Blog Pro BN - Walaupun mereka ini menyokong penuh parti yang mereka sokong namun blog pro BN terbahagi kepada beberapa puak....
1) Blog yang suka KJ aka Beruk - Apa pun yang berlaku KJ tetap hebat...siapa kutuk kj akan dilawan walaupun dari puak umno sendiri
2) Blog yang anti KJ aka Beruk - Apa pun yang berlaku KJ tetap dipersalahkan
3) Blog yang pro kepada Chedet...Dimana mereka akan mempertahankan chedet walaupun Menteri yang hentam
4) Blog yang cari salah pemimpin PR - Blog yang 80% cita pasal salah/silap/keburukan pemimpin/blogger dari puak PR dan selebihnya mengagungkan pemimpin tertentu
5) Blog anti Pemimpin - Blog yang sokong BN tapi tak suka seseorang cth blog yang anti zahid...blog yang anti KJ dll
Blog Pro PR - Sama juga terbahagi kepada beberapa puak
1) Blog yang cari salah pemimpin BN - Blog yang 80% cita pasal salah/silap/keburukan pemimpin/blogger dari puak BN dan selebihnya mengagungkan pemimpin tertentu
2) Blog yang anti Pemimpin - Disebabkan kejelekan seseorang mungkin dua atau tiga....pemimpin BN, blogger ini menyokong PR tapi tidak mengagungkan mana mana pemimpin dari PR
3) Blog yang pro dengan Dsai - Apa pun berlaku.... Dsai tetap betul
Blog Neutral - Kebanyakan blog neutral menghantam pemimpin BN bila sesuatu itu tidak menyebelahi/menyenangkan rakyat malah membebankan/menyusahkan...mahupun ketidak tulusan sesuatu jabatan dalam mengurus sesuatu permasalahan yang timbul termasuk PDRM/SPRM/Mahkamah dan juga menghantam pemimpin PR jika melakukan sesuatu pekara bodoh...dan tidak dinafikan pujian tetap diberi jika pemimpin dan kerajaan melakukan sesuatu faedah untuk rakyat..!! (tambahan dari tuan kulat lapok aka cendawan malaya)
Blog pemimpin BN - Kebanyakan hanya menceritakan apa yang dorang laksanakan/lakukan ataupun sumbangan dorang kepada masyarakat di dun @ parlimen mereka....dan cubaan membukti salah laku pemimpin PR....Kebanyakan pemimpin BN melayu yang mempunyai blog tetapi majoriti dari mereka lebih gemar berblog dalam bahasa English walaupun ada jua posting dalam bahasa Melayu dan blog mereka tidak di linkkan antara satu sama lain...walaupun ada tapi tidak semua cth blog KJ ada link dengan Dewa penyapu,Ali rustam,khaled nordin tapi dengan Pakjib,chedet,mukhriz,muhyiddin, takde walaupun pakjib PM dan presiden dia manakala dewa penyapu sendiri tak link pun dengan KJ...dan beliau ada membuat pautan dengan chedet dan pakjib...yang penting kebanyakan blog mereka tidak pernah menjawap setiap pertuduhan dari PR...jika ada pun kes kes bodoh dan terpencil sahaja
Blog Pemimpin PR - majoriti dari mereka terutama dari PKR setiap blog mereka akan ada posting mengenai altantuya dan bala....dan memang keutamaan la cerita tentang keburukan kerajaan..mereka juga menceritakan apa yang dorang laksanakan/lakukan ataupun sumbangan dorang kepada masyarakat di dun @ parlimen mereka dan majoriti mereka mempunyai link dengan dsai,tgna...mereka juga jarang membuat posting tentang tuduhan yang mereka hadapi....cth blog azmin takdo cito pasal tuduhan saham,blog dsai takdo cito pasal sebalik kes liwat...ado pun hanya tentang kes tuntutan beliau di mahkamah..
p/s ini cumo pandangan den je betul ka salah ka...den cuma cakap apa yang terlintas di kepala den bila membaca blog blog politik di malaysia
4 ulasan:
Betul, betul. Maknanya tidak ada satu pun yang betul-betul natural. Yang paling teruk ialah tidak menjawab tuduhan.
terima kasih tuan kerana sedikit sebanyak menyokong pandangan saya
Bro: Aku rasa kedudukan aku di bawah kategori mana ekk? Tapi aku punya biasalalah dah tentu kat kategori Neutral.. dua-duapun aku hantam juga. Yg pasti apapun pemimpin dan kerajaan mesti ada sessuatu faedah untuk rakyat..!!
alamak den lupo nak masukkan yang tu...
tq.... den updatekan
Catat Ulasan