Assalamualaikum....
16/9/08 sepatutnya tarikh ini kita melihat apa yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.Tapi atas alasan-alasan yang tertentu ia berubah ke tarikh yang lain.Tarikh yang hanya DSAI yang tahu.Tarikh yang sepatutnya kita melihat perubahan yang cuba dilakukan untuk masa depan rakyat Malaysia.
Jika selama ini aku hanya menjadi pembaca yang setia.Terdetik dihati ini pada hari ini,Aku tekad dan nekad untuk menjadi antara blogger yang memperjuangkan nasib rakyat,bangsa,agama dan negara yang tercinta.
_____________________________________________________________________
TIPS DARI SPEAKER NOBISHA
pada October 12, 2008 2:15 AM
Sdr Tepet,
Saya adalah salah seorang pembaca dan peminat blog saudara. Menarik dengan gaya bahasa yang bersahaja. Teruskan menulis dengan gaya saudara tersendiri.
Mengenai tips, saya pun baru belajar. Maka, tak dapatlah saya nak memberikan tips .. nanti org kata saya ni mcm ketam ajar anak berjalan lurus .. Atau pun, macam itik gembo-gembo!
Apapun, saya mula memblog sejak 2004, tetapi tak dapat menulis secara serious disebabkan sibuk dengan tugas harian.
Dalam menulis, saya ingat pesanan seorang blogger tersohor, menulis blog seperti kita bercakap sehari-harian. Kalau kita bercakap dgn lemah-lembut, maka kita menulislah begitu. Tak perlulah nak maki hamun kat sini. Pembaca blog kita pandai2 semuanya.
Saya memilih utk membuat blog berwajah kerana saya ingin pandangan saya diberikan perhatian. Kalau ada yang tak puas hati, boleh bersemuka. Saya sering berforum dan sesekali muncul di tv. Apa yang saya cakap sama seperti yang saya tulis.
Sedapat mungkin, saya hanya menulis sesuatu yang saya pasti. Maklumat separuh benar atau tidak benar, saya tak hebahkan. Bimbang salah dan saya tak mahu jadi penyebar fitnah. Saya juga tak mahu kutip maklumat sensasi (seperti skandal, rasuah dll) dari blog lain dan siarkan semula. Kalau tak pasti, lebih baik saya diamkan diri.
Sekiranya kita ada kedudukan tertentu dan terdedah kepada maklumat sulit, usah gunakan blog utk menghebahkan maklumat itu. Hargai kerahsiaan dan kepercayaan org kpd kita.
Akhir sekali, berkawan dengan bloggers SoPo. Mereka ada banyak pengalaman. Saya pun sedang belajar dari mereka. Kalau diibaratkan peperiksaan, saya baru nak ambil upsr!
yang ni walaupun bukan ditujukan untuk aku tapi bagi aku ia adalah peringatan atau pelajaran mahupun teguran umum!
Kita belajar dari semua orang. Yang baik tu, baiklah. Jangan jadikan parti politik sebagai tembok penghalang. Akhir sekali, apabila kita meninggal dunia, yang dipersoalkan ialah amal ibadat.
_____________________________________________________________________
tip dr tuan zubli
SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU
NOTIS BOARD
16 September 2008
Kelahiran tukang sapu
Labels:
born
Tepet,
Sonang sajo.
Hanyo ado 5 jenis lawak di dunia ini. Ya, 5 sahaja.
Pertamo:
Sangkaan Meleset (Kito nan melesetkannyo).
Contoh:
"Yeah! PM Sudah Bersara, Ini Penggantinya!!"
Ingat Pak Lah ke Najib, melesetnya ialah PM Thai daa.
Hahahaha...
Kedua:
Gembar Gembur (Kito yang gembar-gemburkan)
Contoh:
Mogok Bogel Tak Jadi! Sebab ramai pemogok belum sunat.
Hahahaha...
Kornar Kata (Kato-kato nan kito kornar kan)
Contohnya:
Menteri Kannot Inglis Wanna Be Deputy President of his political party.
Katanya: When I kannot Inglis, because I don understand, I undersit.
Hahahaha...
Keempat:
Kenakan atau Mengena (Kito nan konokan dio)
Contoh:
"Pemimpin Selepas Bersama GRO Minum Brandy Di Kelab Kareoke Kemudian Tertikam Keris Dibetis Kanannya Sendiri."
Contoh:
(Ini Tepet dah pakar dah.) Sudah terdapat pos yang begini den baca kat Blog ekau.
Kelima:
Selain yang disebut di atas. Terpulang Lah kepado kito bilo kito dah mahir kelak
Itu Lah yang den guno di Blog ini. Semogo memanfaatkan.
Selamek mancubo.