SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

09 Februari 2009

STEPPETS - UNTUK ANAK BANGSAKU

Pada ibu bapa yang ingin mengajar anak tentang kehidupan....politik Malaysia merupakan pelajaran yang sesuai untuk anak anak anda...hik hik hik

Suruh anak anak anda mengikuti perkembangan politik Malaysia...sudah pasti mereka akan lebih mudah memahami mana yang baik dan buruk untuk mereka contohi dan pelajari.....

Yang pertama - Derhaka pada sultan itu salah....tapi saman sultan takpa boleh
Yang kedua - Untuk mendapat kedudukan walaupun untuk menjadi ketua kelas...sila hulurkan singgit dua pada rakan sekelas untuk mendapat undi....
Yang ketiga - Ugut mereka yang cuba bersaing untuk jawatan ketua kelas hingga mereka tidak berani atau melupakan niat mereka untuk bertanding
Yang keempat - Ugut tak jalan,cuba pula bagi singgit dua agar mereka berubah dari cuba bertanding dengan kamu kepada menjadi penyokong kamu
Yang kelima - Belajar hari ni cakap lain dan esok buat benda lain....contohnya hari ni cakap,esok nak pakai baju biru cair tapi esoknya pakai baju biru gelap takpo janji kaler birukan
Yang keenam - Belajar salahkan orang lain,contoh kalau tiba tiba rakan sepasukan menyertai pasukan lain jangan salahkan rakan tersebut tapi salahkan pengurus pasukan yang membawa idea lompat katak

Bersambung?....mungkin tidak.....hik hik hik

1 ulasan:

Shitsurei Shimashita berkata...

itulah yg den nampak di masa hadapan- dulu, kini dan selamanya

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T