Ini bukan cerita lawak tapi suatu perbandingan kisah untuk melihat antara insan yang popular dan bermaruah dengan yang naik dan tiada bermaruah. Osama, Obama dan PM The Big Mama adalah suatu testimoni yang baik untuk dilihat.
Bermula dengan Osama, dia tiba-tiba muncul selepas peristiwa 11 September di Amerika. Biarpun tiada sebarang pemilihan agung untuk mempopularkan namanya namun dia tetap popular sebagai suatu ikon jihad di kalangan pemuda Islam. Baju, topeng, poster,cd dan apa sahaja yang ada kaitan dengan Osama semuanya laris bagai pisang goreng di Kedai atau Pizza di jalan Chicago.
Semua stesen televisyen menanti-nantikan rakaman atau apa sahaja maklumat berkaitan dengan Osama.Bahkan The Holy Quran habis dijual di kedai-kedai buku di Amerika dan Britain, semata-mata kerana mereka ingin mengetahui ajaran Islam.
Sehinggakan beberapa orang wartawan barat akhirnya memilih untuk memeluk Islam. Osama tidak perlu memberi duit kepada seluruh yang meminatinya di seluruh dunia untuk menyokongnya. Apatah lagi mengeluarkan surat khas untuk memaksa orang menyokongnya.Tetapi dia tetap popular sebagai ikon jihad kerana keterlibatannya dengan Taliban sewaktu jihad di Afghanistan. Maka inilah suatu sejarah baru yang dicipta OSAMA!
Barrack Obama pula hadir dalam keadaan ketenatan Amerika dengan ekonominya dan kegagalan dasar-dasar Presiden George W Bush terutamanya di Iraq. Maka rakyat di Amerika sudah muak dengan segala yang ada kaitan dengan Bush termasuklah John Mccain. Biarpun Obama berasal dari Hawaii dan berketurunan kulit hitam, namun dia tidak punya masalah untuk menjadi orang nombor satu di Amerika. Sokongan yang diberikan padanya memecahkan tembok perkauman yang ada di Amerika.
Ini bukan lagi filem yang menjadi angan-angan orang kulit hitam malah menjadi suatu realiti untuk melihat Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.Setakat hari ini Obama sudah mendahului di enam daripada lapan buah negeri termasuklah kawasan paling sengit di Florida dan Ohio. Bayangkanlah bagaimana rumah yang pernah didiami oleh calon yang berusia 47 tahun ini di Indonesia boleh dilelong berjuta ringgit mengalahkan selebriti Hollywod malah sebuah bandar yang bernama Obama di Jepun juga bagaikan berada di Amerika kerana dipenuhi dengan pelbagai barangan berkaitan dengan Obama. Tidak pernah calon Presiden Amerika yang begitu popular seperti Obama. Maka inilah mungkin sejarah Amerika baru yang dicipta oleh Barrack Obama!
PM The Big Mama pula hadir bukan untuk menyelamatkan negara tetapi memeningkan kepala seluruh rakyat. Tiada apa yang boleh menyebabkan rakyat tertarik walaupun beliau mendapat 141 pencalonan daripada jumlah kesemua bahagian yang bersidang. Bermula dengan upacara angkat sumpah di Masjid Guar Perahu, itulah kata penganalisis politik yang bakal memulakan keretakkan rentak bakal Perdana Menteri ini.Tiada apa yang boleh diharapkan untuk perubahan,melainkan meneruskan kegagalan segala dasar kerajaan BN yang entah bila bakal BE END.
Kaitan dirinya dengan pelbagai isu termasuklah pembunuhan Altantunya telah mempopularkan dirinya setaraf dengan Osama dan Obama,bezanya positif dan juga negatif.Antara 5 orang Perdana Menteri maka yang keenam ini adalah yang paling pelik kerana dilingkari dengan pelbagai isu.Kata Tun Dr Mahathir tugas pertamanya ialah membersihkan namanya dalam membuktikan dia punya kredibiliti.
Biarpun Razak Baginda yang merupakan pembantunya terlepas tapi itu bukan bermakna isu ini sudah bebas daripada dirinya.Rata-rata marhaen termasuklah ahli UMNO memang tidak puas hati melainkan di bebaskan Raja Petra Kamaruddin dari I.S.A. dan dibicarakan secara adil di mahkamah.Bersihkan nama secara profesional dan jangan gunakan penyapu seperti Khir Toyo tanpa ada sebarang prejudis.
Jika Pak Lah dikatakan mengikut cakap menantunya BERUK,maka bakal PM yang baru ini dikatakan bakal dikongkong oleh isterinya Madam R atau The Big Mama.Maka kelihatannya seakan-akan tiada sebarang perubahan yang boleh dibuat melainkan hanya Pak Pacak.Justeru mungkin inilah sejarah Malaysia Baru seterusnya yang bakal dicipta oleh PM The Big Mama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan