SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

05 Februari 2009

CHE DET NASIHAT PAK LAH??

DI KUTIP DARI MKINI

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya 'fikir dahulu' sebelum menerima bekas Adun PKR di Perak menyertai Umno.

Awat che det?..... selamo ni pak lah memang tak ponah pikir ko bilo buat keputusan?..... che det pikiaq tak maso lantik paklah ganti che det?.... kalau pikir awat jadi lagu ni... kalau che det cakap che det salah pilih... mungkin tak yang ni che det salah nasihat paklah yang nak terimo adun pkr perak tu

"Presiden Umno berkata Umno sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti.

Ohh macam tu..sesapo saje tu termasuk beruk?......termasuk yang suko dongan politik wang?

"Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

La...kato tadi terimo je sapo pun......ish dasar parti pun dah berbelit..memang patut la orang dalam parti berbelit

"Apakah Umno begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka?" soalnya.

Ish nak tunggu buat apo...macam che det tak tau pulak....keputusan makhamahkan boleh di aturkan....correct.....correct...correct....hik hik hik

Dr Mahathir berkata, jika mereka diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah, maka kerajaan pimpinan Umno (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah.

Ye tak ye jugak che det....hurm...patut la dorang jadi adun bebas dulu sekarang ni...pastu bilo dah keluar result makhamah yang cakap dorang tak salah pasal tak cukup bukti....baru masuk umno.... bijak betul lah che det ni..tak nak bagi kantoi....hik hik hik

"Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13," tambahnya ketika mengulas perkembangan terkini di Perak sekarang.

Alah che det ni...macam orang umno pedulik apo pandangan masyarakat....orang sekarang dok riuh pasal dorang rasuah....dorang buat bodoh je...orang dok pandang umno hampeh....dorang buat bodoh je..... hik hik hik

"Umno sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu.

Ni tuduhan ke ado bukti?....takut kang jadi macam kes nak bagitau sapo yang terlibat dalam politik wang...lopeh tu kuar statement...tak pasti...pastu mintak sapo ado bukti bagi kat che det...hik hik hik

"Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej Umno akan jadi lebih buruk," kata Dr Mahathir.

Jadi lebih buruk?.... jadi memang dah buruk lah umno ni che det walaupun tak terimo orang yang dituduh melakukan rasuah seks...ish.....kalau dah buruk...apo kato kito tukar parti lain pulak jadi pemerintah?.... apo kato che det? hik hik hik

1 ulasan:

PARPUKARI berkata...

ekau ni penyong golongan yahudi ko?

EKAU SUKO KAT KUNYIT YANG DATANG DARI BELAKANG YA....

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T