CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab-bab jenayah ni. Jadi, si President pun buat laa satu ujian untuk mereka.
Dia melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya.
CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke
seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok-pokok dan batu-batu
yg ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan,
mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.
Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk,
mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya,
termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan, sudah nasib si arnab
tadi untuk mati di dalam hutan itu.
PDRM pulak yang masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dengan seekor beruang yang
dah lembek sebab kena pukul. Beruang itu menjerit, ‘OK, oK… aku arnab…
aku arnab!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan