Orang Ramai Dinasihat Jangan Sertai Demonstrasi Haram
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai mana-mana demonstrasi haram yang dijangka diadakan di Petaling Jaya dan Shah Alam hujung minggu ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis telah menerima banyak maklumat mengenai terdapatnya pemimpin-pemimpin parti politik dan badan bukan kerajaan (NG0) tertentu yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan dan forum.
"Polis Selangor tidak akan memberikan sebarang permit ke atas penganjuran majlis tersebut. Saya menasihatkan parti-parti politik dan NGO supaya tidak meneruskan niat mereka untuk mengadakan demonstrasi dan forum berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat sama kerana polis sudah bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan haram seperti itu. - BERNAMA

MSTAR
p/s kan den dah cakap...kompom roadblock menimbun punya nanti....korng tak cayo ..tgk la nanti.... tahniah buat pemain bola sukan sea Malaysia...yang mengalahkan vietnam dengan jaringan 1 - 0
nasihat den.....
pado pengguno jalan rayo...terutamo dari puak BN....baik korang duk umah dediam pada tarikh tersebut....sobab kompom jalan jem..... ponoh dongan roadblock....jadi jangan ganggu puak PR nak pi konvensyen...hik hik hik....kalau nak gak den x larang..tapi jangan la korang nak sumpah seranah..kalau dari shah alam nak ke gombak kek 4jam baru sampai
pado polis/jpj yang bakal buat roadblock.....tolong jangan lamo sangat tahan keto....kut kang dari somban nak ke kl pun dokek 7jam....yang kek bolah solatan dongan utaro tu...usah la beriyo sangat buat roadblock....(pado pembaco blah utaro dan selatan ....nnt kompom dongan den...betul x pado tarikh konvensyen nanti banyak roadblock)
pado pihak penganjur....pastikan lagu mari menjilat tidak lagi berkumandang.kerana pasti ia menimbulkan satu lagi cerita/alasan bodoh dari puak BN hik hik hik
pado peniago peniago....tolong jangan nipu sangat...jual air memang murah tapi..raso air paip melampau sangat.....kengkurang 80%air masak 20 % air paip...hik hik hik.....
pado suku sakat tuan labun kulupsakah...yang kompom akan menjual buku "Perak Darul Katun" tu pastikan anda membawa stok yang mencukupi supayo tak berebut orang nak boli.....hik hik hik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan