KISAH 2 SAHABAT, SEORANG PAKCIK & LIF AJAIB GUNUNG KINABALU
Lah & Ajib ialah dua sahabat baik.
Satu hari Lah datang ke rumah Ajib membawa sekeping risalah.
Lah : "Ajib...den ada berito baik ni..."
Ajib: "Berito aponya?"
Lah: "Den dapat iklan ni haa...pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."
Ajib : "Wow!...hebat tu... kan kito dah lamo berangan nak daki Gunung Kinabalu...apo syarat2 dio?"
Lah : "Tak ada apo2 syarat la...bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kito akan download tiket dan terus pergi ke sana ..."
Ajib : "Apo laie...jom la...peluang baik ni..."
Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.
Di Kaki Gunung Kinabalu...
Lah : "Yeah...kito dah sampai akhirnya.."
Ajib : "Apa laie...jom kito cari pihak penganjur tu...eden tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."
Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.
Lah : "Aduuuhhh!!...apo cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."
Ajib : "Batang hidung penganjur pun den tak nampak ni.."
Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..
Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan ?"
Lah : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"
Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"
Lah : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"
Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib' yang tidak wujud sebenarnya..."
Lah : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"
Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib' hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah tanpa usul periksa..."
Ajib : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"
Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."
Lah: "Hmmm..."
Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."
Ajib : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya...kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul...."
Lah: " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."
Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"
-Tamat-
Moralnya................bayangkan lah & ajib = rakyat.... penganjur =pemimpin.....lif ajaib = janji janji pemimpin..... gunung kinabalu = harapan korang kek pemimpin...... pakcik = den (hik hik hik)
kaitkan dongan pilihanrayo.....korang nakkan sesuatu...pemimpin janjikan sesuatu...korang undi pemimpin..... tapi abih pilihanrayo...janji tah kemano....pemimpin untung jadi kayo
jadi janganlah mengundi kerana janji colan dan mereka di belakang colan.... belajar dan fahami colan itu sendiri mampu atau tidak menunaikan apa yang korang nak...carilah info tontang colan sebelum anda undi..jangan undi mengikut ceramah yang anda dongar.....atau risalah yang di edar....supayo anda tidak menyesal di kemudian hari.........
Perubahan apa Bang Non?
Setahun yang lalu
2 ulasan:
tok tukang sapu...
kamek tuk x pandei tutogh nogori...hehehe...tp dpt lah tangkap sikit2 nok dimaksudkan...chis...dalam sungguh...
kamek pun sik berapa pasih mau klakar swk...mun ada nok kitak sik berapa paham..madah jak kelak...mek explain balit....ok sik?..hik hik hik
Catat Ulasan