SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

25 September 2008

SAMB BERITA GEMPAR

Ramai sebenarnya yang ingin mengetahui "berita terkini" Saiful, tambahan pula buat masa ini beliau dipercayai masih dalam "kawalan keselamatan" pihak berkuasa. Kawalan terhadap Saiful lebih dasyat daripada kawalan yang diberikan oleh polis pengiring Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau mana-mana Menteri Kabinet sebelum ini. Beruntung benar menjadi Saiful Bukhari Azlan jika sememangnya inilah yang berlaku terhadap dirinya, setelah dikatakan menjadi mangsa "liwat" Anwar.


Persoalan yang timbul, mengapakah senario ini tidak berlaku kepada mangsa liwat 98 dulu seperti Azizan atau pun Sukma Dermawan?. Apa bezanya kes dulu dan kes hari ini?. Kita tertanya-tanya tentang hal ini. Mengapakah beliau diberi layanan yang "luar biasa hebat" mengalahkan VVIP? Ini semua tidak masuk akal sama sekali. Melainkan beliau ada "deal" atau pun ada pihak-pihak tertentu yang "menjaga" beliau untuk kepentingan peribadi masing-masing. Sepatutnya perkara ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa. Mana mungkin mangsa "liwat" seperti beliau boleh mendapat keistimewaan sebegitu rupa?. Apakah maknanya semua ini?.

Biasanya bila dikatakan "mangsa" seseorang itu akan malu untuk menunjukkan muka dikhalayak ramai. Bahkan mereka juga akan malu untuk membuat laporan polis mengatakan dirinya diperkosa apatah lagi diliwat. Tetapi, bagi manusia seperti Saiful, lain pula jadinya. Beliau bukan sahaja bersemangat waja dalam membuat kenyataan malahan juga nampak begitu ceria dan gembira dengan apa yang beliau lakukan. Inikah mangsa namanya?. Ikut teori seseorang mangsa yang diliwat, dirogol atau lain-lain pencabulan pasti mereka akan bermuram durja, mendiamkan diri, takut bergaul dengan sesiapa, mengasingkan diri serta fikirannya jadi buntu akibat masalah yang dihadapi. Malahan juga ada sesetengah kejadian, si mangsa akan mencari jalan singkat dengan melakukan "mudarat" terhadap diri sendiri. Lantaran ketakutan inilah terkadang ramai mangsa yang "malu" dan "takut" untuk membuat laporan polis.

Tidak ada yang terlalu "gembira" dan seronok dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Itu dalam kes yang "normal" seperti rogol dan sebagainya. Tetapi dalam kes "luar tabiee" seperti Saiful ini, sepatutnya sebagai orang Islam beliau pastinya lebih malu dan takut untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Beliau bukan sahaja bermegah-megah dengan apa yang terjadi malahan juga begitu "konfiden" dengan akuan sumpahnya yang mengatakan dirinya telah diliwat itu. Bahkan lebih parah lagi beliau mengaku "Anwar telah memasukkan Za***rnya ke dalam Du**rnya". Bukankah itu satu perkataan yang amat menjijik dan mencemarkan sebenarnya. Beliau tidak perlu mengatakan perkataan itu, cukup dengan mengatakan dirinya diliwat maka orang sudah tahu bagaimanakah kejadian itu berlaku.


Lebih hina lagi, tuduhan yang dibuat itu sekadar "tuduhan" semata-mata dan tidak disertakan dengan "bukti kukuh". Bukti yang ada pun sekadar "sumpah laknat" yang menyatakan beliau diliwat. Jika dengan sumpah, kita boleh katakan kita tidak lakukan sesuatu jenayah maka mudah benarlah hukuman dan undang-undang yang berlaku. Jika begitu kenapa kerajaan menangkap Raja Petra hanya dengan berpandukan kepada "artikel" semata-mata. Bayangkan jika beliau juga "bersumpah" dengan mengatakan beliau tidak bersalah. Apakah mahkamah ataupun pihak terbabit boleh menerimanya sebagai bukti?. Jika sumpah dijadikan "unsur bukti" untuk mensabitkan kesalahan jenayah seseorang itu maka apa guna undang-undang serta peraturan yang telah dibuat oleh manusia itu. Maka itulah, dalam Islam hukum bagi orang yang ingin membuat tuduhan perlu menyediakan 4 orang saksi yang sah. Bahkan kesaksiannya langsung tidak diragui. Dalam kes Saiful, macam-macam kejadian "ngeri" dan "tidak masuk akal" berlaku. Misalnya beliau membuat laporan polis pada awalnya diliwat 26 Jun tanpa menyatakan "masa yang spesifik" iaitu pukul berapa kejadian itu berlaku. Soalnya, kenapa pihak polis yang menerima laporan itu boleh mengambil keterangan berkenaan?. Ini yang pelik.

Bayangkan jika ini berlaku kepada orang biasa yang tidak ada keistimewaan. Sudah pasti pihak polis akan bertanya semula, "Pukul berapa kejadian itu berlaku?", "Malam atau siang" dan macam-macam lagi. Kiranya kita jawab tak ingat dan tak tahu, pasti polis akan mengarahkan kita "balik dan mendapatkan bukti dulu". Polis juga akan tanya "siapakh saksi awak?". Jika tiada polis akan kata kita "buat-buat cerita" dan kes itu tidak akan disiasat dengan sebaik mungkin. Banyak kejadian jenanyah di negara ini yang tidak selesai gara-gara pihak polis memerlukan bukti-bukti yang kukuh untuk tujuan siasatan dan membawa kes itu ke mahkamah. Ramai "pelapor" yang kecewa bila laporan polis yang dibuat sekadar diambil "untuk kenangan" dan "melepaskan batuk ditangga" semata-mata. Contohnya laporan kes curi motorsikal, kes ragut, kes hilang barang berharga dan sebagainya. Bahkan ada kes yang kita pula dikatakan cuai dalam menjaga harta benda kita. Akhirnya kita yang akan dimarahi dan ditegur pula oleh mereka atas perkara itu. Sebaliknya barang yang hilang "tidak akan diperolehi lagi", kiranya ada insurans mungkin kita boleh tuntut gantirugi. Tapi jika semua itu tiada maka, akhirnya kita meloponglah begitu sahaja menunggu dan terus menunggu. Inilah hakikat sebenarnya yang berlaku didalam negara kita mutakhir ini

ihak polis pula akan menekan kita supaya melaporkan "suspek-suspek lain yang terlibat" walhal kita tidak tahu. Dalam kes dadah, curi motor, ragut dan sebagainya banyak terjadi
perkara sebegini. Akhirnya dalam paksaan kita "tuduh" sesiapa sahaja. Polis akan melakukan operasi dan menangkap pula "mangsa" yang kita tuduh tadi walhal dia tidak bersalah. Akhirnya banyak kes selesai macam itu sahaja. Sebaliknya jenayah terus berlaku kerana yang dicari tidak "dijumpai" tetapi orang lain ditangkap gara-gara untuk menutup bukti kes terbabit. Tanyalah mana-mana individu yang pernah mengalami kejadian ini. Aktiviti menampar dan menerajang supaya mengaku memang biasa dilakukan. Maka bagi mereka yang tidak bersalah, terpaksalah mengaku untuk menggelakkan dari di penjara atau di bawa ke mahkamah. Bahkan ada banyak kes orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung akibat gara-gara perbuatan seperti ini.

Maka itulah dalam kes Saiful, sepetutnya awal-awal lagi kes ini sudah dibuang begitu sahaja dan laporan tidak diterima atas alasan Saiful "mereka-reka cerita". Namun, pihak polis begitu pantas melakukan operasi untuk mendapatkan "bukti". Akhirnya 18 orang telah dipanggil sebagai saksi. Apa yang menjadi "keajaiban" kita ialah yang dituduh iaitu "Anwar Ibrahim" tidak pula terus ditangkap dan disiasat. Mereka menunggun hampir sebulan baru mengambil keterangan Anwar. Jika dalam kes lain, curi motor misalnya. Jika kita tuduh sahaja "si polan bin si polan" dipercayai suspek mencuri motor itu, maka pihak polis akan terus "menangkap" suspek berkenaan. Begitu juga dalam "kes rogol", bila mangsa mengatakan yang dituduh itu dikenali sama ada kekasih, teman atau suspek yang ada pertalian keluarga dengan mangsa. Begitu pantas pihak polis akan menangkap suspek berkenaan untuk disoal siasat. Mengapa dalam kes Saiful lapor Anwar liwat, tapi Anwar tidak terus ditangkap ? Pihak polis juga khabranya telah menyiasat beberapa orang doktor yang memeriksa Saiful.

Maknanya Saiful ada menerima "rawatan perubatan", satunya dari "Pusrawi" dan satu lagi dari "Hospital Kuala Lumpur". Beberapa orang doktor yang memeriksa Saiful bermakna akan ada keterangan dan laporan perubatan hasil pemeriksaan tersebut. Akhirnya seorang doktor yang memeriksa Saiful telah tampil melaporkan "hasil pemeriksaan beliau, Saiful tidak diliwat". Bergegar seluruh negara dibuatnya. Namun kerajaan tidak mahu jawapan itu, pihak polis memanggil doktor terbabit sebelum itu untuk melihat hasil pemeriksaan terhadap Saiful. Atas dasar Islam dan kebenaran doktor yang berasal dari Myanmar itu tetap menyatakan "Saiful tidak diliwat dan mempertahankan laporan perubatannya".

Kenapakah pihak polis tidak boleh menerima laporan perubatan tersebut sebagai "bukti", walhal mereka menyatakan ingin lakukan siasatan dengan adil dan saksama. Kenapakah mereka tidak mahu menerima laporan perubatan dari Pusrawi itu sebagai "Bukti". Apa yang ingin disiasat sebenarnya. Banyak alasan yang diberikan kononnya menunggu hasil laporan perubatan dari HKL. Namun sehingga kini, kita tidak mendapat maklumat dan berita tentang laporan perubatan tersebut?. Mengapakah ini terjadi? Makanya jika tiada laporan perubatan HKL, bagaimana kes ini boleh dibawa ke mahkamah. Lebih aneh lagi, tuduhan yang dibuat mengatakan Saiful lakukan aktiviti "liwat" suka sama suka dengan Anwar Ibrahim. Pulak dah !! Sudah Tukar Kaa? kata Sathiya dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" dulu. Apa tidaknya, Saiful buat laporan polis kata dia diliwat, tiba-tiba Hakim Mahkamah Sesyen Jalan Duta baca pertuduhan berlaku "suka sama suka" dan berlaku 8 kali. Mana satu yang betul ?

Macam "katun" cerita liwat ini. Lebih menghairankan semasa akuan sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah lain pula jadinya. Saiful mengaku "diliwat" pulak dah, secara "paksa" dan kejadian hanya berlaku "sekali". Apa yang berlaku sebenarnya ini?. Beginikah undang-undang di Malaysia boleh diguna pakai. Kes yang langsung tidak masuk akal dan mengarut seperti ini mahu juga dibicarakan di mahkamah. Bahkan lebih aneh lagi, pihak Pendakwaraya mahu pula memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi pula. Masakan kes yang "berterabur" seperti ini mahu dibawa ke Mahkamah Tinggi, bukankah ini akan sekali lagi mencemarkan badan kehakiman negara sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkan akan perkara ini dari sudut logik dan bukan perundangan. Kalau ini berlaku kepada anak-anak kita bukankah kes seperti ini akan dibuang begitu sahaja. Bahkan, adalah menjadi satu kesalahan besar bila seseorang itu "memutar belitkan fakta". Sekejap kata "paksa" sekejap kata "suka sama suka" . Bahkan jika kes ini berlaku kepada kita sudah pasti Anwar akan dibebaskan begitu sahaja, kerana apa? Kerana tiada asas yang kukuh untuk mereka membuat dakwaan sekadar berpandukan kepada laporan Saiful? Bagaimana sekiranya Saiful juga menjadi "mangsa" pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar?. Ini semua harus dinilai dari sudut "kemanusiaan". Wajarlah mereka-mereka ini memohon doa dan meminta petunjuk dari Allah SWT dibulan Ramadhan yang mulia ini. Ingatlah segala apa yang kita lakukan didunia ini tidak akan terlepas dari balasan Allah di akhirat nanti.

Maka itu, niat kami membuat pendedahan tentang situasi terkini Saiful Bukhari Azlan ini bukanlah sekadar untuk mencari publisiti semata-mata. Segalanya adalah untuk menegakkan kebenaran yang hakiki. Kerana umum mahu mengetahui perkembangan terkini beliau selepas kes ini. Insya Allah satu lagi pendedahan panas akan dilakukan tentang perkara ini. Wartawan kami sedang menyiasat laporan berkenaan "penyakit" yang beliau alami kini. Segalanya bagaikan satu balasan akibat keterlanjuran yang beliau lakukan. Ada yang menuduh kami "fitnah". Tapi ingatlah kami hanya menyatakan apa yang kami tahu, bahkan kami tidak mendapat apa-apa keuntungan hasil pendedahan ini. Apa bezannya orang yang dikatakan kami "fitnah" itu juga membuat "fitnah yang lebih besar" terhadap sesama Muslim. Fitnah kami hanya melaporkan perkembangan semasa beliau, tapi fitnah beliau lebih jahat dan mungkin beliau mendapat keuntungan daripada hasil kerjanya itu.

Tiada ulasan:

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T