Di Malaysia, hanya dengan satu laporan polis, seseorang yang menentang arus boleh ditahan atau “dikerjakan” oleh undang-undang seperti Akta Hasutan.
Akan tetapi, apabila laporan polis dibuat terhadap Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri dan kepada orang-orng yang bersama arus, tidak ada apa-apa tindakan yang akan berlaku. Inilah yang dinamakan dengan undang-undang yang berat sebelah.
Undang-undang yang hanya bertindak kepada musuh-musuh politik Umno dan BN.
Dua bulan selepas keputusan pilihanraya umum, BERSIH dan NIEI pergi ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Pengerusi SPR, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
Laporan polis dibuat diatas dakwaan berlakunya konspirasi untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum pilihanraya umum ke 12 diantara keempat-empat penama diatas.
Sehingga kini, tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap keempat-empat konspirator tersebut.
Disisi yang lain, dengan hanya satu laporan polis sahaja, Penarik Beca, Sheih Kickdefella, Raja Petra Kamaruddin dan beberapa orang lagi bermalam di lokap.
Lebih parah lagi Raja Petra, terus ditahan dibawah ISA.
Apakah ini yang dinamakan dengan Keadilan?
Kredibiliti Polis semakin hari semakin hancur. Pembunuh Nurin Jazlin masih lagi belum ditemui. Adik Sharlinie masih terus hilang.
Inilah akibatnya kerana membiarkan PDRM diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional
Tiada ulasan:
Catat Ulasan