SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

23 September 2008

KALAU NAK TIPU KENA TIPU BETUL BETUL!

PETALING JAYA: Anggota Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN-BBC) dinasihatkan agar tidak membuat aduan terus kepada pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika menerima tawaran dari mana-mana pihak untuk menyertai pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi BN-BBC, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, langkah sedemikian bertujuan bagi membolehkan penelitian yang mendalam dibuat sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

"Saya harap anggota BN-BBC tidak terus buat laporan.

"Jika wujudnya sebarang kes kita akan bawa berbincang dalam mesyuarat dahulu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah beliau, pelbagai aspek perlu diberi perhatian sebelum laporan kepada pihak berkuasa dibuat.

Katanya lagi, hingga kini BN-BBC tidak menerima aduan terbaru daripada ahli-ahlinya berhubung apa jua tawaran daripada wakil-wakil pembangkang


hurm,nak buat report pun kena mesyuarat dulu? knapa ekk?.. takut jadi macam kes sepol baukari ker? tak mesyuarat dulu... tu yang kantoi menipu ekk ! Agaknya la kan...!

Tiada ulasan:

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T