1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian
seragam
Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau.
1.2 Kad Kuasa Polis
Warna Merah : Anggota polis tersebut telah digantung.
Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda
tidak perlu mengendahkan beliau.
Warna-warna lain:
Warna Biru : Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
Warna Kuning : Polis yang berpangkat dibawah Inspektor.
Warna Putih : Polis Simpanan.
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.
1.3 Di dalam Pakaian Seragam.
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Polis.
Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau
2 APABILA DISOAL OLEH POLIS
2.1 PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "
2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda
ke balai polis
• apabila anda digari
Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan
beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan.
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi
seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda
(Kenyataan saksi/112).
3. SOALJAWAP OLEH POLIS TANPA PENAHANAN
3.1 Kenyataan saksi/112
Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat
bahawa anda tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis
jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).
3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi
Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi untuk anda memberikan
Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama.
Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan
waktu yang bersesuaian. Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis
akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai
penyiasat (Perintah Polis} untuk meminta anda bekerjasama.
3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112
Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah
dinasihatkan. Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh
enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa
kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).
• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.
• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.
• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.
• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda
Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca solansoalan dan jawapan-jawapan
yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.
• Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peibadi anda.
• Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan/perubahan kepada kenyatan
anda sebelum menandatanganinya.
• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda.
Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh ditangkap. Akan tetapi, itu adalah
satu kesalahan dan pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu
waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.
4. PENAHANAN OLEH POLIS
4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?"
Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.
4.2 Jangan melawan
Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah
sekiranya anda melawan.
4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa saya?"
Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis
berdekatan dan tldak ke tempat lain.
4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.
Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada
keluarga, peguam atau Pusat.
Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.
4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di balai polis atau
• Di lokap balai polis
dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.
5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN
5 1 Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak
anda untuk berbuat demikian.
5.2 Pakaian
Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan Persendirian
Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam
penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan
sebaik sahaja anda dilepaskan.
5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan
rawatan dengan segera. Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang
wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.
5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda
Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi
tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan
anda secepat yang mungkin. Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan
mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang
Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda
melepasi 24 jam.
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET
6.1 Siapakah Majistret
Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada
untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman
la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis
untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat
keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda.
Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan
mendapatkan kenyataan daripada anda.
6.3 Jangka hayat Perintah Reman
Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polis
mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan
melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar
terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis. Polis selalunya akan memohon
penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang.
Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebab-sebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau,
• untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari
yang dipohon Polis.
Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman.
Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.
6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke Majistret
Maklumkan kepada Majisiret bahawa:
• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC
serta keluarga anda.
• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas
atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).
• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.
6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat
Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman.
Beri alasan-alasan
(sebagai contoh: "saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan",
"saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya" dan sebagainya).
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN
7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan
Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis
sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah
berbahaya}, polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa
menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang
berpangkal tidak kurang daripada inspektor,
7.2 Apakah yang perlu anda lakukan
• Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.
• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda
dapat ngawasi barangan anda.
Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh "purse",
"kunci", "kad pengenalan" dan sebagainya.
Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku I beg tersebut.
7.3 Hak-hak anda
• Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka o!eh pegawai polis wanita sahaja.
• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh:
bahagian sulit tidak boleh disentuh).
• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.
8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN
8.1 Bilakah polis boleh melakukannya
• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang
berhubung dengan kesalahan yang disyaki.
• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi
hak anda untuk diperiksa di kawasan yang terlindung.
8.2 Pemeriksaan badan secara bogel
Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis
memaksa anda dibogelkan. Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya
anda enggan berbogel:
• Bantah.
• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.
• Buat laporan selepas kejadian tersebut.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN
9.1 Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda.
Pastikan nama I pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.
9.2 Hak memilih untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh:
soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda
harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.
9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda.
Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu
memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi).
Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri.
Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: "Saya akan menjawab di Mahkamah".
9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113
Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda
untuk memberi kenyataan bertulis:
• bertenang dan berdiam diri;
• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau Sekiranya anda telah diugut,
dipukul ataupun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan
secepat mungkin. Ini adalah hak anda.
9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113
Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas. Sekiranya
anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis.
Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di
dalam Mahkamah untuk membuktikan:
• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana
yang dituduh; atau,
• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yang
boleh menunjukkan bahawa anda bersalah di dalam kesalahan yang dituduh.
POLICE AND YOUR BASIC RIGHTS
Published in conjunction with TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)
http://www.malaysianbar.org.my/PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-3372 2792
• Negeri Sembilan : 06-7633 035
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451 / 04-3316 830
"Law stated as at 1st August 2007. Check
www.malaysianbar.org.my for updates"