SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

05 Oktober 2008

KEKUATAN BERUK

REMBAU: Naib Ketua Pemuda UMNO `BERUK' berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO atas kekuatan beliau sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Rembau berharap perwakilan dan anggota pergerakan Pemuda UMNO dapat menilai pencalonannya atas kredibiliti dan juga kekuatan dirinya sendiri.

"Saya akan terus dengan perancangan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana daripada awal lagi saya ingin bertanding atas kekuatan diri saya dan berharap apa saja keputusan yang bakal dibuat pucuk pimpinan parti (Presiden dan Timbalan Presiden) itu tidak akan ada pengaruh kepada apa yang menjadi pilihan 'orang muda' dalam parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka beliau sempena Hari Raya Aidilfitri di Balai Raya Kampong Gadong, Kota, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita kedudukannya sebagai calon Ketua Pemuda UMNO sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyuarakan hasrat untuk tidak bertanding pada pemilihan pucuk pimpinan parti akan datang.

"Dia (anggota Pemuda) kena pilih untuk masa depan orang muda dalam parti. Saya yakin keputusan saya ini tidak akan berubah walau apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh Presiden.

"Selama ini saya berkhidmat selama empat tahun sebagai Naib Ketua Pemuda pun tidak pernah saya berkhidmat sebagai menantu Presiden atau pun Perdana Menteri.

"Saya turun ke bawah, saya jadi pengarah kepada jentera pilihan raya kecil....saya mengadakan program dan pelbagai lagi perkara yang saya buat selama empat tahun ini atas diri saya sendiri dan perkara itu tidak akan berubah sama ada Presiden (adalah) Pak Lah atau pun Datuk Seri Najib. Saya akan terus dengan kerja saya sebagai pemimpin bagi generasi muda dalam UMNO," katanya.


Persoalannya : Jika benar Paklah ingin meletak jawatan, kenapa GENG-GENG BERUK makin mengukuhkan kedudukan? Antaranya, Mustafa Ong ,pemain utama Ethos Consultant, rakan rapat BERUK dikatakan akan dilantik sebagai setiausaha politik najib di kementerian kewangan.

Jika sekiranya Paklah tiba tiba mengumumkan akar umbi masih ingin dia kekalkan jawatan, ternyata di sini yang terperangkap adalah Najib. Kerana jawatan timbalan presiden akan pertandingkan. Khabarnya Zahid hamidi memang mendapat restu Paklah. Gerakan juga sedang dijalankan untuk memastikan BERUK menang sebagai ketua pemuda.

Hurm...apa kekuatan beruk ni? Sapa bleh bagitau aku!maksud aku kekuatan yang positif bukan negative yang aku tau sejak ujudnya BERUK ni dlm politik. Aku rasa beruk ni kompom dah goyang.... pak mertua dijangkakan tak nak pertahankan jawatan.pastu beruk ni salah budget ingat pak mertua gilo kuasa lagi...last last... kuar la statement bertanding atas kekuatan diri sendiri.maleh aku nak cita banyak pasal beruk time rayo ni... hik hik hik

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BERUK nie kuat sbb dia ada banyak pisang. Anak-anak BERUK sumer laparkan pisang so senang la nak bagi upah.

Anak Melayu Makan Pengat,
Sendiri Mau Ingat.

tepet berkata...

Salam En zackry... masalah ehh.. bukan takat buah pisang....daun pisang,jantung pisang pun depa bolot hik hik hik

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T