SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

16 Oktober 2008

DEWA PENYAPU - KHIR POYO

SHAH ALAM 16 Okt. - Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyeru mana-mana bahagian UMNO di Selangor yang masih belum bermesyuarat memberikan pencalonan mereka kepada calon dari negeri ini bagi merebut jawatan tertinggi dalam pemilihan pada perhimpunan Agung UMNO, Mac ini.

Katanya, pencalonan bagi jawatan tertinggi itu dilihat begitu penting dalam usaha untuk membantu Barisan Nasional merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang turut menjadi calon Ketua Pemuda itu berkata, bahagian-bahagian yang belum bermesyuarat seharusnya memberikan undi mereka kepada calon dari negeri ini yang belum cukup kuota bagi membolehkan mereka bertanding.

``Kalau saya tidak dapat cukup pencalonan seperti yang ditetapkan oleh kuota, ia sudah pasti akan mengekang tujuan saya untuk membawa beberapa perubahan dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda terutamanya di Lembah Klang yang hari ini merupakan antara golongan penentu dalam pilihan raya akan datang,'' kata Mohamad Khir di sini hari ini. - Utusan Merapu


Ni bukan unsur perkauman negeri ke?.. nak kena tahan ISA ke? hik hik hik baik tak payah buat mesyuarat bahagian,baik hang cakap n9 undi calon dari n9, kedah undi calon dari kedah,perak undi calon perak dan begitulah seterusnya.. apa lee ke bebalnya DEWA PENYAPU ni kalau orang tak undi tu maknanya orang tak suka dengan ko!! orang tak percaya dengan kemampuan calon yang tak di undi tu la.....

Ayat intro punyalah sedap "mana mana bahagian umno selangor yang masih belum bermesyuarat berikan pencalonan mereka kepada calon dari negeri ini bagi merebut jawatan tertinggi dalam pemilihan pada perhimpunan Agung UMNO, Mac ini."..... ayat last yang tak tahan tu..."Kalau saya tidak dapat cukup pencalonan seperti yang ditetapkan oleh kuota, ia sudah pasti akan mengekang tujuan saya untuk membawa beberapa perubahan dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda terutamanya di Lembah Klang yang hari ini merupakan antara golongan penentu dalam pilihan raya akan datang,'' ...Apo kalau ko tak dapek jadi ketuo pemudo ko tak bulih buat kejo ko?... ketuo pemudo bukan untuk selangor je sengal... tu untuk satu Malaysia... bengap!!!! baik korang jangan undi.. kalu korang undi... pemudo selangor je untung .. nogori lain ancur.. erkk den ni pro umno ke tetibo plak nak selamatkan pemudo umno ni hik hik hik...

Rupo ruponyo dio pun merayu macam "Me No Sepik Inggelis"..nak kan pencolanan..... satu negori la katokan...."kalau den tak dapek jadi ketuo pemudo macam mano den nak kayo macam maso den jadi MB Selangor dulu..." tak malu ko tehegeh hegeh mintak undi hik hik hik

Tiada ulasan:

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T