SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

08 Oktober 2008

Tersurat dan Tersirat 2


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memutus tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bila tiba masa yang sesuai.

Bagaimanapun beliau berharap Najib akan menang dalam pemilihan jawatan Presiden parti Mac depan.

"Saya harap Datuk Seri Najib... anda tahu mengapa saya kata 'harap'? Sebab beliau perlu bertanding dalam pemilihan dahulu.


  • Pak jib kena lah bertanding kalau nak tau ado penyokong ke tak?.. bertanding dengan sapa... haaa tu pak lah jawab last skali yeee....


"Beliau perlu tanding dalam pemilihan sebagai Presiden Umno dahulu, tapi saya percaya beliau boleh lakukannya...saya harap beliau jadi Presiden," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) siang tadi.

Ditanya mengenai tarikh sebenar peralihan kuasa tersebut, Abdullah berkata, selepas Najib menjadi Presiden Umno, mereka akan mengadakan perbincangn mengenai penyerahan jawatan nombor satu dalam kerajaan itu.

  • Itu pun kalau sempat lah manalah tau pulak nanti tetiba kes altantuya ada bukti baru nak sabit kan Pak jib ni,terpakso lah saya pertahankan dulu JAWATAN PM NI

Kata beliau, keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya itu adalah muktamad tanpa didesak oleh mana-mana pihak.

  • tu la korang cakap aku kuat tido sangat.. lagi mau tanya sapo dosak den.. sapo laie rakyat la dosak den lotak jawatan kalau tak sampai mampuih den nak jadi PM ni

"Tanyalah mereka (pemimpin BN) sama ada mereka desak atau tidak. Saya tahu saya tak buat yang terbaik semasa pilihan raya.

  • Tapi kalau hangpa tanya skrang memang dorang jawab tidok punya sobab aku tongah pogang jawatan PM laie... cuba hangpa tanya dalam 2tahun lagi,ada la suara sumbang tu...ado la yang cakap "Sayo dah lamo nasihat mantan paklah letak jawatan tapi dia dogil"

"Saya rasa sekarang masa generasi baru untuk ambil alih," katanya.

  • Pepaham la yoo Generasi Baru.. maknonyo bukan KU LI Bukan Najib.. dorang tu pun dah lamo.... Generasi baru ni maknanyo macam Nor jazlan ko.... Zahid Hamidi ko...

Abdullah menjelaskan bahawa Beliau tidak kesal dengan keputusannya itu, tetapi langkah tersebut disambut baik oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

  • Issshhhh apo nak sosal kan anak menantu den banyak dah roto rakyat,roto kerajaan,roto MALAYSIA disapu ehhh...dah tentu ada bahagian untuk den gak... papopun raya taun dopan mai la rayo kat umah den kek austliar

Dalam sidang media penuh ceria itu Abdullah memberitahu, perasaannya kini adalah seperti biasa tanpa rasa sedih.

  • Apo yang den nak sodihkan... 5tahun den jadi PM..walaupun kiro PM paling copat ....tapi kiro copat gak lah anak menantu den jadi jutawan... hangpa pikiaq laa menantu BERUK den tu kojo pun takdo leh jadi jutawan

"BN masih lagi menjadi kerajaan yang memerintah dan saya yakin BN akan terus bertahan hingga pilihan raya akan datang datang... saya yakin kita akan menang," katanya.

  • BN masih bertahan maso den pogang jawatan PM ni... akan datang den taknak tanggungjawab tu hangpa salahkan Pakjib plak

Mengulas jika beliau tetap menerima pencalonan daripada Umno peringkat bahagian yang akan mula bersidang esok, beliau berkata: "Apa boleh buat... orang dah calon kita, macam mana kita nak buat, kita dah bagi tahu awal-awal lagi dah."

  • Ni la solan yang den tunggu tunggu... apo laiee... kalau ado yang calon... cukup kuota plak... mano den nak lopehkan den totap bertanding... time tu kut najib kalah den dah ado TPM baru dah takdo yang bising suruh den copek tuko position..agak nyo la kan....Tapi itu lah harapan den sempono rayo nihhhh

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Penyapu,

Sape lagi la yg nak calon PM Tido ni??

Jgn pasang angan2 Mat Jenin la Pak Lah oi...

Berhenti, gi masjid jadi tok siak kat Kepala Batas lagi baguih dok ado....

tepet berkata...

salam master yoda... hik hik hik.. pun tak bleh gak.. kang ado plak anak ..menantu berebut jawatan..ajk masjid ko.. imam ko.. susah plak org kg nanti hik hik hik

Tanpa Nama berkata...

Klu yang ni pon nak berebut, baguih la....

Bersih dan imarah masjid tue...

Jgn tukar nama udah la ye....

Kot la nak bagi nama Masjid Jamek Hadhari ke....

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T