SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

23 September 2008

M.A.H.A.S.I.S.W.A

Oleh kerana kita sudah terbiasa berada dalam kalangan masyarakat mahasiswa, sudah tentu kita menganggap mahasiswa adalah masyarakat belajar yang biasa mengelek buku atau menggalas beg sekolah semata-mata.

Inilah yang kita biasa lihat dan inilah persepsi kita tentang mahasiswa.

Sebenarnya mahasiswa mempunyai maksud dan peranan yang lebih luas dari apa yang kita sama-sama simpulkan.

Jika dilihat sendiri secara harfiah pada perkataan M.A.H.A.S.I.S.W.A, sebenarnya ia terdiri oleh 2 suku kata iaitu maha yang membawa maksud besar dan berkuasa; dan siswa yang merujuk pada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi.

Hasil sintesis kedua-dua suku kata ini memberi makna yang lebih tinggi iaitu satu ‘bangsa’ yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan belajar di institusi peringkat tinggi, tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki oleh mereka.

Dr. Zuhdi bin Marzuki (Univ.Malaya, 2001) mendifinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara.

Penggembelingan tenaga kelompok ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealis untuk mencapai matlamat yang digagaskan bersama, selaras dengan kedudukan mereka di menara puncak ilmu.

Natijahnya, lahir suatu arus gerakan yang senantiasa bersama dengan kebenaran (al-Haq) dan sama sekali tidak bersekongkol dengan kebatilan hatta kelompok mereka ini dikenali sebagai independence group.

Mahasiswa IPTA dahulu memang menghayati spirit-spirit seperti ini. Mereka bukan sahaja menjadi ulat buku di perpustakaan dan bilik-bilik kuliah, malah sangat peka dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan masyarakat.

Mereka senantiasa berfikir dan tahu bagaimana untuk menyuarakan pandangan mereka secara penuh rasional dan sopan.

Realiti ini telah meletakkan kepemimpinan mahasiswa dahulu sebagai ‘jurubicara ummah’ (bagi mahasiswa), pemangkin (catalys), agen perubahan (agent of change), semak dan imbang (check and balance), golongan pendesak (pressure group) dan sebagainya.

Hari ini, macam-macam perkara telah mengekang kehidupan kita. Sistem meritokrasi diperkenalkan di desa-desa. Kita dipaksa untuk menyertai program-program yang kadang-kadang langsung tidak menjunjung budaya berfikir.

Jika tidak menyertai program-program tersebut, kita tidak mendapat merit lebih. Impaknya, kita diugut untuk disingkirkan dari IPTA.

Kita dipaksa (perintah wajib) untuk menyokong calon-calon MPP yang ditaja oleh BHEP, pada hal kepemimpinan MPP ini sepatutnya diangkat oleh kita dan mewakili suara kita.

Hari ini, kita sedia mendengar cerita-cerita perubahan Malaysia dalam dada-dada akhbar arus perdana, namun kita dihalang untuk bersama-sama menggarapkan arus perubahan di kampus sebagaimana yang kita baca dan kita fikirkan.

Hari ini, kita telah pun tahu bahawa kepemimpinan lepas lebih menjaga kepentingan dan status quo TNC HEP dan BHEP semata-mata, namun kita masih terus dipaksa untuk mengatakan bahawa calon-calon mereka sebenarnya telah membela hak-hak kebajikan mahasiswa.

Kita boleh merenung sedalam-dalamnya. Adakah kita patut berpeluk tubuh padahal peranan dan budaya mahasiswa sebenar adalah berfikir dan melaksanakan perubahan secara penuh rasional dan sopan?

Marilah sama-sama kita menyebarkan idea perubahan. Biar kepemimpinan kita ini benar-benar yang mampu mengetengahkan suara dan hasrat kita (Mahasiswa).

Biar kepemimpinan kita terdiri oleh individu-individu yang pro mahasiswa bukan individu-individu yang ditaja oleh BHEP

Tiada ulasan:

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T