SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

06 Oktober 2008

ROSLAN SMS EGO @ RIAK?

Saya kini berada di Kulim, Kedah mengunjungi rumah adik ipar untuk berhari raya. Sambil berihat selepas solat maghrib dan melayari internet saya terperanjat kerana menerima panggilan dari rakan blogger Sdr Zainol Abideen atau Mahaguru. Terperanjat bukan apa, kerana tak sangka dipanggil beliau dalam musim raya ni.

Kata Sdr Zainol beliau sedang mencari-cari jika ada rakan blogger yang kelapangan Ahad ini untuk di “recommend” sebagai panelis rancangan BLOG bersama RTM1, siaran langsung. Belia bertanya adakah saya lapang. Saya terpaksa memohon maaf kerana hari Ahad itu saya belum pasti jam berapa akan tiba ke rumah di Subang Jaya (pastinya hari terkahir cuti raya sebelum sekolah buka esoknya akan menyakiskan lebuhraya sesak dengan kenderaan yang mahu pulang ke ibukota).

Alhamdulillah Sdr Zainol faham malah katanya beliau jangka ramai yang begitu juga maklumlah Hari Raya. Kata beliau tugasnya untuk mencari rakan blogger sukar kerana mereka yang seumpama kami ini “limited”. Memang ramai bloggers kebelakangan ini, tetapi kalau menulis sekadar untuk melepaskan geram apalagi menabur fitnah dan mengadu-domba, mereka itu bukan seumpama kami, sekurang-kurangnya itulah pandangan Sdr Zainol dan saya bersetuju.

Namun jauh disudut hati saya sebenarnya bersyukur dan berbangga kerana diiktiraf demikian oleh beliau. Kita menulis kerana mencari kebenaran, begitulah lebih kurang katanya tadi.

Saya harap Sdr Zainol berjaya dalam pencarian beliau itu. Nampaknya terlepaslah peluang saya untuk muncul “live” di TV sebagaimana Sang Kelembai, MSO dan Mahaguru sendiri, tak ada rezeki, lain kali mungkin.

Sebelum berpisah tadi kami sempat saling mengucap selamat hari raya dan memohon maaf seama kami. Pandu berhati-hati bila pulang nanti, pesan beliau. Terima kasih.

Aku copy dari roslan sms punya blog.

Aku bukan nak pertikai hak tuan ROSLAN SMS menuduh kebanyakan bloggers sekarang tak cukup hebat macam dorang,tak cukup jujur macam dorang. Aku taknak pertikai berapa hebatnya makrifat dan hakikat serta amalan tuan ROSLAN SMS. Cuma aku kagum hebat sungguh tuan ROSLAN SMS menilai bloggers2 selain dari KRONI ROLAN SMS. Agaknya dorang rasa dorang dah macam dewa.Takde buat salah,takde mengadu domba. Tulis blog hanya cerita yang tersurat, bukan mencari makna tersirat.mahupun mencari kebenaran pada setiap berita yang di siarkan di mana mana media.... Dan aku baru paham jadi bloggers rupanya untuk mencari peluang muncul kat TV.(KITA KUTUK KERAjaan TAPI TERHEGEH NAK MASUK TV(RTM) hik hik hik)

Tapi aku setuju dgn tuan mahaguru58 sbab dia cakap kita menulis untuk mencari kebenaran.Tapi apakah bila ada antara bloggers mencari kebenaran dengan melepas geram,mengadu domba ataupun dengan apa cara pun selain dari cara yang di amalkan oleh ROSLAN SMS....salah di mata ROSLAN SMS? Tuan ROSLAN SMS kena lah terima hakikat. walaupun tuan ROSLAN SMS boleh la dikatakan antara bloggers terawal ujud di alam blog bukan bermakna bloggers yang tumbuh macam cendawan sekarang ni semuanya ampeh.kalau zaman tuan ROSLAN SMS dulu mungkin tak banyak kategori bloggers tapi mungkin skarang dah banyak, ada yang boleh kita panggil bloggers yang ada info terkini seperti PAHANG DAILY,RPK,PERAK EXPRESS, ataupun bloggers yang merungkai disebalik berita HARIMAU MENAIP,HASBULLAH PIT, NOBISHA. dll

Aku cukup tak paham kenapa dalam berblog pun ada yang dengki.khianat.merasa diri hebat sangat berblog, Mungkin motto@tema blog(
Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.) tuan ROSLAN SMS tak boleh di pakai oleh orang lain. tuan sahaja yang boleh share tuan punya pendapat atau pandangan.Tapi pendapat ataupun pandangan bloggers lain dianggap menulis sekadar untuk melepaskan geram apalagi menabur fitnah dan mengadu-domba, Hebat sungguh TUAN POSLAN SMS!!!

2 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Hang perhambat kaw-kaw mangkuk tu. Dia ingat dia Dewa Blog ke?

Tak lapaq kalau tak keluar TV pun.

ps: belum ada kelapangan nak call Tuan. Nanti kita pi minum kat Taipan.

Master Yoda berkata...

Salam Tuan Penyapu,

Org nak mencari femes,tabiat dan spesies dia lain...

Suku sakat ni dok sama ngan satu spesies dlm Teori Darwin tue

Kah kah kah

Org yg lek2 je tak kejar femes,tabiat dan spesies dia lain..

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T