SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

18 Oktober 2008

BERUK......

BERUK tidak menolak kemungkinan kekecohan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian di seluruh negara didalangi kumpulan yang diupah pihak tertentu bagi mencetuskan ketegangan untuk memalukan institusi itu.

Tu yang den polik BERUK... kebanyakan..kiro hampir semuonye la kekecohan tu berlaku kek tompat yang ko monang je pulak tu..ajaib sungguh

Katanya beliau menerima beberapa laporan daripada Pemuda bahagian wujudnya kumpulan yang diupah pihak tertentu yang semata-mata datang bagi mengganggu dan menimbulkan kekecohan.

Sapo agaknya pihak tertentu tu yang upah kan BERUK.. den rasokan ,mesti menantu PM...ala menantu yang takdo kejo tapi jadi jutawan tu...kalau hang pa cakap dio jadi ceo . tu yang kayo.. hebat betul takdo pengalaman tetibo orang angkat jadi ceo... kalau korang cakap dio bukak company sendiri tu yang kayo... hebat betul tak sampai 10tahun harto dah berpuluh juta... berniago apo la agaknya tu kan...

"Saya akan menyiasat perkara ini dan akan pastikan ia tidak berulang lagi," katanya.

Siasat tu pasal nak pastikan supayo tak kantoi hang yang bagi upah ke atau nak upkan lagi upah kalau colan lain bagi upah lagi tinggi?

Beliau mengulas mengenai kekecohan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Rantau Panjang, Kelantan, semalam sehingga Unit Tindakan Ringan (LSF) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dipanggil bagi menenangkan keadaan.

Saya masih menunggu laporan penuh mengenai kejadian ini. Saya dimaklumkan peringkat awal, ada satu kumpulan yang tidak puas hati tetapi telah dihasut untuk mengganggu gugat perjalanan mesyuarat Pemuda".

Ni yang den nak tahu ni awat time BERUK dapat je pencalonan mesti ado kes... colan lain upah orang buat hal ko... atau BERUK yang bagi upah ...tu yang orang yang tak dapat upah ngamok tu

"Perbuatan ini memalukan institusi Pemuda dan mengaibkan pemimpin. Ia adalah satu yang tidak sihat. Kalau hendak bertanding, ikutlah lunas demokrasi...akhirnya yang malu adalah institusi Pemuda Umno sendiri," katanya.

Ish nak malu apo... orang memang dah tau lamo dah umno memang guno politik duit tetiap tahun nak monang jawatan... tahun ni je sebelum mesyuarat brapo ramai yang keno gantung keahlian pasal rasuah politik yang tak salah dimata BPR.. takdopun keno tangkap,takat kono tindakan displin politik jo.. tu tahun ni... yang dulu kes abg is tu pun ilek je.... abih je tempoh penggantungan .. siap tahun ni offer balik nak jawatan tu..takdo pun nak malu malu....

Tiada ulasan:

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T