SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

13 Oktober 2008

Me no sepik inlish meraih simpati?

JITRA: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib meminta bahagianbahagian yang akan bersidang supaya memberikan pencalonan mencukupi kepada semua calon yang menawarkan diri bertanding jawatanjawatan penting pada mesyuarat pemilihan parti itu Mac tahun depan.

"Saya harap mereka (yang menawarkan diri) diberikan pencalonan mencukupi untuk layak bertanding dan biarkan perwakilan membuat keputusan Mac nanti," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis mesra Hari Raya Aidilfitri JabatanKemajuaan Masyarakat (Kemas) Kedah di sini hari ini berharap semua pihak memberi kebebasan kepada anggota sehingga di peringkat akar umbi untuk membuat pencalonan.

"Dalam proses pencalonan di peringkat bahagian, seharusnya tiada lagi unsur sekatan atau hadangan supaya keputusan yang dibuat benarbenar mencerminkan kehendak ramai," tambahnya.

Ketika ditanya mengenai regu untuk jawatan tertentu, Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata perkara itu tidak menjadi kesalahan tetapi jangan sampai anggota parti tidak dibenarkan bersuara. Muhammad yang akan bertanding jawatan timbalan presiden berkata beliau hanya menawarkan diri selepas penyandangnya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bertanding jawatan presiden.

Beliau berharap anggota Umno melihat rekod perkhidmatan dan cara bekerja caloncalon yang menawarkan diri bertanding.

"Calon juga hendaklah bersikap munasabah dalam menawarkan diri untuk bertanding apaapa jawatan. Kalau setakat ketua cawangan tidak perlulah terus bertanding jawatan naib presiden," katanya. BERNAMA

MSTAR

Ni apa cita ni? Kira macam mukhriz dah cukup pencolanan.. bahagian lain tak payah undi lagi la... undi beruk... bagi peluang kat beruk?.... macam tu? Rafidah,Sharizat,Razali depa semua dah cukup undi... so bahagian lain yang mesyuarat minggu depan...undilah colan lain?.. macam tu?..... kira nanti Muhyiddin dah cukup undi ...BAGI UNDI KAT HANG PULAK KA?...

kalau macam tu baik semua nama yang dah tercolan terus layak... tak payah nak tunggu cukup kuota... hurm... awat la jadi macam tu.. kalau betul nak bagi kebebasan pada akar umbi untuk memilih colan atau membuat pencolanan baik tak payah ada mesyuarat bahagian yang macam ni ,.. panggil semua ahli umno datang suruh dorg tulih nama atas kertas,sapa dorg nak letak untuk jawatan tertentu tu pastu masuk peti undi ...kira sapa banyak dia menang... tak payah nak bising bising.. cukup tak cukup pencolanan...merayu mintak pencolanan

nak lihat rekod?sbelum bagi pencalonan?bagus sangat ke rekod bawak lari anak kerabat?pastu tak ngaku? pastu ceraikan... elok sangat ke rekod kena tangkap bawak duit tunai 2juta kat australia tu?Apa kesudahan kesemua rekod2 tu? Senyap sahaja....

Salah ke kalau ketua bahagian nak colankan diri jadi naib presiden.. mauhpun presiden... tak kisah la apa jawatan.. ketua pemuda ke wanita... biarkan lah.....kata nak dengar....nak bagi kebebasan pada akar umbi.. mana hang tau akar umbi tak nak kat dorang?

p/s Kalau Pak Jib dah cukup pencolanan ...silalah colankan KU LI..... ada berani... bak kata Muhammad Muhd Taib bagi peluang pada semua colan!!! Ada berani ker...bahagian bahgian umno.. ahli ahli umno......kalau goyang... samolah korang dongan pemimpin korang.. kono sergah dongan DSAI nak amik alih gomen 16/9.. teruih bawak lari pi cucuk tanam kat teiwang.... ni lagi satu....ni satu colan untuk ketua pemuda... USTAZ RAMLAN PORIGI... ahli umno jugak apo.... OK apo... den sokong walaupun den bukan ahli UMNO

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Penyapu,

Org pencen UMNO ni dah kehabisan talian hayat....

Kah kah kah

Itu yg dok merintih merayu bagai nak gila

Kah kah kah

Nauzubillah,minta2 dijauhkan dr ber TPM kan org tua pencen ni...

Mi no spik inglish...no pil form

Kah kah kah

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T