SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch
Memaparkan catatan dengan label dsai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dsai. Papar semua catatan

14 Disember 2009

GAMBAR DSAI DN EPOL BERDUA - DUAAN?....

Setelah puas den mencari bukti kesahihan cerita epol bokari diliwat....den jumpo sekeping gambaq yang mungkin boleh menguatkan fakta kesahihan cerita epol.....dari gambaq ni memang terselah betapa setianya pembantu peribadi bos ni....hik hik hik apa kah epol sama seperti ini?.... Apakah ini antara punca mengapa epol diliwat?....(kalau betul la kena liwat) hik hik hik

--> Read more...
--> Read more...

03 Mac 2009

SEPOL MUNCUL LAGI....

Saiful buat laporan polis kerana difitnah

MSTAR

Den memang saspek dongan sepol ni...dari 09/2008 sampai la ni ...baru nak saman pahang daily...orang dah lupo...dio bukak balik cito...hik hik hik...mano yang betul...dio kumpul bukti sebelum saman (strategi la katokan)...atau dia tungguh sihat pastu baru tunjuk muko yang dio tak sakit seperti yang dituduhkannyo pastu amik kesempatan saman....atau....dio tunggu ado upacara besar besaran baru nak cari publisiti?...macam ni dongar cito dah nak keluar keputusan makhamah .....tak silap den 05/03 ni apo la agaknyo yang akan berlaku?

kalau dio betul...maknonya dsai salah...dan apo yang akan berlaku?
kalau dia salah...maknonya dsai betul... dan apo yang akan berlaku?

yang sadisnya...ramlang porigi pun di samannyo sekali...hik hik hik betul punyo dendam.....

papopun den harap....semoga apo yang anda cari....anda jumpo......anda lah mangso liwat paling glamour dalam abad ini....takziah dan tahniah
--> Read more...
--> Read more...

21 Februari 2009

SEMBANG DSAI

Anwar dakwa BN terus cuba musnahkan Pakatan

MSTAR

Seperti biaso...dsai cakap ado bukti dan nak bagi bilo tibo masonyo....solan den cumo satu...agak agaknyo bilo masonyo ek.....den dah lotih tunggu..... dari 6 kotak yang di canang kek ezam dulu....16 sept.....MP dari BN yang nak melompat....dan sekarang cito pasal ejen-ejen Umno menawarkan rasuah.....pulak......tak hehabis nak tunggu maso yang sesuai..... den tak paham sungguh bilo la agaknyo masonya tu....

Ado sesapo berani cakap siap dongan bukti kek den...yang bukti tu dsai takkan keluarkan sobab ia hanya omong omong kosong...atau memang ujud bukti tu dan dsai akan keluarkan bebilo maso je
--> Read more...
--> Read more...

21 Januari 2009

EPOL BOKARI.....


Mangso liwat dsai.....yang ntah betul atau tidak keno liwat....semakin rajin mengupdate blog...hik hik hik tapi yang den jadi mushkil apo kah tujuan dia berblog....memulo den ingat dio buat blog tu pasal nak citokan apo yang berlaku antara dio dan dsai...mahupun cito sebenar tentang liwat tu.....ataupun menjadi blog peribadi dan seumpanyanya...tapi...sekarang ni lobih pado membuat tuduhan atau membuat spekulasi tontang hubungan dsai dan israel...apo motifnya.... hang glamour pasal kes liwat...hang bukan macam ezam...yang habis nak cito pasal keburukan dsai...

apo kaitan dsai dan israel dan kes liwat sepol?den yang kekadang singgah kat blog dio pasal nak tau perkembangan terikini tontang dio..(kiro macam prihatin terhadap mangso liwat hik hik hik) tapi den kecewa la jugak...den tak nampak unsur unsur penyesalan mahupun kekecewaan menjadi mangso liwat...yang den nampak unsur unsur gilo isim macam ezam ado la.....den tak nak soal jawab tontang kes liwat tu antara suko sama suko atau pun keno pakso...tapi bagi den kalau nak cari pun keadilan untuk diri bukan nyo dongan caro mengutuk dsai tontang hubungan dsai dongan israel...... hurm den tetibo susah nak sampaikan apo yang bersarang dalam kepalo otak den ni ...susah pulak nak keluarkan ayat yang sesuai tontang mamat liwat ni...

pado den la..sepatutnyo dio cito pasal apo je yang bulih dikaitkan dongan isu liwat tu.....kut iyo pun takut apo yang ditulis boleh di explotasi oleh peguam dsai....kalau cito anda betul apo nak takut?kenapo takut cita diputar belit....sobab den selagi anda berado kek pihak yang benar...belit macammano pun tak kemano.......totap jugak nampak dio betul....

papopun den harap cito liwat ni habis dongan copat......sobab ni adolah kunci pado politik malaysia..... kut dsai betul...hancur la BN..kut dsai salah hancur la PR itu je.......samo gak dongan kes altantuya ni....tertuduh menyatokan takdo sobab dio nak bunuh..atas alasan dio polis...dan takdo keno ngeno dongan mangso...tapi kalau dah pemimpin tertinggi dalam malaysia bagi arahan disertakan pulo berjuta duit....jadi upah....konal tak konal ...polis tak polis den raso kompom tak tolak punyo...hik hik hik

addressnya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/
--> Read more...
--> Read more...

16 Oktober 2008

Debat Chedet vs DSAI

Apa kemotifnya Brahim Ali suruh buat debat antara mantan PM che det dgn DSAI. Apa yang nak di buktikan? cukup lah debat DSAI dgn sabery chek tu yang takde makna.. cakap nak letak jawatan kalau kalah.. tak gak letak.. maka umum dah nampak kemenangan di pihak DSAI, dengan 3x harga minyak turun skarang ni bagi aku merupakan punca dari debat tu, sebab rakyat sudah nampak cara gomen bulih turun kan harga minyak...dan pemimpim pun agaknya baru nampak ....itu yang dorang bulih turunkan harga minyak... tapi antara che det dgn dsai apa yang akan rakyat dapat? takat dapat gelakkan che det gagap tak dapat jawab solan dsai? (bagi pro DSAI) ataupun dapat gelakkan DSAI sebab tekedu tak dapat jawab solan che det? (bagi pro che det)... tak de maknanye

lain la kalau DSAI vs pak lah atau DSAI vs pak jib baru layan......
--> Read more...
--> Read more...

24 September 2008

DSAI

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008
Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.
Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.
Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara. Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri - di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.
Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.
Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.
Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan

--> Read more...
--> Read more...

16 September 2008

Sidang Media PKR

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
--> Read more...
--> Read more...

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T