Pemuda Umno Sabah hari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu dalam pemilihan parti Disember ini.
Ketua Pemuda Umno Sabah, Datuk Japlin Akim berkata Khairy telah membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi pergerakan itu.
"Bagi saya dan rakan-rakan Pemuda di Sabah, sokongan tidak berbelah bagi kepada Khairy ini adalah kerana kami tahu komitmen beliau terhadap perjuangan Umno, dan pada masa yang sama beliau adalah seorang insan yang boleh dipimpin iaitu suka menerima pandangan rakan dan orang lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Japlin, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata, Khairy juga dikenali sebagai pemimpin yang berilmu, berani serta lantang menyuarakan hakhak Pemuda.
"Beliau mesra dengan golongan muda di Sabah, dan kami berpendapat tidak ada masalah bagi mereka untuk mengemukakan permasalahan dan tuntutan Pemuda di peringkat cawangan," katanya.
Aku yakin ni mesti pemuda dari Sepilok Sandakan. Kan kat sana ada banyak orang utan A.K.A beruk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan