SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

05 November 2008

RM250 juta untuk Kebajikan POLIS

CERITA 1

Pada satu malam... ade sebijik Kancil rosak kat highway kek lopas exit Pedas N9.Jadi driver tu bukak la bonet depan keta dan blagak bijak nak cari ape masalah nye...cari punya cari.. dio mengalah..tak jumpo apo masalah ehh Kancil tu.Last last baru nak cal pomen nak suruh tarik keta p bengkel. Baru je nak call, sebijik Nissan Skyline GT-R lintas dopan dia.pastu berenti mengejut dan reversed Skyline tu kat dopan mamat yang bawak Kancil tu berdiri.Mamat yang bawak Skyline tu tanyo la apo masalah...

Mamat Skyline : Apo kono eh jang keto kancil ko ni?

Mamat Kancil : Er, ontah lah, bro. den pun tak tau..awat hang pandai ke repair keto? Mai la tolong tengok kan haa....

Mamat Skyline : Sorry beb,den haram jadah tak tau pasal keto ni.Den tau bawak je, Yang lain pomen den settlekan. Pepaham la.den taknak kotorkan tangan den ni..tapi den bulih tolong tarikkan keto hang pi ko exit senawang.. ado bengkel gak area tu...amacam?

Mamat Kancil : Em.. Okay, boleh gak kang datang memana tukang tarik kang..mau beratus dio mintak ..huhuhu.

Mamat Skyline : Keciknyo hal la bro. Tapi beri tau den kalau den bawak laju pulak yeah? Hang duduk dlm Kancil hang,kalau den bawak laju kasi flash lampu ko lampu signal ko...okey?.

Mamat Kancil : Beres... Den Flash lampu kalau laju gilo..

Jadi tariklah keto Kancil kek balakang Skyline .Tak sampai berapo kilo je, sebijik Mitsubishi Lancer Evolution 9 lintas dopan dorang tadi. The Evo 9 slowkan keto pastu tarikh pikup,konon nak kasi bakar la skyline..nak cabar ajar race la kunun kek Skyline tu. Mamat Skyline apa lagi terbakar la dongan mamat Evo 9 di tokan nyo pedal minyak sampai abih. Habis dedua keto lenjan...laju gilo dengan keto Evo 9 leading kek dopan.Maso dorang tengah race tu... kek dopan ado plak tompat paling famous speed trap. Jadi kek tompat speed trap tu ado la polis amik gambo dorang tengah race. Tekejut BERUK polis tu, bilo kek screen speed trap tulis melebihi 250km/j dorang bawak.Polis tu amik walkie talkie pastu inform kek polis yang buat road block kek dopan.

Polis 1 : Bola satu ke bola dua. Bola satu ke bola dua..

Polis 2 : Bola dua terima. Cakap.

Polis 1 : Ekau mesti tak percaya ni. Ada keto tongah race. Alat pengesan kelajuan mencatatkan kelajuan melebihi 250km/j!

Polis 2 : Hah! Habaq mai apo jenis kereta.

Polis 1 : Kereta di depan ialah sebuah Mitsubishi Lancer Evo 9. Mengekori di belakang ialah sebuah Nissan Skyline GT-R. Dan, amat mengejutkan, sebuah Kancil mengekori rapat di belakang kedua dua kereta sambil membuat isyarat menggunakan lampunya hendak memotong!!

Polis 2 : Malaysia Boleh!!

Polis 1 : Boleh!!

CERITA 2

CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab-bab jenayah ni. Jadi, si President pun buat laa satu ujian untuk mereka.

Dia melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke
seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok-pokok dan batu-batu
yg ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan,
mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk,
mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya,
termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan, sudah nasib si arnab
tadi untuk mati di dalam hutan itu.

PDRM pulak yang masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dengan seekor beruang yang
dah lembek sebab kena pukul. Beruang itu menjerit, ‘OK, oK… aku arnab…
aku arnab!!

p/s Atas jasa polis polis ni...Pakjib telah mengeluarkan bajet RM250 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis atas kehebatan mereka menjaga keselamatan dan keharmonian rakyat

3 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Gilo...tang cerita satu, monyombor air teh dalam mulut den.

Lawak ghampang!

tepet berkata...

hik hik hik... den mati akal 2 hari xtau nak update apo....takdo berito yg menarik hati den untuk di ulas/pertikai/komen/persetujui/tokok tambah

Missy Chubby berkata...

pet :(
aku sedey sbb aku tatau pa2 sai POLITIK..

Aku hnya tau cinta ja=))

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T