SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

24 Februari 2009

DARI CHEGU BARD 2

Perkembangan dunia politik Malaysia terbahagi dua. Dalam satu masa bergerak menjadi Justify Fullmatang dan positif dan dalam masa yang sama ia bergerak makin kebelakang dan negatif.

Dalam bab kesedaran rakyat dan ruang mungkin sedikit berkembang. Namun dalam sisi yang lain ia mengecil.

Sememangnya menjadi 'perangai' kita suka akan isu sensasi.

Kita selalu tepesong dalam isu sensasi. Saya pernah menulis bagaimana isu sensasi menutup isu sebenar yang harus dibincangkan rakyat. sila klik sini dalam pendedahan isu seorang ahli parlimen BN yang juga bekas Menteri kanan dilaporkan memegang punggung seorang pelayan. Maka isu yang dibincangkan ialah isu pegang punggung. Itu sebenarnya bukan isunya.

Isu yang seharus dibincangkan ialah bagaimana seorang ahli parlimen menghabiskan masa doi sebuah kelab 'menghisap curut' yang amat mewah. Kemudian bagaimana media memainkan peranan tidak mendedahkan nama ahli parlimen tersebut sehingga ke sudah. Dan selepas itu kita lihat 'wayang' PDRM yang boleh tunggu ahli parlimen tersebut yang lari ke luar negara selepas kejadian kemudian pulang dan ambil masa baru beri keterangan dan kemudian kes di tutup. Bayangkan kalau seorang lebai 'kangkung' menepuk punggung janda yang menjual nasi lemak di warung kecil. Nasib lebai 'kangkung' itu akan lebih parah dari bekas menteri itu.

Dalam isu Chua Soi Lek contohnya cheGuBard konsisten dari awal menyatakan ia satu pencerobohan ruang peribadi beliau. Yang harus di siasat dan dibincangkan oleh rakyat bukan betapa 'power'nya Soi Lek dalam rakaman tersebut tetapi sepatutnya ialah begitulah hebat dan seriusnya pertempuran dalaman sebuah parti (Mca) gabungan Bn. Soi Lek ketika itu cuba dibunuh karier politiknya kerana agak kritikal dalam beberapa isu. Yang harus di siasat ialah bagaimana ruang privasi seperti itu boleh diceroboh. Kedua apa kaitanya dengan pendedahan demi pendedahan mengenai betapa Mca sedang bergelumang dengan 'geng' kongsi gelap. Seterusnya perlu dibincangkan juga jika 'seks' tersebut adakah benar ada kaitan dengan rasuah untuk mendapatkan tender seperti yang didedahkan pada ketika itu juga. Namun oleh kerana tahap terlalu sukakan sensasi cerita 'keseronokan' menonton video itu melebihi isu yang lebih penting kepada rakyat.

Dalam isu Altantuya juga minat rakyat terhadap sensasi telah menenggelamkan isu besar yang harus dibincangkan. Cuba kita fikirkan bapa Altantuya berkali kali menegaskan anaknya bukan Islam, nama Amina' itu nama timangan dalam bahasa Monggolia. Anaknya bukan model, anaknya terlibat dalam dunia perniagaan 'trading' termasuk dalam menjadi orang tengah dalam banyak jual beli peralatan pertahanan. Altantuya juga menurut bapanya mempunyai pejabat di kawasan tiga segi emas.

Tidak menolak kemungkinan wujud hubungan istimewa antara Altantuya dengan Najib atau Razak Baginda atau kedua duanya sekali. Namun media dengan bantuan aparat kerajaan dengan sengaja menghalakan perbincangan ke arah sensasi seperti Altantuya kemungkinan Islam kerana punya nama lain iaitu Amina' maka orang akan bincangkan Altantuya bini kedua siapa, kerana kebanyakan kepala orang Malaysia masuk Islam adalah untuk kahwin dengan orang Islam. Kedua kononya Altantuya adalah model, maka cerita sembang rakyat ialah siapa yang simpan Altantuya kerana pada kepala majoriti kalau model senang nak dibuat gundik. Serta didedahkan mengenai kewujudan anak Altantuya, sehingga di hantar pegawai penyiasat ke Monggolia untuk ambil DNA sahkan anak siapa, apa keperluan nak tahu bapa anak dalam kes tersebut ?

Minat hanya melihat isu sensasi ini diparahkan dengan penampilan ceramah pembangkang yang memberi komen isu altantuya dengan sensasi menghala ke soal seks sahaja.

Persoalan yang harus dibangkitkan ialah kenapa Altantuya masuk ke Malaysia ? Bagaimana namanya hilang dalam senarai Imegresen...adakah Altantuya masuk melalui pintu VVIP yang tidak memerlukan pasportnya di cop atau terpaksa dipadamkan rekod kerana dia masuk dengan seseorang dikenali...? Altantuya punya pejabat di kawasan 'termahal' di Hong Kong dan terlibat dalam urusan jual beli peralatan pertahanan maka tidak masuk akan untuk beberapa juta ringgit dia datang mengugut ?

Sudah tentu Altantuya membawa dokumen ugutan yang lebih besar seperti kemungkinan wujud dokumen jual beli senjata yang melibatkan komisen yang amat tinggi bahagianya tidak terbahagi secara adil.... jika tidak apa yang membuat Altantuya dibunuh dalam keadaan tergesa - gesa dengan kejam..... Jika hanya urusan ugutan biasa sudah tentu perancangan teliti boleh dibuat...atau pembunuhan akan dibuat diluar negara....lebih selamat.

Bukan tidak biasa pemimpin dikaitkan dengan pembunuhan seperti kes Mustakizah atau Jalil Ibrahim demi menutup jenayah mereka.

Berbeza dengan kes Rahim Thambi Chik yang didedahkan oleh Lim Guan Eng mengenai kesnya dengan remaja Melayu bawah umur. Dalam kes tersebut ada yang terinaya, ada undang - undang yang dilanggar. Mengadakan hubungan 'seks' dengan remaja bawah umur. Keadilan perlu dituntut....Guan Eng yang tampil untuk menghulurkan bantuan kepada nenek anak remaja itu pula yang terpenjara akhirnya....

Dalam kes V Arumugam,Bukit Selambau cerita begini. Dia sudah berkahwim dan tidak mendapat anak, maka dia pun berkahwin lain dan mendapat anak. Perkahwinan yang keduanya tidak didaftarkan tetapi sebaliknya hanya dibuat dalam upacara keagamaan. Dia diugut bunuh, rumahnya disiram cat setelah di menolak tawaran dibeli Bn. Namun di gagah berdepan semua tanpa rasa takut. Tetapi malangnya Bn menggunakan taktik mendedahkan kisah keluarganya. Malah Isteri pertamanya banyak kali diganggu oleh 'aparat kerajaan' agar membuat laporan ke atas Arumugam agar dia boleg didakwa kerana perkahwinan keduanya. Tidak tahan dengan perangangai jijik permainan politik yang mengheret keluarganya dia letak jawatan. Maka sebagai rakyat fikirkanlah apa isu yang lebih penting dalam kes ini.

Terbaru kes Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan. Walaupun kenyataan agak recam dari pemimpin namun secara keseluruhan ia menggambarkan politik Malaysia masih belum matang......Sila klik sini ; baca kenyataan Anwar

Elizabeth Wong ialah antara ADUN dan Exco yang baik prestasinya. Dia bukan ahli parti sejak 1999. Namun dia merupakan pejuang / aktivis hak asasi yang dikenali diperingkat internasional. Beliau terlibat aktif dalam gerakan reformasi sejak dari awal dari segi selaku aktivis NGO hak asasi walaupun bukan anggota parti.

Semua manusia mampu melakukan kesalahan. Manusia mungkin tak sunyi dari dosa, namun Allah maha pengampun. Mungkin ketika hidupnya selaku aktivis dia tidak punya tanggungjawab 'kekeluargaan' kepada sesiapa lebih lebih lagi selaku orang bujang.

Semasa pilihanraya 2008, KEADILAN meletakkan calon dari perbagai latar belakang. Malah ada aktivis atau pimpinan masyarakat yang diiktiraf diangkat menjadi calon. Begitu juga Elizabeth Wong. Mengiktiraf penglibatan dan sumbangan beliau selama ini kepada masyarakat malah demi mengiktiraf sumbangan aktivis hak asasi dan pejuang demokrasi seangkatanya maka beliau dipilih menjadi calon dan akhirnya menang dikawasanya.

Mengakui che'GuBard mengenali agak rapat dengan Elizabeth Wong dia banyak berubah ketika menjadi Exco Selangor. Dia memang perokok dan sebelum ini dia merokok biasa saja di khalayak umum. Namun selepas menjadi Exco dia sudah amat - amat kurang merokok dan kalau merokok pun sudah bukan dikhalayak umum. Dia pernah kata untuk berhenti merokok pun.

Dia amat memahami hak asasi dan menghormati hak orang lain, dia faham tanggungjawabnya..... dia lah antara Exco yang bersungguh dalam isu kenaikan elaun guru KAFA atas dasar guru - guru ini berada dibawah tahap kemiskinan.

Jujurnya isu 'gambar' Elizabeth Wong ini sudah muncul lebih dua bulan lepas. Apabila sekumpulan anak muda 'pengikut blog' ini datang berjumpa cheGuBard. Isunya ialah ada usaha penjualan gambar oleh bekas teman lelaki dan ahli keluarga bekas teman lelaki Elizabeth Wong. cheGuBard cuba hubungi beberapa teman pimpinan lain. Ketika itu Elizabeth Wong berada di Vietnam dalam satu misi promosi pelancongan Negeri Selangor.

Namun selepas itu tidak pasti apa yang berlaku. Namun bulan lepas menerima signal mengenai kumpulan bekas pimpinan KEADILAN menyedari kewujudan gambar tersebut dan mula mencari dengan 'bertanya-tanya' dengan kawan - kawan dalam KEADILAN. Khabarnya mereka sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Kemudian beberapa minggu yang lalu pula mula ada agen (dipercayai) Bn mula menghantar ugutan kepada Elizabeth Wong agar beliau menerima tawaran lompat parti. Degil tidak mahu beliau mula diugut akan didedahkan sejarah silamnya...... Dikenali sebelum ini sebagai seorang yang 'degil dan kukuh pendirian beliau tidak melayan kerenah itu....

Hati cheGuBard mula gelisah. Minggu lepas cuba ke rumah mencari ruang pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun beliau ke luar negara.

Dan hujung minggu lepas ketika perjalanan untuk berceramah ke Sungai Petani menerima panggilan dari beberapa teman mengesahkan gambar tersebut sudah berada di tangan sebuah syarikat media.

Ini modus operasi terancang.....selalunya jika gambar tersebar secara suka - suka sudah pasti akan tersebar dalam internet dahulu kemudian baru didedahkan di media rasmi. Namun kali ini berbeza gambar tiba di tangan media arus perdana dan selepas beberapa hari selepas soal siasat polis bermula barulah gambar tersebar ke internet.

Ini mengingatkan mengenai kes Nasha Aziz yang mulanya menyedari ada kamera dalam alat pendingin hawa biliknya. Ketika Nasya membuat laporan polis gambar lansung tiada di Internet namun setelah polis membuat tangkapan suspek bersama bahan bukti, video itu mula bersepah tersebar. Siapa menyebarkanya....?

Dalam kes Elizabeth Wong, gambar sampai ke tangan pihak media, didedahkan di media, ketika itu tiada di internet lagi namun selepas dia membuat laporan polis dan gambar bukti didapati maka carian di internet berkenaan gambar tersebut terlalu mudah.

Sekarang wujud pula ugutan yang turut ditujah kepada beberapa teman pimpinan parti untuk desak DUN Bukit Lanjan dikosongkan kononya jika Elizabeth masih degil akan ada bahan lain tersebar.

Sekarang terpulang kepada rakyat untuk menilai.... jika Elizabeth Wong letak jawatan dan kosongkan kerusi awal lagi masa ugutan pertama sudah tentu semua ini tidak terjadi. Malah jika Elizabeth sanggup lompat Bn dan pukul DSAI sudah tentu dia akan mewah dan rumahnya juga akan ditambah besarkan seperti sebuah rumah di seksyen 7 Shah Alam itu.

Demi berlawan politik moral (baca ; moral yang dilihat dari kaca mata sempit) maka kita akan hilang seorang aktivis masyarakat yang berpengalaman dan bersih (tidak rasuah) dan efisyen.

cheGuBard juga banyak terima gambar seperti seorang calon ketua pemuda sedang minum (seperti di kelab malam) bersama pelayan atau gambar seorang ketua pemuda Umno sedang beraksi sebagai seorang pondan tetapi memilih untuk tidak menggunakan taktik serangan peribadi. Politik biar ajak rakyat bincang isu dasar, polisi dan serang pun isu rasuah, kelemahan pentadbiran atau kegiatan jenayah bukan isu sempit.

Kononya pemimpin Bn bersih....hahahahaha mari ketawa...

cheGuBard nak kongsi satu vcd dan buku (yang diperolehi dari teman Umno) yang menerangkan jenayah Menteri Islam Hadhari. Menteri Islam Hadhari ini telah memukul sehingga separuh mati dan ingin menanam hidup-hidup (mujur dapat larikan diri) seorang pemuda yang berkawan dengan anaknya yang baru berpisah dengan suaminya ketika itu. Kes ini dilaporkan kepada polis tetapi disenyapkan.... pemuda ini kini hidup tanpa tempurung kepala yang telah dihancurkan oleh Menteri Islam Hadhari ini yang juga calon Naib Presiden Umno....dapatkan buku dan VCD ini yang merakamkan peristiwa, pengakuan dan perbagai maklumat 'sulit lagi selit'............

Buku dan VCD pemberian teman Umno ini hanya ada sekitar 50 set sahaja. Kepada yang berminat sila hantar cek atau wang pos bernilai RM 25 atas nama Angkatan Muda Keadilan Bahagian Rembau (sila hantar bersama alamat untuk urusan penghantaran VCD dan buku) hantar ke alamat Pusat Khidmat Rakyat Rembau, No.390, Taman Seri Rembau, 70301 Rembau, Negeri Sembilan.

Jika stok habis kami akan pulangkan wang pos dan cek anda ! sila klik sini untuk baca tulisan blog lain mengenai kes menteri Islam Hadhari ini atau klik sini

1 ulasan:

obama celup berkata...

mmg la, semua pemimpin dan ahli PKR kan maksum.apa yg nak diherankan.

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T