SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

24 September 2008

Cerita terkini tentang Sepol Baukari

Susulan daripada kes liwat Anwar yang ditangguhkan keputusan pemindahannya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, maka ramai yang tertanya-tanya mana hilangnya dan apa khabarnya si Saiful Bukhari kini. Apakah beliau sihat atau sebaliknya. Terdapat maklumat yang mengatakan bahawa Saiful kini mengalami masalah kesihatan yang agak kritikal hingga menyebabkan beliau malu untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Apakah benar perkara ini? Hanya Saiful dan keluarganya sahaja yang benar-benar mengetahui segala apa yang berlaku. Terdapat juga laporan mengatakan Saiful mahu "bertaubat" dan telah bertemu dengan seorang tokoh ulamak terkenal untuk memohon maaf atas keterlanjurannya membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Namun, tindakan beliau itu telah dihalang oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Ini menyebabkan beliau gagal untuk berbuat demikian. Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Saiful Bukhari dipercayai telah cuba untuk membuat pengakuan benar tentang apa yang terjadi. Beliau dikatakan mahu membuat pendedahan bahawa beliau telah dipaksa oleh pihak-pihak tertentu.

Apakah yang akan terjadi kepada Saiful selepas ini. Beliau kini bukan lagi menjadi "mangsa liwat" tetapi sebaliknya adalah "mangsa paksaan fitnah" terhadap Anwar Ibrahim. Beliau tidak terdaya untuk melakukan apa-apa lagi kerena sudah terperangkap dengan konflik ini. Beliau gagal mengikut skrip yang telah ditetapkan kepadanya, lantaran itulah beliau tersilap membuat "akuan sumpah laknat" dengan mengatakan beliau dipaksa dan kejadian liwat hanya berlaku sekali sahaja. Walhal dalam kes perbicaraan mahkamah Anwar disabitkan dengan kesalahan liwat "suka sama suka" dan kejadian itu berulang-ulang lebih kurang lapan kali. Gara-gara tersilap skrip menyebabkan Saiful "panik" kini. Kes yang dihadapi oleh Anwar hari ini ternyata satu "fitnah" dan "pembohongan" bagi menghalang kemaraan mantan TPM itu ke Putrajaya. Saiful sebenarnya rasa "serba salah" dan mungkin agak kepanasan dengan sumpah laknat yang dibuatnya itu dulu. Lebih memeritkan apabila Majlis Fatwa secara jelas menyatakan bahawa akuan bersumpah hanya boleh dilakukan selepas kes perbicaraan selesai.

Maka, mengapakah ia dilakukan secara tergesa-gesa tanpa sebarang pandangan pihak agama yang berkaitan. Tambahan pula akuan bersumpah itu dibuat sehari menjelang hari pencalonan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Bukankah ini semua ada "keraguan" sebenarnya. Gara-gara akuan sumpah inilah menyebabkan Imam Ramlang Porigi jadi terkenal secara tiba-tiba. Namun selepas itu, Imam Ramlang membuat akuan sumpah bahawa beliau dipaksa menjadi Imam saksi akuan sumpah laknat Saiful. Kecoh seantero dunia, hingga menyebabkan undi Anwar meningkat secara mendadak gara-gara kes ini.

Siasatan telah dilakukan, menurut maklumat Saiful kini sedang dijaga keselamatannya oleh pihak tentera dan bukan lagi polis. Laporan menyebut beliau kini di sembunyikan di Kem Tentera Sg.Udang Melaka. Mengapakah beliau dijaga begitu rapi oleh pihak tentera. Apa kaitannya "tentera" dengan kes ini. Siapakah yang mengarahkan pihak tentera berbuat demikian. Difahamkan terdapat orang dalam kem tentera Sg.Udang yang begitu rapat dengan "pihak-pihak tertentu". Lantaran itulah mereka diamanahkan untuk menjaga keselamatan Saiful. Soalnya sekarang, mengapakah beliau dijaga begitu sekali. Dulu Azizan juga dikatakan diliwat oleh Anwar, tetapi tidak pula dijaga dengan rapi sebegitu rupa. Terdapat tanda tanya dalam kes ini. Masalahnya, sama ada keselamatan beliau dijaga atau menjaga keselamatan "pihak-pihak terbabit" dalam kes ini.

Atau mungkin juga, Saiful dijaga begitu rapi bagi mengelakkan beliau "membuat pengakuan dipaksa" oleh pihak-pihak terbabit dalam membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Tambahan pula kini Saiful dikatakan telah benar-benar "insaf" dan ingin kembali ke pangkal jalan. Apakah yang harus beliau lakukan kini?. Beliau sudah terjerat dalam kancah "hina" ini. Mungkinkah nyawanya kini juga jadi pertaruhan?. Kesihan benar kita melihat si Saiful jika perkara ini benar. Namun saiful tidak boleh berpatah balik ke belakang. Beliau kini terjerat antara "jangan pandang belakang" dengan "jangan main belakang". Sesuatu harus dilakukan untuk menyelamatkan Saiful yang sekali gus bakal menyelamatkan Anwar Ibrahim dari segala pertuduhan "palsu" ini.

Maklumat terkini juga ada menyebut bahawa bapa Saiful Bukhari, iaitu Azlan Mat Lazim khabarnya telah membuat satu "deal" untuk membeli hartanah yang bernilai jutaan ringgit di Janda Baik, Bentong Pahang. Difahamkan keluarga beliau juga khabarnya menginap di Kg. Janda Baik iaitu lokasi yang sama dengan tapak tanah dan banglo yang ingin dibeli itu. Pembelian masih dalam peringkat rundingan dan tiada sebarang pembayaran dibuat kepada pemilik tanah terbabit. Namun, dek kerana pemilik tanah "naik hairan" dengan rundingan pembelian berkenaan maka hal ini telah didedahkan kepada beberapa orang kampung dan yang rapat dengan beliau. Jika benar laporan ini, maka isunya sekarang "dari mana" bapa Saiful boleh mendapat duit yang banyak seperti itu?. Walhal beliau hanya pekerja kampung yang tidak semewah seperti yang dilihat hari ini. Apakah keluarga Saiful sudah berangan-angan untuk memiliki hartanah terbabit selepas segala kerja dilakukan oleh anaknya itu selesai.

Siapakh yang menawarkan ganjaran mewah ini? Dan ini bermakna, Saiful telah melaksanakan satu tugas besar yang membolehkan keluarganya kaya raya untuk tujuh keturunan. Maka itu siapakah yang berani membuat laporan polis atau kepada Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat dakwaan ini. Akaun Saiful serta keluarganya perlu disiasat sekarang?. Jika terdapat jumlah wang yang meragukan, maka sudah pasti ia ada kaitan dengan kes "liwat" yang dihadapi oleh Anwar ini. Marilah kita sama-sama berdoa, agar Anwar akan selamat dari segala malapetaka ini. Kita juga mengharapkan agar Saiful akan tampil jua dalam apa keadaan sekalipun untuk membongkar segala kekalutan yang berlaku dalam kes ini.

Tiada ulasan:

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T