SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

11 November 2008

SIMPATI TUKANG SAPU UNTUK DEWA PENYAPU

Bilo den baco blog DEWA PENYAPU den raso kesian pun ado... lelebih lagi yang no 15 tu.. lopeh tu ditambah pulak dengan wawancara kat agendadaily.. lagi la den simpati bilo DEWA PENYAPU cakap"SAYA TIADA AYAH DAN MERTUA UNTUK BANTU SAYA".. tapi bilo den baco banyak kali lawak la pulak... hik hik hik...den cuma ada lebihan penyapu tahun lopas yang tak sompat nak bagi kat kakitangan den hik hik hik

p/s persoalannya disini UMNO dulu kini dan selamanya adalah satu parti yang sama... tidak akan berubah dendan sendirinya.. jika dulu dikatakan UMNO adalah satu parti politik yang hebat..bagus.. memperjuangkan hak hak orang melayu... tapi kini lebih dikatakan sebagai parti kroni, parti perkauman dan sebagainya. Apakah yang sebenarnya yang menjadi punca perubahan.. apakah PARTI UMNO itu sendiri?... bongok la sesapa yang katakan PARTI UMNO menjadi punca kejatuhan..kerana ia hanya sebuah PARTI...ia tidak mampu untuk mengubah apa2pun... walhal mereka yang menjadi pemimpin didalam UMNO yang menjadi punca... fahamilah.. kebanyakan rakyat bukannya benci dengan nama UMNO tapi benci dengan PEMIMPIN yang menjadikan umno untuk mengumpul kekayaan...

Den raso misi dan visi perjuangan UMNO tetap samo... prinsip perjuangan tetap samo...dari sebelum hinggalah selepas negara kita merdeka.. yang berubah hanya mereka yang tamak dan gilo kuasa didalam parti tersebut...menyebabkan misi dan visi kabur..menyebabkan prinsip perjuangan hanya jadi ungkapan untuk memperbodohkan bangsa melayu... sedangkan niat sebenar dihati hanya untuk mengjutawankan diri dan suku sakat... tidak dinafikan ada antara mereka yang menjadi pemimpin dalam umno memang hebat.. tapi lumrah kehidupan...hebat macammana pun ,bijak macammanapun,bersih macammanapun.. tanpa "POLITIK WANG" anda mungkin tidak mendapat pencolanan!Mungkin juga tidak mendapat tempat di hati perwakilan..

Wahai DEWA PEYAPU... sedarilah.. yang menjahanamkankan UMNO adalah pemimpinnya sendiri... dan tanyalah diri sendiri... adakah anda juga salah seorang pemimpin yang menjahanamkan perjuangan umno.?.....Jangan cuba memperbodohkan rakyat dengan mengatakan parti ini sudah berubah. Parti umno itu tetap sama yang berubah adalah para pemimpinnya yang rakus dan tamak haloba mencari kekayaan lalu menjahanamkan MALAYSIA .... dan silalah kaji bagaimana ia bermula...dan bukan UMNO yang kena berubah.. pemimpin didalam UMNO yang PATUT BERUBAH!!!!!ataupun DITUKAR mahupun DIGANTI serta DISALIN..

p/s ii... DEN BUKAN AHLI UMNO!! hik hik hik

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan ketawakan orang lain kerana mungkin orang yang diketawakan itu lebih baik dari kita. jangan benci seseorang, nanti orang membenci kita.

tepet berkata...

tuan tanpa nama.. den bukan golakkan orang den golakkan statement orang... den tau den pun bukan sempurna... tapi den tak lah memudaratkan rakyat malaysia dengan ketidak kesempurnaan den...den bonci beruk dan den tak leh nak wat apo kalau beruk lagi bonci kek den...

Master Yoda berkata...

Salam Tok Dewa Penyapu,

Dewa Penyapu Jawa Sg Panjang tgh sindir Tok Beruk Rombau nampaknye...

Tok Beruk Rembau nak ngadu kat ayah mentua dia la lps ni...

Siap la ko Dea penyapu Jawa

tepet berkata...

tuan master yoda.. pembetulan.... den tukang sapu.. bukan dewa... dewa.. bekas mb sgor.. hik hik hik

Biaqpila berkata...

Salam Bro, Aku pulak benci umno dari orang hinggalah ke namanya sekali, sebab guna bahasa inggeris.Konon mendaulatkan bahasa melayu.

tepet berkata...

tuan biaqpila

den cuma bulih cakap betul..betul.. betul... hik hik hik.. layan pulak upin dan ipin hik hik hik

hurm bab namo tu susah bro... nanti hang kono benci KLIA KLCC KL CENTRAL MIDVALLEY ONE UTAMA ... hang leh pi plaza bukit bintang....puduraya... hik hik hik

Master Yoda berkata...

Oh,sori sori Tuan Tukang Sapu...

Ade typing error sket...Tapi den dah mention yg Tuan tak sama dengan itu Dewa Penyapu psl den ade mention dia nye suku kaum (Jawa) dan kampung halamannye (Sg Panjang)

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T