Oleh khattab
"Salam sejahtera,
Dalam kekalutan politik hari ini, macam2 blog tumbuh.. ada yang spesifik bantai dan belasah dan memalukan pimpinan2 kita, ada baiknya kita review balik panduan menerima maklumat.
Sebagai seorang pelajar perubatan,kami diajarkan konsep Evidence Based Medicine dalam amalan perubatan seharian. Konsep ini memastikan doktor2 menggunakan maklumat yang betul2 tepat dalam membuat keputusan perubatan. Tak salah rasanya kita guna cara ni untuk amalan politik kita.
1. Bukan blog anonymous
Semua blog2 anonymous tidak sepatutnya dijadikan sumber rujukan maklumat politik kita. Dalam perubatan banyak jugak research2 yang dipublish di internet.Bayangkan kalau doktor anda main rembat jer maklumat dari mana2 website. Kan ker menakutkan.
2. Pemilik blog diketahui latar belakangnya.
Sekadar mengaku dia ahli pas seumur hidup,tak sepatutnya dilayan. Mesti tau sekadar mana penglibatannya dalam PAS. Sekali lagi,dalam perubatan sekadar mengaku saintis saja tak cukup,mesti tau uni mana dia belajar, apa reputasi uni tersebut, berapa lama dia dah jadi researcher dsb. Kalau dalam ilmu hadis, kan ada ilmu yang mengkaji setakat mana tsiqahnya seseorang perawi itu.
3. Maklumat itu adalah boleh dipercayai
Pemilik blog yang sekadar mengatakan dia dapat maklumat dari hearsay, atau 'sumber rapat parti' tidak sepatutnya dilayan. Mesti boleh disebutkan, dia dapat dari si pulan2 yang boleh disahihkan kewujudannya dan ketsiqahannya. (Dalam akademik, setiap sumber maklumat boleh ditrace kembali untuk kesahihan.)
So, itu saja basicnya kot. Yang lebih2 saudara/i boleh tambahkan. Dan memang nampaknya susah nak sahihkan satu2 maklumat itu. Tapi, bayangkan kalau perawi2 hadis main tangkap muat ja sumber macam kita buat harini, agak2 ada ka kitab2 sahih hadis. Ataupun kalau doktor2 belasah ja main google dan bagi nasihat. Agak2 ada ka orang percaya lagi kat doktor.
After all,bukankan Allah peritahkan kita untuk siasat betul2 setiap maklumat yang kita dapat? Apatah lagi maklumat yang boleh memecahbelahkan jamaah kita.
Memang akan kurang sensasinya, tapi sebagai muslim,kita tak utamakan sensasi tapi kebenaran.
Wasalam
p/s: identiti penulis tak payah taula,sebab tak hensem sangat..hehe
Aku amik kat Tranungkite.net
ini lagi satu hamba allah yang aku tak paham apa yang dia nak......
1.Aku mengaku.. aku tak paham apa yang dimaksudkan dengan BLOG ANONYMOUS. Blog yang takdak nama kah? blog yang yang tak tahu mana asal usul kah?.. blog yang tak kejar nama? tak kejar populariti kah?
2.
i)Apakah Untuk menulis blog yang berkaitan dengan POLITIK,KERAJAAN,MASYARAKAT SEKELILING,INFORMASI TENTANG APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI SEBALIK BERITA YANG DI GEMBURKAN DALAM MEDIA SEPERTI RTM TV3 UTUSAN MELOYA BERITA HAIWAN Perlu mendaftar sebagai ahli mana2 pertubuhan politik?mahupun menjadi ahli jawatankuasa tertinggi baru layak, baru berhak, baru boleh menulis atau memiliki BLOG
ii)BLOGGERS YANG HANYA MENGGUNAKAN NAMA SAMARAN tanpa memperkenalkan identiti diri apakah merupakan penyebab setiap penulisan di dalam BLOG nya tidak boleh di terima pakai? Mungkin mereka(termasuk aku) yang menggunakan nama samaran tidak mahu dikenali,tidak mahu mengejar GLAmour seperti ROSLAN SMS. ataupun tidak dapat sama sekali memperkenalkan identiti kerana terikat dengan undang undang kerja dan sebagainya. ...Takkan lah mereka yang bekerja dengan KERAjaan pastu buat blog hantam kerajaan...tak pepasal kena buang kerja.. anak bini nak makan apa beb?...
3.Bagaimana pula jika pemberi maklumat sendiri yang tidak mahu nama disebut ataupun diperketengahkan dalam setiap informasi yang di beri,apakah menjadikan maklumat itu tidak boleh dipercayai? cuba tanya kickdafella atau RPK dorang nak bagitau ka sapa informer dorang...kirim salam beb!
4. Bab kena selidik kesahihannya memang aku setuju.. tapi kalau ianya hanya merupakan pandangan,pendapat,luahan bloggers macam mana kita nak tahu kesahihannya?
5.
i)TUAN KHATTAB pun tak memberitahu identit tuan... maknanya PANDUAN MEMBACA BLOG TUAN KHATTAB ni pun tak boleh la diterima pakai?.. macam tu ka? sebab saya tak tahu latar blakang tuan khattab... apa ke sengal la tuan khattab.... nak ajar org mcmana nak baca blog pastu dia sendiri tergolong dalam orang yang tak boleh di percayai, mabuk tapai ka tuan khattab ni
ii) Tuan khattab.....nak tulis blog ni tak perlu ensem ker tak.. yang penting niat....tujuan... matlamat....berkongsi maklumat... DLL yang sewaktu dengannya
p/s tuan khattab kalau nak ikut ensem je bleh tulih blog... harimau menaip je lah sorg yg boleh tulih... sebab dia bekas MODEL! haku pun terpaksa resign tulih blog ni.....
p/s sapo2 yang konal tuan khattab ni suruh dia komen skit posting haku ni... nak dongar gak apa cakap ehhh
4 ulasan:
Mangkuk hayun kelas pertama..yang pergi cancel dakwat kekal maso Pilihanraya tu...dari mana sumber diaorang pakai? Kenapa tak dedahkan?
Yang YB Hasan Malek ko (pilah punyo YB tu) khobar dio kono sogok tu, takdo pulak cakap sapo yang sogok dio...
Memang bangang mamat tu Tepet oi..
den ngantuk ko apo ni.... tak paham related cito den ni dgn komen YB ghimau nih hik hik hik
Takdo..Dio nak kito cerito semuo sumber secara detail dengan alasan akademik dan rujukan masa depan..
Bila kerajaan buat keputusan batalkan dakwat kekal dulu tu, takdo pun dodahkan sumber maklumat yang diorang dapek..
Hasan Malek tu..kato dio kono sogok..tapi tak pulak dodahkan penyogok tu..
Boleh pulak diorang percayo..
Ni bias ke berat sebelah? Paham tak bro.?
Kalau tak paham lagi...ontahlah..
Esok kojo kan? Balik KL ko? Pukul berapo?
oook paham dah.. isnin baru kojo.. isnin pepagi buto baru p kl....
Catat Ulasan