Banyak juga ahli-ahli Umno tertanya-tanya kenapa Zahid Hamidi yang awal-awal menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden Umno. Zahid beri alasan kerana desakan ahli akar umbi yang minta beliau bertanding, walaupun ada kalangan pemimpin Umno tidak bersetuju
Yang berseri lagi dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno ini, jika Dato’ Seri Nazri Aziz pun turut serta dalam pertandingan. Macamana Datuk Seri. Datuk Seri juga dilihat sebagai ‘Orang Kuat’ Datuk Najib. Datuk Nazri juga sepatutnya mengambil peluang ke jawatan itu. Tetapi sikap Datuk Nazri memang susah nak dibaca.
Soalnya siapa dibelakang beliau (Zahid), Najib, Muhyiddin atau Pak Lah itu sendiri? Yang jelas tindakan Zahid itu tepat pada masanya. Jangan lupa semasa Najib sebagai Ketua Pemuda, Timbalannya adalah Zahid. Jika itulah bayangannya Muhyiddin akan mencalonkan siapa pula sebagai regunya untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden atau Zahid juga orang suruhan Muhyiddin.
Bagaimanapun Tun Dr Mahathir meramal Najib dan Tengku Razaleigh tidak berpeluang untuk bertanding kerana tak cukup kuota untuk memperolehi 60 pencalonan darpada bahagian.
Dr M mungkin tidak bayangkan yang Pak Lah akan undur diri dengan menaja Muhyiddin ke jawatan Presiden bagi menyangi Najib yang dikehendaki sangat-sangat oleh Dr M untuk jadi Presiden Umno. Betulkah Dr M teringin kepada Najib.
Semasa Muhyiddin jumpa Dr M sebulan dua dulu, tercetus isu Muhyiddin mendesak supaya pelan peralihan kuasa perdana Menteri atau Presiden Umno 2010 dipercepatkan. Sehinggakan Mesyuarat MT Khas diadakan bagi membincangkannya.
Datuk Najib yang dijadualkan berucap di PBB terpaksa membatalkan dan mewakilkan Datuk Rais Yatim untuk berucap bagi pihak Malaysia. Program sepenting itu, Datuk Najib terpaksa batalkan kerana masalah dalaman Umno. Umno lebih penting dari negara nampaknya!!
Yang penting bagi Dr M adalah peralihan kuasa dipercepatkan, tak kira samada Muhyiddin atau Najib jadi Presiden. Kenapa demikian? Mungkin keahlian Dr M untuk masuk Umno masih tergantung-gantung belum diluluskan oleh MT Umno yang berPresidenkan Pak Lah atau Dr M tak sanggup nak serah borang masuk Umno semula selagi Pak Lah jadi Presiden.
Bagi ahli-ahli Umno dibawah, mereka melihat untuk memulihkan Umno, mereka tidak percaya dengan Najib kerana Najib dilihat oleh rakyat bergelumang dengan ’skandal Altantuya’, ’skandal Kapal Selam’ termasuklah isterinya Datin Seri Rosmah yang bagi setengah ahli Umno melihat ‘liabiliti’ kepada Umno itu sendiri.
Manakala Muhyiddin pula tidak kedengaran skandal-skandal atau isu-isu penyelewengan yang dihadapkan oleh parti-parti pembangkang kepadanya. Mungkin seperti Pak Lah suatu ketika dahulu digelar ‘Mr Clean’ oleh ahli-ahli Umno yang menyebabkan Dr M teruja (tertipu?) dengan gelaran tersebut, lantas melantiknya sebagai Timbalan.
Muhyiddin kena belajar dari Hikayat Pak Lah ini yang memerintah semenjak dua menjak ini sekiranya beliau ingin memerintah negara. Saya tetap akan ramalkan Muhyiddin akan jadi Presiden Umno. Perdana Menteri belum tentu lagi sebab Pakatan Rakyatpun ada perancangannya tersendiri. Nak tahu kena tanya DSAI.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.
“Saya sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan timbalan presiden parti, saya menawarkan diri (bertanding jawatan itu),” katanya di sini hari ini.
Pengumuman Mohd Ali hari ini, meletakkan beliau sebagai pemimpin kedua, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan hasratnya bertanding Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan.
Manakala Tan Sri Musa Hitam meramalkan Keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno minggu lalu menangguhkan perhimpunan agung tahunan dan pemilihan sehingga Mac depan dilihat sebagai petanda Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan kali ini.
“Jika saya tidak silap, ini menunjukkan bahawa Presiden (Umno) tiada hasrat untuk mempertahankan jawatan beliau,” katanya yang juga bekas Timbalan Presiden Umno.
Manakala Tan Sri Muhyiddin pula akan mengisytiharkan bertanding mana-mana jawatan selepas Datuk Seri Abdullah mengisytiharkan kedudukannya.
Apa makna ini semua, saya meramalkan Pak Lah akan berhenti sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri dan menyerahkan kepada perwakilan yang dijadualkan Mac 2009 untuk memilih Presiden.
Manakala Najib akan bertanding jawatan Presiden Umno dan lawannya dijangka Tengku Razaleigh Hamzah atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa demikian rupanya. Kenapa Muhyiddin perlu menunggu Pak Lah menyatakan pendirian terlebih dahulu? Tidak seperti apa yang dilakukan Datuk Zahidi Hamidi yang berani mencalonkan dirinya bertanding Timbalan Presiden Umno.
Sifirnya mudah saja, bagi saya Jika Pak Lah mengumumkan mengekalkan jawatan Presiden, Muhyiddin akan memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk lawan Pak Lah sebagai Presiden Umno. tetapi jika Pak Lah undur diri maka akhirnya Muhyiddin akan bertanding menentang Najib bagi jawatan Presiden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan