SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

28 Oktober 2008

KISAH TINGKAT 4.. DULU..KINI..& SELAMANYA?

Semasa zaman che det memerintah dulu sudah ada gejala yang sebegini..... Tun Daim Zainuddin dulu merupakan che det punya 'tingkat 4'... Tun Daim yang kaya raya tiba2 sahaja meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan setelah kekayaan negara digali. Lebih menyedihkan, Tun Daim bukan nak membela nasib orang melayu yang jatuh miskin. Malah Tun Daim lari ke luar negara dan menetap di sana...sehingga sekarang.Apakah puncanya? kenapa tiada siapa yang menyiasat?

Semasa zaman pak lah pula "tingkat 4" dikawal oleh menantu, anak dan kawan-kawan muda mereka yang konon2nya bijak pandai daripada mereka yang mempunyai pengalaman bertahun tahun mentadbir kerajaan.. sehingga ada diantara pendapat mereka lebih mendapat tempat dan lebih di percayai oleh Pak lah dari menteri kabinetnya

Zaman Pak jib yang bakal tiba..... siapakah yang bakal menduduki "tingkat 4" apakah bik rosmah?..bakal wanita pertama yang glamour sebelum masanya...mana ada selama kito ado TPM kek Malaysia ni mempunyai isteri se Glamour bik Rosmah? Atau pun mereka yang berada di zaman Paklah masih menyambung kontrak?Masih tidak puas mendapat pulangan wang yang banyak daripada pengaruh mereka keatas Perdana Menteri dan Kerajaan.

1. Zaman che det, 'tingkat 4' boleh dikatakan berjaya. Nasib juga che det berjaya kawal tak jadi 'tingkat 5'. Kalau tak memang tak terkawallah ia.

2. Zaman Pak Lah, 'tingkat 4' makan diri sendiri.

3. Zaman Pak jib, ....apakah bik rosmah akan jadi penghuni "tingkat 4"?

Den raso lah kan team 'tingkat 4' ni memang diperlukan oleh seorang Perdana Menteri di Malaysia untuk memperkukuhkan ekonomi Malaysia supaya semakin maju dan negaro kita bertambah kayo rayo penduduknya....

Jangan salah faham. Den bukannya sokong apo yang bebudak "tingkat 4" dah buat slamo ni Cuma sekiranya 'tingkat 4' itu berjaya memartabatkan orang melayu, den tak kisah. Tapi sekiranya ia hanya untuk kenyangkan perut kroni2 mereka sahaja, ia harus ditentang sehabis-habisnya.

Tiada ulasan:

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T