Den cukup kompius bilo dapat tau yang....
Che det - wawasan2020 = Israel2020
Pakjib - 1Malaysia = 1israel - Yahudi
Den ado terbaco kek blog yang memang seronok den baco... IBNU YAACOB
Jadi post ni 100% den cilok dari blog dio...mintak dihalalkan hik hik hik
WAWASAN2020 = ISRAEL2020
Tiada perkara yang paling mengecewakan apabila mengetahui bahawa dasar yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia kelihatan hampir sama dengan dasar yang dibentuk oleh Israel khususnya dalam kaedah meningkatkan kemajuan negara.
Artikel ini merujuk kepada dasar yang dibentuk kerajaan Israel pada 1990-an dahulu iaitu Israel 2020 dan melihat bagaimanakah ia boleh sama pula dengan dasar Wawasan 2020. Adakah ia secara kebetulan?
Wawasan 2020
Dasar ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan berdaya saing.
Dasar ini mempunyai rangka strategi yang kukuh dan amat kehadapan dalam perancangannya. Wawasan 2020 yang kita sentiasa sebut itu diperkenalkan melalui satu teks ucapan Tun Mahathir Mohamed yang bertajuk “Malaysia: The Way Forward”.
Ucapan pertama Wawasan 2020 ini telah didengarkan pada Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.
Tun Mahathir memulakan ucapannya memperkenalkan wawasan 2020 dengan berkata …
“Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepada tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah masa depan negara kita dan bagaimana kita patut berusaha mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi Negara Perindustrian.”Latar Belakang Israel 2020
Israel 2020 adalah suatu “master plan” yang telah pun dirangka sejak tahun 1948 oleh beberapa orang ahli politik dan ekonomi Israel. Namun begitu, perancangan yang rapi dan teratur hanya dilancarkan secara rasmi pada 1990 di mana 180 profesional telah terlibat dalam “master plan” tersebut.
Plan dasar “Israel 2020″ yang dirancang pada 1948-1951 diketuai oleh seorang jurutera bernama Arieh Sharon yang ketika itu populasi Israel hanya sekitar 800,000 orang. Pada 1990, mastermind bagi dasar “Israel 2020″ telah diganti dengan Prof. Adam Mazor yang bergerak bersama 150 orang profesional dari pelbagai latar belakang.
Kertas kerja pertama “Israel 2020″ yang disiapkan oleh Prof. Adam Mazor telah dihantar kepada 13 agensi dan jabatan kerajaan;
- Pejabat Perdana Menteri
- Kementerian Dalaman
- Kementerian Perumahan & Pembinaan
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Pertanian
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Persekitaran
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Tenaga dan Infrastruktur
- Agensi-agensi pertubuhan Yahudi
- Suruhanjaya Air Israel
- Penguasa Tanah Israel
Matlamat Akhir Israel 2020
Berdasarkan penelitian kami, matlamat akhir Israel 2020 lebih bertumpu kepada penstrukturan semula masyarakat Yahudi melalui perpindahan ke penempatan-penempatan baru yang dirancang. Walaupun dalam kertas kerjanya lebih memberatkan ke arah pembangunan ekonomi Israel tetapi laporan akhir dari wartawan Arik Mirovisky menunjukkan matlamat mereka adalah sebaliknya.
Pada 12 Jun 2009, akbar Haaretz melaporkan target master plan yang dibina pada 1990 iaitu Israel 2020 masih tidak mencapai objektif. Hanya sebahagian fasa sahaja yang dapat disiapkan. Menurut laporan itu lagi, lanjutan tempoh kepada tahun 2050 seperti yang dicadangkan tahun 1990 pada kertas kerja yang sama harus diteliti semula.
Fakta konspirasi antara Israel 2020 dan Wawasan 2020
Untuk mengandaikan Wawasan 2020 sebagai dasar yang bersangkutan dengan dasar Israel 2020 adalah agak sukar kerana terdapat beberapa kekurangan fakta-fakta intuitif. Fakta intuitif adalah fakta-fakta yang bergerak di antara tingkah laku kepimpinan kerajaan Malaysia dan Israel di dalam lingkungan era 1985 hingga 1992.
Kekurangan fakta ini menyukarkan untuk membina teori khusus berkaitan konspirasi Wawasan 2020. Kemampuan yang ada hanyalah untuk membentuk teori-teori rambang yang belum tentu mempunyai keesahan (realibility) dalam ‘jangkaan’.
Setelah meneliti dan memahami serba sedikit tentang objektif bagi kedua-dua dasar, sekarang perlu bagi kita melihat apakah fakta-fakta yang relevan yang boleh dikeluarkan dari kedua-dua dasar bagi membuat suatu teori konspirasi.
#Fakta 1 : Angka 2020 yang digunakan Tun Mahathir Mohamed.
Persoalan kebetulan tidak boleh ditimbulkan di sini, Tun Mahathir bebas memilih angka lain dan terdapat berbilion-bilion kombinasi angka yang boleh digunakan. Oleh itu, mengapa Tun Mahathir memilih angka 2020 amatlah mencurigkan walaupun tiada bukti untuk mengatakan beliau telah berunding atau diarah atau digertak atau apa-apa sahaja.
Namun begitu, persoalan angka 2020 yang dipilih bertepatan dengan Israel 2020 teramat merungsingkan. Kami menyerahkan kebijaksanaan para pembaca untuk membuat konklusi, penyelidikan atau apa sahaja yang dirasakan perlu bagi merungkai “mengapa 2020?”
#Fakta 2 : Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020
Sesuatu yang mencurigakan ialah Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020 diperkenalkan. Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991 manakala Israel 2020 dilancarkan pada 1990. Walaupun tiada tanda-tanda orang Israel datang ke Malaysia untuk mendesak Tun Mahathir tetapi selang masa tahun itu sudah memadai untuk menimbulkan kecurigaan.
Selain Malaysia, negara-negara lain yang disyaki meniru Israel 2020 ialah Indonesia iaitu dengan memakai visi Indonesia Emas 2020. IE2020 dikatakan mampu membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Indonesia menjelang 2020.
#Fakta 3 : Pertemuan sulit Tun Mahathir dan Yitzak Rabin
Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya sendiri dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur
Walaupun pertemuan ini disahkan Tun Mahathir sendiri tetapi ia masih kabur dalam mencari keberkaitan konspirasi Wawasan ini.
#Fakta 4 : Perbincangan sulit Tun Mahathir dan Dr. Henry Kissenger
Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Allahyarham Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.
Walaupun fakta-fakta di atas kelihatan kukuh tetapi masih ada ruang-ruang lingkup yang tidak menguatkan fakta tersebut untuk dikaitkan dengan konspirasi Wawasan 2020.
Lanjutan Tempoh Wawasan 2020 Yang Mencurigakan
Sekarang terdapat ura-ura bahawa wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Jika tahun 2050 dipilih dan diisytihar sekali lagi sebagai pengganti Wawasan 2020, maka sahlah, dasar Wawasan 2020 meniru dasar Israel 2020.
Ini kerana, pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu;
“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”Sebagai penyelidik konspirasi, kami lebih cenderung untuk mengatakan dasar Wawasan 2020 adalah meniru dasar Israel 2020 kerana angka 2050 telah pun disebut pada tahun 2 Ogos 1991 di dalam sidang Dewan Negara. Apakah ia satu kebetulan?
Angka 2050 telah pun disebut oleh Tuan Adam Bin Kadir (yang ketika itu mempengerusikan Dewan Negara).
Ketika itu, Tuan Adam bin Kadir memperbetulkan ayat Puan Ainon binti Ariffin;
Pn Ainon binti Ariffin : “Saya rasa dalam perkara ini, Tuan Yang Dipertua, ada sedikit silap faham dariapda rakyat kita ini. Apabila dulu Perdana Menteri (Mahathir Mohamed) mengisytiharkan kita inginkan 70 juta dalam masa tahun 2000 kalau saya tidak salah …..”
Tuan Adam Bin Kadir : “…70 juta. Saya rasa tahun 2050″ (Tuan Adam mencelah ucapan Pn Ainon)Kesimpulan
Walaupun terdapat fakta-fakta yang kelihatan amat kukuh untuk mengaitkan Wawasan 2020 dan Israel 2020, namun beberapa kajian mendalam harus lagi dilakukan untuk mengesahkan konspirasi Wawasan 2020 ini.
Kita juga mungkin agak sukar melihat secara mendalam segala perancangan Yahudi Zionis terhadap seluruh negara Islam. Namun berdasarkan fakta yang hanya ’secebis’ ini, diharap dapat membantu peminat-peminat dunia konspirasi membuat kajian yang lebih menyeluruh.
Tiada siapa yang boleh mengatakan konspirasi Wawasan 2020 ini tepat kerana ia mengikut penilaian individu dan gaya interpretasi fakta masing-masing dalam membenarkan sesuatu perkara.
Sebagai rakyat Malaysia, kami berharap dasar Wawasan 2020 bukanlah dasar yang diadaptasi dari dasar Israel 2020 walaupun ianya kelihatan mencurigakan. Jika benarlah ia suatu dasar konspirasi atau dasar yang ditiru dari Israel, maka amatlah mendukacita lagi mengecewakan.
----------------------------------------------------------------------------------------------
FAKTA -
Namun, dalam Visi 2020 Malaysia, ia mempunyai maksud yang berlainan. Ramai yang tidak tahu dan tidak perasan.
Tun Dr. M merupakan seorang doktor perubatan. Penggunaan angka 2020 merujuk kepada nilai (value) bagi mata yang sihat iatu ‘20′ di bahagian kiri dan ‘20′ di bahagian kanan. Vision 2020 jelas membawa maksud literal ‘Pengelihatan 20, 20′ iatu pengelihatan yang sihat.
Diungkapkan maksud pengelihatan 2020 ini sebagai tahap kemajuan negara Malaysia dari semua segi (politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya), BUKAN tahun 2020.
Majoriti rakyat Malaysia beranggapan Wawasan 2020 merujuk kepada tahun. Tetapi sebenarnya ia mempunyai maksud yang tersembunyi.
Oleh itu, Wawasan 2020 juga boleh dianjak waktunya kepada tahun yang lain.
---------------------------------------------------------------------------------------------
1MALAYSIA = 1ISRAEL
Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.
Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.
Konsep One Israel 1980
Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.
Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.
Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.
Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.
Kesimpulan
Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca.
Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan.
Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!
p/s walaupun den raso wawasan2020 dan 1malaysia takdo la sampai merosakkan akidah kito.....tapi yang den nak tau sangat kenapo kebetulan ni di bangkitkan seperti kebetulan pakjib dikaitkan dengan altantuya dan dsai dikaitkan dengan epol bokari
7 ulasan:
Salam sdr.
Israel, Amerika bukanlah satu perkara yang jauh dari sudut hubungan dan jalinan politik dengan pemimpin Malaysia. Sebelum PM Mahathir bersemuka dengan PM israel, sudah pun ada jaringan ikatan di dalam gelap sebenarnya melalui Amerika dalam sifat dagangan dan profesional.
Jadi pada saya ianya bukan kebetulan tetapi ciplak!. Ciplak yang menguntungkan Israel dari segi dagangan dan kewangan dan keuntungan politik global bagi Pemimpin Malaysia. Kalau tidak apa sebabnya Menteri Luar kita menemui Pemimpin Israel baru-baru ini?
Konspirasi rasanya tidak. Tetapi tekanan ada kemungkinan. Negara yang terkenal menekan adalah Amerika.
Namun apa pun telahan kita semuanya masih di dalam kesamaran dan insya Allah masa akan mengungkapkan semuanya ke permukaan dengan kehendak Allah.
wsalam...
tima kasih tuan atas komen tuan
Salam tepet,
Aku rasa mmg ada Proksi yahudi dlm kerajaan,mungkin dlm Umnopun ada.
Che det pun dah pernah sebut dulu,Proksi yahudi ada dimana-mana kerajaan dlm dunia.
macam man yahudi boleh begitu hebat ijok? hik hik hik
Apo la ekau ni pet.
Ekau kan tahu, malaysia ni mano ada pemikir (think thank) yang ado semuanya kangkong kingkong penjaham jer.
Semua hasil yang ado, adalah hasil ciplak dari negaro luar, termasuklah lagu negaraku..ku..ku, dengan bendera amerika ado lambong bulan bintang.
Selain dari ciplak slogan Israel tu, malaysia memang ado menjalin hubungan sulit dongan Israel melalui Singapura dan Amerika.
Sobab tu ado pada suatu maso, bendera Israel di kibarkan di Pirates World Trade Centre.
Dan kebanyakkan strategi/taktikal politik digarap dari doktrinisasi Israel/Amerika (kot amerika pun yahudi jugak yang control dalam dewan senat)
Si Soros yang Mahathir kutuk giler... maso krisis kewangan dulu tu sapo..? Kan ke Israel, lopeh tu selang beberapo tahun lopeh pencen di poluk cium pulak si Soros tu...
Ha..ha..ha... sambil menyapu tu ekau pikir-pikirkan lah... apo kono mengono Najib dongan ziana... eh.. silap...
Malaysia dongan Israel + Singapura... = sampah
Salam Tepet,
Terimo kasih daun keladi... ha..ha..ha..
Catat Ulasan