Dr.Khir Toyo laungkan hasrat untuk menjadi Ketua Pemuda. Khir Toyo yang membawa Selangor tumbang kepada Parti Keadilan Rakyat pada PRU 12 baru-baru ini kini mahu menerajui Ketua Pemuda pula. Mana agaknya arus Pemuda UMNO mahu beliau bawa. Bukankah rakyat Selangor menolak kerajaan Selangor kepimpinan Khir Toyo yang gah – menjerit Setinggan Sifar dan pembangkang Sifar. Adakah salah kalau kita katakan kekalahan Selangor adalah kerana pengemudinya lupa bahawa rumah peneroka kota yang dirobohkan pada bulan Syawal, tak kala anak-anak kecil kala itu sedang menghadapi peperiksaan adalah satu dosa yang mencemar kepimpinan beliau. Hari ini mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO – sedang UMNO Selangor di himpit trauma kekalahan.
Sebenarnya Khir masih gagal menyerap kekalahan UMNO di Selangor dengan keinsafan. Khir Toyo masih tidak sedar kesalahan beliau adalah kesombongan beliau terhadap rakyat Selangor dan selagi keinsafan ini tidak ada maka Khir akan terus sombong dalam pemuda dan ini mungkin menjarakkan Pemuda UMNO dengan rakyat. Khir Toyo harus sedar bahawa perlakuan beliau sewaktu menerajui Selangor dahulu adalah asas penolakan – seakan rakyat Selangor mahu “menyapu” Khir dengan penyapu yang pernah dihadiahkannya tanpa ada perasaan menghina orang di hatinya. Kini penyapu itu menyapu Khir keluar dari Selangor.
Nasib baik bukan aku yang sapu.kalau tak memang aku sapu bersih. Hik Hik Hik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan