SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

16 November 2008

CABARAN TUKANG SAPU PADA UMNO!!

Kalau dulu maso kecoh DSAI nak tarik Ahli Parlimen dari BN sertai PR dorang siap suruh Ahli Parlimen tandatangan AKUJANJI yang dorang takkan lompat parti..... den cabar semua perwakilan UMNO yang samo ado yang bertanding atau datang untuk memberi undi bulan MAC nanti.....supaya menandatangani surat AKUJANJI tidak ado memberi atau menerima sogokan wang. KALAU UMNO BERANI LA.......kantoi buang dari UMNO seumur idup....KALAU BERANI LA...kalau BERANI......

Jangan la jadi macam CHE DET.. maso zaman dio ado POLITIK WANG tak pulak bising... la...ni sibuk merungut tentang korupsi di UMNO..maso dio berkuaso buat bongok je..tak do apo pun tindakan di ambilnya...buto hati apo..... untuk pengetahuan CHE DET..walaupun hang tak ponah baco posting blog den..den nak habaq jugak..... maso pru 11 BN monang bosar pasal seronok CHE DET lotak jawatan.. dan lotak harapan bosar kek Pak lah dapat hapuskan budayo rasuah yang di amalkan oleh UMNO maso zaman CHE DET...tapi ampeh.. itu yang PRU 12 BN tak dapek 2/3... bukan pasal che det kluar umno bukan pasal che det anti pak lah.....tapi pasal rakyat sodar UMNO dah tak bulih nak di ubati laie.....CHE DET jangan lupa bahawa pemimpin-pemimpin yg dikatakan rasuah pada hari ini, mereka adalah ahli UMNO SEJAK zaman hang laie.....dah terang lagi bersuluh.....ni membuktikan KEGAGALAN CHE DET ... selama 22 tahun berkuasa memang sio-sio ... benarkah hang tiada apa-apa tanggungjawab atas kualiti ahli UMNO yg buruk pada hari ini?..hang je ko yang bagus maso pogang umno dulu..... Memulo dulo den amat suko dongar CHE DET KUTUK UMNO tapi la ni..den dah lotih/muak/bosan dongar CHE DET kutuk orang tu badut la......menantu tu punco umno ancur la...BERUK punco orang bonci umno la... macam hang langsung tak da buat salah..hang tolak semua kesalahan kek orang lain.... pastu hang gembiro..makan pujian kaki bodek hang... bongap sungguh kaki bodek hang.....

Den dah mulo kurang yakin dengan pemimpin..Apakah dizaman manusia mengejar kebendaan dan kemewahan ini masih ujud insan yang bonar-bonar ingin berbakti kepado rakyat dan agamo secara ikhlas? dah lumrah dunio maso belum ado kuaso...ado jawatan.. dalam hati pun yakin dan percayo den tak kan melakukan perkaro yang buruk atau melakukan rasuah kalau den dapek jawatan atau pogang sebarang jawatan.... tetapi lopeh dapat kuasa depa mudah lupa apabila kesenangan dan kuasa berada dalam genggamannya...bak kato CHE DET sendiri MELAYU MUDAH LUPO

Den tak paham bilo Lembago umno susah nak tangkap POLITIK WANG.. pastu dengan poyo cakap 3 jawatan tertinggi takdo terlibat.. haaaa ni den bagi info pigi laa cek betul ke tak TIMB PRESIDEN ado main POLITIK WANG ko tidak,.....cek la YANG MULIA Tengku Ahmad Ritaudin...MULIO SUNGGUH!!

Seorang Agen kepado Ali rustam bernama Datuk Yunus (den bagi namo lagi pi la selidik...lembaga umno yang bongap tak reti buat keje..)...begitu marah apabila setelah sogokan wang diberikan kepada pemimpin tertentu Bahagian Kota Tinggi, namun Nama Datuk Ali Rustam tidak dicalonkan langsung semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Rupanya agen kepada Tan Sri Muhammad Mohd Taib lebih berjaya 'menawan' hati perwakilan.

Akhirnya, Bagi Bahagian Air Hitam, Johor, Datuk Yunus terpaksa memberikan sendiri kepada perwakilan bagi memastikan nama Datuk Ali Rustam di calonkan. Datuk Yunus berjaya.

p/s IKHLAS DARI HATI DEN.........Jangan dididik anakbangsa menjadi derhaka kepada ketua... kepada pemimpinnya, takut kelak ianya turut menjadi budaya. Cukuplah kesilapan segelintir anak bangsa menghina che det/pak lah/DSAI, kerano dorang tu ado jugak la berjasa.Cubolah ajar untuk menghargai pemimpin. Kerana pertelingkahan antara rakyat dan pemimpinnya akan hanya menjerumuskan rakyat ke lembah kehancuran. Ajarlah cara bersyukur kepada Allah kerana memberi rahmannya kerana menganugerahkan pemimpin yang telah membawa Malaysia ke tahap ini...

ini yang patutnya... bukan apo yang che det posting kek dalam blog ......mengajar rakyat mencari kesalahan pemimpin.....bukan macam apo yang DSAI buatden maleh nak cito..korang pepaham sendiri.. dan bukan jugo amik mudah macam Pak lah....orang dok kalut dio ilex jo ZZzzzzzz hik hik hik.. (den tak leh serius sangat nanti hilang trademark den) hik hik hik

sepatutnyo pemimpin cuba bayangkan ni...bayangkan pak lah,che det, TG Nik Aziz, DSAI... makan semeja...solat jemaah sesama...qimulail sesama...hik hik hik..lopeh 6 bulan, ajak Sultan Brunei, Presiden Indonesia join skali...dah lopeh 1 tahun pastuuuu,ajak pulak Raja Arab Saudi...pemimpin2 Iraq, Iran kan bagus...hik hik hik..ni jangan la sampai hilang hormat den pado pemimpin.....................lagi satu den tak do nampak DSAI komen pasal POLITIK WANG ni....apokah bonar kato orang dio punco ujudnya politik wang dalam UMNO?....maso lawan arwah gapar baba...

3 ulasan:

pekembar berkata...

salam saudara tepet

bak kata a. samad said - pemimpin tak semua benar, tak semua salah.

Zubli Zainordin berkata...

Ado mufti kato dunio dah terbalik.

Satu daripado contoh eiy pengikut menegur ketuo.

Rakyat memberitahu kerajaan apo nan baik untuk negaro.

Manyak lagi lai.

Suatu maso kelak, manusio kono belajar dari haiwan caro hidup harmoni dan bermartabat.

Tapi sebelum itu semuo kono belajar ini:

hik hik hik...

Tanpa Nama berkata...

Salam Tok Tukang Sapu,

Duit duit dimana kau duit

Duit duit

Tu jela yg dok memutar ligat dlm kpala otak depa

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T