalau rasa tak dak akai nak pikiaq plan sendiri & rancangan masa depan komuniti sendiri, hangpa tak yah jadik blogger...hangpa pi jadik "pokko"!!! angguk angguk angguk... bodoh...!!!

pemimpin UMNO/BN kaki ciplak idea Pakatan Rakyat, blogger UMNO/BN pun tumpang sekaki dok ciplak idea blogger Pakatan Rakyat.

pemimpin bangang... penyokong lagi la KEPALA BAPAK BANGANG sebab dok ikut pemimpin bangang...

UMNO/BN - BANGANG.

Tukang Sapu - terima kasih sebab bagi aku pinjam ruangan ni.

tepet berkata...

erk ado ko bloggers berbayo?.. sapo gajikan depa?.... hurm den ingat den dah paham.... ni pakat kompius balik...hurm....

den ok je tuan topeng perak... itu hak tuan nak komen apo pun....

BN tak bangang... BN bongok je hik hik hik

kut kut tuan panglima nak jawab pun den ok je..

kat sini nak berperang den tak kesah tapi bilo jumpo muko kito buat mcm pemimpin.. kek dalam dewan gaduh tak ingat.. time rehat boleh pulak merokok sesama.... siap pow laie rokok lawan hik hik hik...

den tak bolah sesapo...

Che Moq™ berkata...

salam,

saudara lihat x apa komen topengperak_xinwugi? itulah sebab blogger pembela negara dibentuk. walau suara kami kecil dan minoriti tapi kami sedang berusaha menyatupadukan semua orang islam dan melayu yang semakin berpecah belah di dalam umno sendiri mahupun pembangkang. di BPN, tiada istilah pro atau sokong siapa. blog-blog ahli juga tidak kurang hebatnya menghentam kerajaan dan pembangkang. kami masih relevan dalam mengenal erti korbankan masa demi berjuang dan tidak salah jika blogger bersatu bergerak seiring. perbincangan tertumpu kepada majlis ilmu dan juga bualan pendapat blogger tentang pakatan rakyat yang semakin berani mencabar kedaulatan melayu. yang menyedihkan ianya dicabar sendiri anak melayu berstatus pemimpin di dalam pakatan rakyat. bukan tujuan kami untuk sampai berniat mencipta kerajaan maya kerana sebagai menanti kerajaan baru ambil alih, cuma bersatu usrah bersama agar tidak keseorangan berjuang demi generasi kini dan terkemudian.

. berkata...

tepet,

satu pengajaran melalui posting ni .. kalau nak banyak komen kat blog ni, hentam bloggers lain kuat2 .. sure ramai datang buat komen! kihkihkih ...

anyway, saya seronok tengok anak2 muda berbahas. cuma, gunakanlah bahasa yang elok.

kita boleh tidak setuju antara satu sama lain, itu bagus. biar ada brainstorming, jangan ada blamestorming!

:)

tepet berkata...

tuan che moq..

den setuju dongan niat tuan che moq ..tapi bagi den janganlah menilai tuan TOPENG PERAK sebegitu rupa... lain la kalau tuan dah bersemuka.. tuan ada tunjang utk berpegang dengan kata tuan....

mungkin di alam nyata sapa tau tuan topeng perak pembela bangsa... hanya di blog melepaskan amarah... :) seperti kata tuan NOBISHA "kita boleh tidak setuju antara satu sama lain, itu bagus. biar ada brainstorming, jangan ada blamestorming!"

tuan nobisha...

memang pengajaran yang amat berguno buat den...hik hik hik dan saya amat bersetuju dongan komen tuan... dan itulah KOD ETIKA den hik hik hik

Jeepers Creepers berkata...

hak hak politik ni ibarat wrestling. Dalam dewan bergaduh bermasam muka.ada team baik ada team jahat. Tapi diluar dewan ley duk2 minum teh tarik sama2. Sebijik macam wrestling haha. Dalam gelanggang bertumbuk tapi diluar semua dah berpakat.

Kalau tengok wrestling, aksi bagai nak rak tapi bukan pukul betul. Macam tu juga politik. semua bercakap seolah merekalah pejuang negara tapi masing2 ada kepentingan peribadi.

Renung renungkan dan selamat beramal..

http://malaysiaheaven.blogspot.com

Panglima Perang Cyber berkata...

Topengperak_Xinwugi berkata...
Salam tukang sapu...

Hang habaq dekat panglima perang cyber, topengperak_xinwugi kirim salam dengan ucapan - KEPALA PAK HANG!!!

1 - Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara - KEPALA PAK HANG la panglima perang cyber... awat hang tak quote terus yang hang nak kumpul blogger pro UMNO??? bodoh...!!!

2 - Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul - KEPALA PAK HANG la panglima perang cyber...awat hang tak quote terus yang hang nak kumpul blogger yang pro "perkauman"??? bodoh...!!!

3 - Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang - KEPALA PAK HANG la panglima perang cyber...awat hang tak quote terus yang hang nak kumpul semua bloggers "berbayar" dibawah program "cyber trooper" UMNO/BN yang dok menyamar "kununnya" hangpa ni ahli PKR,PAS & DAP yang dah muak (kununnya) dengan pimpinan atasan??? bodoh...!!!

Oi panglima perang cyber & geng2 cyber troopers UMNO/BN... hangpa kalau tak plan apa-apa tanpa "menciplak" idea blogger pro Pakatan Rakyat tak buleh ka?

Kalau rasa tak dak akai nak pikiaq plan sendiri & rancangan masa depan komuniti sendiri, hangpa tak yah jadik blogger...hangpa pi jadik "pokko"!!! angguk angguk angguk... bodoh...!!!

pemimpin UMNO/BN kaki ciplak idea Pakatan Rakyat, blogger UMNO/BN pun tumpang sekaki dok ciplak idea blogger Pakatan Rakyat.

pemimpin bangang... penyokong lagi la KEPALA BAPAK BANGANG sebab dok ikut pemimpin bangang...

UMNO/BN - BANGANG.


komen : ni konpom pkr punya hantu hihihi...

tapi aku x terasa langsung....

provoke lg la...

free2 dtg blog gua kt nak tgk komen org2 Anwar yg masih x berubah walau dah baik dgn PAS.

lucah lain x ada ker ???

ISA berkata...

Triple-H dengan Undertaker bleh minum teh tarik.

Topeng Perak ngan Panglima Perang Cyber pun bleh jugakkan minum cappucino tarik, kira peace jelah..

Tuan Tepet tukang bancuh teh... he..he..he..

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T