"Abdullah juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) “terhadap Anwar atau sesiapapun”.
“Saya tiada apa-apa rancangan untuk mengenakan ISA kepada sesiapa pun. Saya tidak kata apa-apa pun. Kalau ada orang terasa dia nak kena ISA itu, mungkin dia rasa bersalah, saya tidak tahulah,” katanya. (sumber:malaysiakini.com)
- Pak Lah sewaktu mula menjawat jawatan perdana menteri, beliau berkata tidak akan ada rasuah dalam pertadbirannya nanti. Tetapi rasuah dilihat menjadi-jadi zaman pentadbirannya.
- Pak Lah berkata tiada konkongan terhadap media dan mahu mengamalkan sikap terbuka. Namun Utusan Malaysia, TV3 dan seangkatan dengannya makin kuat dicucuk hidung mereka.
- Pak Lah pernah berkata yang parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari 2008 bagi membolehkan PRU-12 dijalankan. Namun parlimen dibubarkan juga pada 13 Februari 2008.
- Pak Lah berkata, tidak akan menaikkan harga minyak pada tahun ini sewaktu kempen pilihanraya. Namun harga minyak dinaikkan juga.
- Pak Lah pernah berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak akan menggunakan isu tuduhan fitnah liwat terhadap Dato Seri Anwar sebagai modal kempen mereka di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos yang lalu. Namun isu itu yang menjadi modal dan isu utama kempen Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pauh.
- Pak Lah berkata, tidak akan mengenakan ISA kepada Dato Seri Anwar, aaaarrrggggghhhhh tidakkkk apakah maksud “tidak” Pak Lah kali ini???????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan