SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

07 November 2008

RPK BEBAS, DSAI TAK JADI PINDAH MAKHAMAH

Tahniah buat RPK kerana udah bebas dari tahanan I S A ..buat DSAI pulak... makhamah mana pun bukan ada effect selagi hakim boleh di beli..... erk si sepol ada datang makhamah ke? kenapa dah buat report.. tak nak tau apa cita selanjutnya? kang nanti last day baru nak datang ...pastu DSAi tak salah.. hang cakap makhamah tipu pulak.. sedangkan hang dari 1st day perbicaraan pun den tak dongar.... hang tunjuk muka

p/s ado sesapo sudi amik den kek umah .. malam ni nak pi tgk RPK kek somban... keto den tayar pocah plak tadi.. blum p tuko tayar gi... YB ghimau pigi tak? hik hik hik nak itutttttt hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

PERSATUAN FLIP FLOP 2

Kerajaan Yakin Malaysia Tidak Akan Mengalami Kemelesetan Ekonomi Teknikal Tahun Hadapan, Najib 05 November, 2008 13:14 PM ringkasan laporannya - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penambahan RM7 bilion yang diumumkan semalam mencukupi untuk Malaysia mencapai pertumbuhan 3.5 peratus dan pada masa yang sama mengekalkan defisit fiskal pada tahap 4.8 peratus.

"Penambahan RM7 bilion amat sesuai sebab kita tidak mahu defisit kerajaan terlalu tinggi, walau pun kita ada kemampuan untuk tambah peruntukan," katanya kepada pemberita selepas wawancara khas "Rancangan Khas Pelan Penstabilan Ekonomi" bersama RTM di sini.

"Saya dah kata...ini (tambahan kepada bajet) bukan kali terakhir, kita tak perlu tunggu masa belanjawan kerana kita menghadapi keadaan yang luar biasa," katanya, apabila ditanya mengenai sama ada terdapat sebarang tambahan seterusnya rangsangan pada pelan penstabilan ekonomi seperti yang diumumkannya pada Selasa.


Berita hari ni pulak 05 November, 2008 23:47 PM dari sumber yang sama dan jugak kenyataan dari individu yang sama bertajuk Najib Minta Rakyat Bersedia Hadapi Masa Sukar Tahun Depan ringkasannya - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bersedia untuk menghadapi masa yang lebih sukar tahun hadapan.

p/s renungan untuk anda

1. Sebelum PRU12 PakJIb cakap harga minyak tak naik lepas PRU12... sekali.... sampai 78sen naik...mak aii!!!


2. Masa kecoh isu liwat Anwar, Pak jib cakap tak konal si Sepol dan tak pernah jumpa pun..pastu keluar la pulak gambar si Sepol dokek pejabat Pakjib... keluar la pulak statement - owh... baru saya teringat... si Saiful datang pejabat saya mintak sokongan untuk biasiswa awal tahun dulu...Bilo cito pasal tarikh gambar tu diambik... Pakjib kalut... keluar lagi satu statement - cakap Saiful datang mengadu masalah dekat den... tangan eh sojuk... sepol cakap dia kene "anu" kek si "anu"... konal la pulak...

korang takdo terpikir jahat ko?.... kalau betul la si sepol ni kono liwat kek DSAI.. 3...4 kali dia pi jumpo Pakjib.. takkan Pakjib tak buek papo hik hik hik den bukan buat pitnah...den bukan tuduh...den cumo buek nakal sikit jo...sobab den ponah terbaco pengakuan sumpah bala yg 1st.. dio cakap najib cakap kek ajak bagindo.. dopan belakang pun bulih,.... so ... lu pikiaq sendiri hik hik hik....

--> Read more...
--> Read more...

06 November 2008

PERSATUAN FLIP FLOP

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menjelaskan penutupan pondok polis yang terletak di Lorong Haji Taib di sini bukan kerana faktor keselamatan.

Beliau berkata pondok polis berkenaan ditutup selepas pemilik bangunan membuat keputusan untuk mengambil semula tanah di mana pondok polis terbabit dibina.

"Saya ingin menegaskan di sini jawapan bertulis yang dibuat oleh saya di Parlimen pada 16 Okt lepas, mengenai penutupan pondok polis terbabit adalah kurang tepat dan jelas.

"Sebenarnya tuan punya tanah hendak membina bangunan baru maka pondok polis ini terpaksa ditutup. Tetapi kawasan ini masih ada Balai Polis Chow Kit dengan kekuatan 10 anggota dan empat kereta peronda dan rondaan 24 jam diadakan," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Polis Chow Kit dan kawasan sekitar di sini hari ini.

Pada 16 Okt Syed Hamid dalam jawapan bertulisnya kepada anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali berkata pondok polis di Lorong Haji Taib terpaksa ditutup kerana polis mendapati lokasi tersebut tidak lagi sesuai atau selamat bagi anggota polis yang bertugas.

Katanya persekitaran kawasan yang kotor, kemungkinan terdedah kepada penyakit berjangkit serta ancaman penjenayah, membahayakan keselamatan anggota bertugas.

MALAYSIA KINI

p/s Apo kes? takdo sesapo ke nak wat laporan polis.. atas tuduhan mabuk ditempat awam .. hik hik hik.. maleh den nak cakap banyak.. korang pikiaq la sendiri.................
--> Read more...
--> Read more...

OSAMA..OBAMA...OH! BIG MAMA

Ini bukan cerita lawak tapi suatu perbandingan kisah untuk melihat antara insan yang popular dan bermaruah dengan yang naik dan tiada bermaruah. Osama, Obama dan PM The Big Mama adalah suatu testimoni yang baik untuk dilihat.

Bermula dengan Osama, dia tiba-tiba muncul selepas peristiwa 11 September di Amerika. Biarpun tiada sebarang pemilihan agung untuk mempopularkan namanya namun dia tetap popular sebagai suatu ikon jihad di kalangan pemuda Islam. Baju, topeng, poster,cd dan apa sahaja yang ada kaitan dengan Osama semuanya laris bagai pisang goreng di Kedai atau Pizza di jalan Chicago.

Semua stesen televisyen menanti-nantikan rakaman atau apa sahaja maklumat berkaitan dengan Osama.Bahkan The Holy Quran habis dijual di kedai-kedai buku di Amerika dan Britain, semata-mata kerana mereka ingin mengetahui ajaran Islam.

Sehinggakan beberapa orang wartawan barat akhirnya memilih untuk memeluk Islam. Osama tidak perlu memberi duit kepada seluruh yang meminatinya di seluruh dunia untuk menyokongnya. Apatah lagi mengeluarkan surat khas untuk memaksa orang menyokongnya.Tetapi dia tetap popular sebagai ikon jihad kerana keterlibatannya dengan Taliban sewaktu jihad di Afghanistan. Maka inilah suatu sejarah baru yang dicipta OSAMA!

Barrack Obama pula hadir dalam keadaan ketenatan Amerika dengan ekonominya dan kegagalan dasar-dasar Presiden George W Bush terutamanya di Iraq. Maka rakyat di Amerika sudah muak dengan segala yang ada kaitan dengan Bush termasuklah John Mccain. Biarpun Obama berasal dari Hawaii dan berketurunan kulit hitam, namun dia tidak punya masalah untuk menjadi orang nombor satu di Amerika. Sokongan yang diberikan padanya memecahkan tembok perkauman yang ada di Amerika.

Ini bukan lagi filem yang menjadi angan-angan orang kulit hitam malah menjadi suatu realiti untuk melihat Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.Setakat hari ini Obama sudah mendahului di enam daripada lapan buah negeri termasuklah kawasan paling sengit di Florida dan Ohio. Bayangkanlah bagaimana rumah yang pernah didiami oleh calon yang berusia 47 tahun ini di Indonesia boleh dilelong berjuta ringgit mengalahkan selebriti Hollywod malah sebuah bandar yang bernama Obama di Jepun juga bagaikan berada di Amerika kerana dipenuhi dengan pelbagai barangan berkaitan dengan Obama. Tidak pernah calon Presiden Amerika yang begitu popular seperti Obama. Maka inilah mungkin sejarah Amerika baru yang dicipta oleh Barrack Obama!

PM The Big Mama pula hadir bukan untuk menyelamatkan negara tetapi memeningkan kepala seluruh rakyat. Tiada apa yang boleh menyebabkan rakyat tertarik walaupun beliau mendapat 141 pencalonan daripada jumlah kesemua bahagian yang bersidang. Bermula dengan upacara angkat sumpah di Masjid Guar Perahu, itulah kata penganalisis politik yang bakal memulakan keretakkan rentak bakal Perdana Menteri ini.Tiada apa yang boleh diharapkan untuk perubahan,melainkan meneruskan kegagalan segala dasar kerajaan BN yang entah bila bakal BE END.

Kaitan dirinya dengan pelbagai isu termasuklah pembunuhan Altantunya telah mempopularkan dirinya setaraf dengan Osama dan Obama,bezanya positif dan juga negatif.Antara 5 orang Perdana Menteri maka yang keenam ini adalah yang paling pelik kerana dilingkari dengan pelbagai isu.Kata Tun Dr Mahathir tugas pertamanya ialah membersihkan namanya dalam membuktikan dia punya kredibiliti.

Biarpun Razak Baginda yang merupakan pembantunya terlepas tapi itu bukan bermakna isu ini sudah bebas daripada dirinya.Rata-rata marhaen termasuklah ahli UMNO memang tidak puas hati melainkan di bebaskan Raja Petra Kamaruddin dari I.S.A. dan dibicarakan secara adil di mahkamah.Bersihkan nama secara profesional dan jangan gunakan penyapu seperti Khir Toyo tanpa ada sebarang prejudis.

Jika Pak Lah dikatakan mengikut cakap menantunya BERUK,maka bakal PM yang baru ini dikatakan bakal dikongkong oleh isterinya Madam R atau The Big Mama.Maka kelihatannya seakan-akan tiada sebarang perubahan yang boleh dibuat melainkan hanya Pak Pacak.Justeru mungkin inilah sejarah Malaysia Baru seterusnya yang bakal dicipta oleh PM The Big Mama
--> Read more...
--> Read more...

Post den yang ke100 SEVEN WONDERS OF BOLEHLAND

1. THE ZAKARIA ‘PALACE’

sesatunya bangunan/rumah/istana yang di buat tanpa approval dan tanpa perlu membayar assessment fee, yang tidak di sita mahupun di robohkan...Orang yang di istiharkan bangkrup yang pertama yang mampu memiliki mahligai ini

2. DISCONNECTED’ CYBERJAYA

sesatunya "bandar HIGH TECH" di dalam dunia yang menawarkan sedikit atau tiada langsung sambungan internet ke setiap rumah penduduk di tempat tersebut

3. ‘UNHAUNTED’ KUCHING PRISON

sesatunya penjara yang bernilai RM600juta di dalam dunia yang tiada kisah seram atau menakutkan. Kerana tidak pernah mahupun sekalipun hukuman mati dilaksanakan di penjara ini. In fact tiada seorangpun banduan yang ditempatkan didalam penjara ini.dan tiada satupun dinding tebal yang boleh dinampak oleh mata kasar dimana lokasi sebenar penjara ini...mungkin penjara ini layak menjadi "penjara imaginasi pertama" yang dibina dengan "real money".

4. THE ‘BOCOR’ PARLIAMENT

Keunikkan 'bocor' parlimen ialah kemampuan menghabiskan berbilion bilion duit rakyat yang bayar cukai dengan benda yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat melain kan perut2 mereka dan kroni2 mereka tanpa dikenakan apa apa tindakan makhamah walaupun nampak tanda tanda penyelewengan..

5. THE MONGOLIAN 'C4' RPK ISA PRISON (Kamunting)

Tidak perlu saya memberi penjelasan kerana semua sudah tahu cerita ini.RPK di ISA... cuma mungkin ada yang tidak tahu apa fungsinya ISA... disitulah keunikan tempat tahanan ISA

6. THE "AYAH PIN" VILLAGE

Perkampungan Ayah pin telah di robohkan.. dan ayah pin masih lagi belum dapat dikesan@ di tangkap.. tapi berita terkini menyatakan perkampungan ayah pin kembali aktif... ajaib bukan

7. ............................................

Yang ni den sajo kosongkan untuk anda meletakkan apo yang dirasokan sesuai hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

05 November 2008

STEPPETS (snippets): LOMPAT PARTI

Dr.Siddiq berbicara tentang lompat parti....den pun nak join sekaki

Den juga amat2 tertunggu tunggu apakah perkembangan cerita tentang lompat parti ni... jika sebelum ni kecoh cita pasal katak kini diam....tiada memana blog pun yang den jumpo berbicara tentang impian mengambil alih gomen ni lagi... den akui den antara yang amat suko kalau pekara itu berlaku... tapi cerita tentang itu semakin hilang di telan kes altantuya..cito bajet... dan hal hal yang tiada sangkut paut dengan kes lompat parti.... jika dulu yakin cukup MP yang nak lompat mano dorang?... kalau dulu sanggup anto 4-5orang pi kejar MP BN belajar bercucuk tanam kek luar negara kini apa cita? Jika gagal jangan malu hendak mengaku.. kerana pepatah popular ada menyatakan..Gagal sekali bukan gagal untuk selamonye... boleh buat balik pelan baru untuk mengambil alih PUTRAJAYA

Yang den amat berharap sangat la ni... mereka ada memberi hint yang terkini tentang cerita ini.. kerana mengikut radar BN tiado sorang pun antara mereka yang nak melompat... sselain daripada tawaran tawaran yang dibuat untuk ZAID itupun slepas dia lotak jawatan Menteri, Beruk... ni den tak tau apo punco yang topat sampai pemuda pas tawar masuk PR...selain dari tu takdo cito yang hebat untuk rakyat yang mengharapkan perubahan macam den...

Jangan diberi alasan nak perang pasal bajet demi rakyat... walhal anda boleh buat bajet baru kalau dah amik alih gomen.. jadi amik alih la dulu gomen baru repair bajet yang korang katakan tak mesra rakyat tu...

Kalau dulu selalu PR laungkan pakatan rakyat semakin hampir ke Putrajaya. Pakatan rakyat bakal membebaskan rakyat dari kekejaman rejim BN.... kini dimanakah itu semua?.. apakah PR sudah terlajak sampai ke KLIA? Jika terlajak kenapa tak patah balik?

Jangan kerana
'B'erita lompat parti dan
'C'erita menuju ke Putrajaya menjadi
'D'erita pada kami yg meletakkan Harapan yang tinggi

Yang Biso Bonar
Tukang Sapu yang amat2 mengharapkan kejayaan PR mengambil alih gomen dalam maso yang paling pantas boleh PR buat hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

RM250 juta untuk Kebajikan POLIS

CERITA 1

Pada satu malam... ade sebijik Kancil rosak kat highway kek lopas exit Pedas N9.Jadi driver tu bukak la bonet depan keta dan blagak bijak nak cari ape masalah nye...cari punya cari.. dio mengalah..tak jumpo apo masalah ehh Kancil tu.Last last baru nak cal pomen nak suruh tarik keta p bengkel. Baru je nak call, sebijik Nissan Skyline GT-R lintas dopan dia.pastu berenti mengejut dan reversed Skyline tu kat dopan mamat yang bawak Kancil tu berdiri.Mamat yang bawak Skyline tu tanyo la apo masalah...

Mamat Skyline : Apo kono eh jang keto kancil ko ni?

Mamat Kancil : Er, ontah lah, bro. den pun tak tau..awat hang pandai ke repair keto? Mai la tolong tengok kan haa....

Mamat Skyline : Sorry beb,den haram jadah tak tau pasal keto ni.Den tau bawak je, Yang lain pomen den settlekan. Pepaham la.den taknak kotorkan tangan den ni..tapi den bulih tolong tarikkan keto hang pi ko exit senawang.. ado bengkel gak area tu...amacam?

Mamat Kancil : Em.. Okay, boleh gak kang datang memana tukang tarik kang..mau beratus dio mintak ..huhuhu.

Mamat Skyline : Keciknyo hal la bro. Tapi beri tau den kalau den bawak laju pulak yeah? Hang duduk dlm Kancil hang,kalau den bawak laju kasi flash lampu ko lampu signal ko...okey?.

Mamat Kancil : Beres... Den Flash lampu kalau laju gilo..

Jadi tariklah keto Kancil kek balakang Skyline .Tak sampai berapo kilo je, sebijik Mitsubishi Lancer Evolution 9 lintas dopan dorang tadi. The Evo 9 slowkan keto pastu tarikh pikup,konon nak kasi bakar la skyline..nak cabar ajar race la kunun kek Skyline tu. Mamat Skyline apa lagi terbakar la dongan mamat Evo 9 di tokan nyo pedal minyak sampai abih. Habis dedua keto lenjan...laju gilo dengan keto Evo 9 leading kek dopan.Maso dorang tengah race tu... kek dopan ado plak tompat paling famous speed trap. Jadi kek tompat speed trap tu ado la polis amik gambo dorang tengah race. Tekejut BERUK polis tu, bilo kek screen speed trap tulis melebihi 250km/j dorang bawak.Polis tu amik walkie talkie pastu inform kek polis yang buat road block kek dopan.

Polis 1 : Bola satu ke bola dua. Bola satu ke bola dua..

Polis 2 : Bola dua terima. Cakap.

Polis 1 : Ekau mesti tak percaya ni. Ada keto tongah race. Alat pengesan kelajuan mencatatkan kelajuan melebihi 250km/j!

Polis 2 : Hah! Habaq mai apo jenis kereta.

Polis 1 : Kereta di depan ialah sebuah Mitsubishi Lancer Evo 9. Mengekori di belakang ialah sebuah Nissan Skyline GT-R. Dan, amat mengejutkan, sebuah Kancil mengekori rapat di belakang kedua dua kereta sambil membuat isyarat menggunakan lampunya hendak memotong!!

Polis 2 : Malaysia Boleh!!

Polis 1 : Boleh!!

CERITA 2

CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab-bab jenayah ni. Jadi, si President pun buat laa satu ujian untuk mereka.

Dia melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke
seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok-pokok dan batu-batu
yg ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan,
mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk,
mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya,
termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan, sudah nasib si arnab
tadi untuk mati di dalam hutan itu.

PDRM pulak yang masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dengan seekor beruang yang
dah lembek sebab kena pukul. Beruang itu menjerit, ‘OK, oK… aku arnab…
aku arnab!!

p/s Atas jasa polis polis ni...Pakjib telah mengeluarkan bajet RM250 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis atas kehebatan mereka menjaga keselamatan dan keharmonian rakyat

--> Read more...
--> Read more...

02 November 2008

Najib monang tanpa bertanding

4.15 Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden UMNO selepas memperolehi pencalonan ke-133 bagi jawatan tersebut dari bahagian Cameron Highlands.

hik hik hik baru jo Ku Li monang 1 pencolanan semalam.. baru nak start enjin dah abis race hiki hik hik....

ehh.. pak lah tak paham paham lagi ker? hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

01 November 2008

Senarai Tingkat 4 paklah & on da way pakjib

Senarai panel penasihat Pak Lah (yang telah menjadi rahsia umum):

1. Penasihat I : Kamaluddin Abdullah, isteri dan keluarga ipar-duai (dengar khabarnya ada bau-bau bacang dengan Patrick Lim Badawi);

2. Penasihat II : BERUK dan Nori (serta keluarga sebelah Rembau, termasuk pemuda yang terus terlantik menjadi menteri penuh, Sang Shaziman);

3. Penasihat III : Keluarga di Kepala Batas, seperti Ibrahim, yang terkenal dengan jenama BRAHIM'S nya, dan pembekal utama bekalan makanan untuk ATM. Dengar khabarnya, cuba nak buka restoran di luar negara, tapi masih belum mencipta nama;

4. Penasihat IV : Keluarga Mahmud Ambak, yang mempunayi rangkaian perniagaan besar (kekayaan Kamaluddin dikatakan oleh Pak Lah diwarisi dari rangkaian ini), termasuk pembekal alat ganti dan kejuruteraan untuk ATM. Bahkan, kepulangan Pak Lah ke pangkuan MINDEF mungkin untuk memastikan kesinambungan kontrak Penasihat III dan Penasihat IV, selepas pencennya Pak Lah nanti;

5. Penasihat V : Keluarga isteri barunya, Jeane. Dengar khabarnya, dah mempunyai firma broker projek tersendiri;

6. Penasihat VI : Golongan cerdik teramat pandai di tingkat 4, yang berkait rapat dengan Penasihat II dan I; dan

7. Penasihat VII : Golongan cerdik teramat pandai "tak bertingkat", seperti Hamid Othman, Mashitah, Musa Hitam, Shahidan Kassim, Mat Tyson, dan sebagainya. Ada di antaranya menjadi penulis draf Islam Hadhari.

Bakal senarai panel penasihat Pak jib (kemungkinan):

1. Penasihat I : Rosmah Mansor, penasihat dan pakar fesyen rambut, batu permata, dan keterampilan, serta penasihat khas Kem Khidmat Negara. Juga mempunyai leluhur di Rembau;

2. Penasihat II : Anak-anak Allahyarham Tun Razak (5 lelaki termasuk Najib) yang nama masing-masing M.... N..... Antaranya terkenal sebagai pakar kewangan dan rebentuk binaan;

3. Penasihat III : Sepupu Najib sebelah Toh Puan Rahah yang berketurunan Turki, seperti Hishamuddin Hussein. Pakar dalam menentukan keperluan persekolahan, seperti peralatan ICT, dsb. (Presiden UMNO I dan IV berdarah Turki, Presiden UMNO II berdarah Siam; tetapi darah Presiden UMNO V yang berketurunan India diperkatakan orang);

4. Penasihat IV : Yayasan Noah dan pewarisnya. Ada kaitan dengan puncak genting (link dengan Penasihat III);

5. Penasihat V : Keluarga di Pekan, seperti pewaris Mentiga, dan leluhurnya;

6. Penasihat VI : Keluarga isteri lama, berserta anak-anak hasil perkongsian dengan bekas isteri, berserta besannya, seperti Iron Lady;

7. Penasihat VII : Keluarga isteri baru, seperti anak-anak Rosmah dengan bekas suami dulu, berserta menantu, seperti Dr Fazli (mungkin mempunyai pengaruh yang agak kurang impaknya); dan

8. Penasihat VIII : Masih kosong. Tingkat masih belum ditentukan. Misi dan Visi Pemerintahan masih dipilih. Pelan kesinambungan Wawasan 2020; Islam Hadhari, DEB, dan sebagainya, masih dirangka (mungkin sudah ada, tapi tak nampak bayangnya lagi). Ethos dianggap sebagai penawar RESUME terbaik untuk mengisi jawatan kosong ini. Penasihat lama, seperti Razak Baginda, mungkin diambil semula.

Senarai Pak jib lebih sedikit dari senarai Pak Lah. Cuma, den harapkan, kecerdikannya melebihi dengan banyaknya dari kecerdikan panel penasihat Pak Lah. Maklumlah, kebanyakan ahli dalam panel penasihat ini mewarisi sifat terpuji, iaitu tidak suka makan gaji, tapi lebih suka makan komisyen.

--> Read more...
--> Read more...

BERITA HAIRAN!!!

Negori Sembilan mempunyai 8 bahagian umno.... salah satu parlimen yakni parlimen rembau di menangi oleh BERUK tapi.... kenapa bila BERUK mencolankan dirinya untuk jawatan ketua pemuda umno

4bahagian RASAH,JELEBUJEMPUL DAN KUALA PILAH COLANKAN MUKRIZ

1bahagian TELOK KEMANG COLAN KAN DEWA PENYAPU

hanya 1bahagian TAMPIN COLANKAN BERUK

sudah 6 bahagian.. mananya kalau BERUK dapat pun lagi 2 bahagian tetap dia kalah kat mukriz bagi pencolanan dari NEGERI SEMBILAN..KENAPA jadi begini ek?.. orang n9 pun tak suka BERUK ker?

p/s solan cepumas... kalau betul orang n9 tak suko dongan BERUK macammana dia bulih menang pilihanraya ke12... dengan undian melebihi 5ribu dari pesaingnya...?betulkah apa yang di dakwa oleh chegu bard?betulkah undian pos yang menyelamatkan BERUK? kenapakah bila chegu bard bawak kes ni naik ke makhamah...makhamah tolak terus.....
--> Read more...
--> Read more...

Tukang sapu setuju dongan DEWA PENYAPU?

Untuk kali pertamonya tukang sapu setuju dongan DEWA penyapu.. hanpa baca sini nak tau cita lanjut DEWA PENYAPU

walaupun ado kesilapan kechil... yang den pasti den pun kekadang pun melakukan kesilapan yang samo.. ado ko lopeh no 5.. no 5 lagi apo nya khir poyo.. orang lopeh limo onam!!! hik hik hik

den setuju dongan dewa penyapu tapi den nak tambah sikit je..

no 1. mungkin bukan pandangan peribadi pakjib.. silap haribulan pakjib pun tak setuju.. tapi sobab nak dapat sokongan non - melayu buat je statement tu.. lagipun pak jib dah tau... bukan ado pun yang berani bangkang..macam mamak kek penang dulu..

no 2. yang ni den setuju

no 3. bukan jaga hati.. tapi jaga periuk nasik sendiri.. takut,bachul,pengecut!...ye la dah tau ado yang buat salah tapi tak berani nak tegur.. takut hilang sokongan,takut tak dapat komisen, takut kono pulau, takut hilang jawatan, terutamo ahli parlimen , adun malah menteri pun bilo ampeh... bilo rakyat dah bising baru nak terhegeh hegeh.. buang karen....

no 4. bukan orang melayu dalam umno je yang poyo dan hebat nak kembali kepada perjuangan memartabatkan agama dan bangsa melayu, .. PKR ko PAS ko dan semuo orang melayu yang terlibat mahupun tak terlibat dalam politik mano ado yang suko hak melayu di cabar...

no 5 yang bebetul 5. ni kelemahan orang umno.. buta... tak nampah apo kelemahan yang dopan mato.. kelemahan nyo iolah korang bolot sorang.. korang dongan kroni korang jo makin kayo... rakyat pula?.. ..hik hik hik

no 5 yang tak betul 5. den pun harap apo yang dewa penyapu harap dengan harapan peluang yang ujud tu bukan untuk suku sakat korang jo..

p/s den pun tak sangko den bulih setuju dongan khir poyo..
--> Read more...
--> Read more...

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T