SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

18 Disember 2009

BALA...BALA....BALA

Den ada masanya konfius dengan cita bala ni....dengan 2 akuan bersumpah dio...dengan cito kemano hilang dio lepas wat akuan sumpah ke2 tu.... dengan kaitan tokey kapet dan adik pakjib....

Tapi....apo yang den persoalkan ni....tidak kah den boleh cakap puak PR ni bengap dan tak bertanggungjawab ataupun pentingkan diri sendiri....cuba korang ingat balik maso memulo bala wat press statement pasal akuan sumpah....yang pertama....ado tak orang kuat PR...ado kan...

korang raso la...isu sensetif gilo yang melibatkan PM Malaysia..... yang boleh memporak perandakan kerajaan yang sedio ado.....takkan la lopas sidang akhbar tu dorang suruh bala balik umah sensorang?(ado la yang cabul mulut cakap dio dengan asp@inspektor(den lupo namo..) yang tengah digantung tugas....solan den balik orang PR ke?)tak ke dorang pikir keselamatan bala dan keluarga...sedangkan isu yang dorang bangkitkan mengenai kaitan pakjib dan bini dio dengan kes altantuya yang dibunuh menggunakan c4...satu pembunuhan yang paling sadis dalam Malaysia...

bayangkan dalam masa 1 hari bala boleh tukar statement....bijak kah pemimpin PR?...yang sebelum ni bising...kerajaan penipu.....media massa/mahkamah/sprm/polis apo saja jabatan semuanya dikatakan bawah telunjuk BN....tapi...kenapa sebelum suruh bala buat statement tu...korang tak pi sembunyikan dulu family bala.....dan lepas bala wat statement tu kenapa tak pasang bodyguard utk bala? korang tak pulak takut bala di c4 kan?......atau PR mengkambing hitamkan bala?...dimana PR mengharapkan bala di culik dan di bunuh.....untuk mengukuhkan tuduhan mereka terhadap pakjib?

Sekarang...bala bersedia berjumpo dengan sprm....yang korang bising kaitkan sprm dengan kematian mendiang Teoh Beng Hock ....den tak tau la apo perancangan bijak PR untuk menghadapi pekara selepas bala pi jumpo sprm...dan den tak sabar nak tengok episod akan datang filem politik Malaysia.....

p/s pepatah melayu....BN gaduh dengan PR....rakyat yang diperbodohkan
--> Read more...
--> Read more...

17 Disember 2009

KONVENSYEN PR? update

Orang Ramai Dinasihat Jangan Sertai Demonstrasi Haram

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai mana-mana demonstrasi haram yang dijangka diadakan di Petaling Jaya dan Shah Alam hujung minggu ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis telah menerima banyak maklumat mengenai terdapatnya pemimpin-pemimpin parti politik dan badan bukan kerajaan (NG0) tertentu yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan dan forum.
"Polis Selangor tidak akan memberikan sebarang permit ke atas penganjuran majlis tersebut. Saya menasihatkan parti-parti politik dan NGO supaya tidak meneruskan niat mereka untuk mengadakan demonstrasi dan forum berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat sama kerana polis sudah bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan haram seperti itu. - BERNAMA

 MSTAR

p/s kan den dah cakap...kompom roadblock menimbun punya nanti....korng tak cayo ..tgk la nanti.... tahniah buat pemain bola sukan sea Malaysia...yang mengalahkan vietnam dengan jaringan 1 - 0


nasihat den.....

pado pengguno jalan rayo...terutamo dari puak BN....baik korang duk umah dediam pada tarikh tersebut....sobab kompom jalan jem..... ponoh dongan roadblock....jadi jangan ganggu puak PR nak pi konvensyen...hik hik hik....kalau nak gak den x larang..tapi jangan la korang nak sumpah seranah..kalau dari shah alam nak ke gombak kek 4jam baru sampai

pado polis/jpj yang bakal buat roadblock.....tolong jangan lamo sangat tahan keto....kut kang dari somban nak ke kl pun dokek 7jam....yang kek bolah solatan dongan utaro tu...usah la beriyo sangat buat roadblock....(pado pembaco blah utaro dan selatan ....nnt kompom dongan den...betul x pado tarikh konvensyen nanti banyak roadblock)

pado pihak penganjur....pastikan lagu mari menjilat tidak lagi berkumandang.kerana pasti ia menimbulkan satu lagi cerita/alasan bodoh dari puak BN hik hik hik

pado peniago peniago....tolong jangan nipu sangat...jual air memang murah tapi..raso air paip melampau sangat.....kengkurang 80%air masak 20 % air paip...hik hik hik.....

pado suku sakat tuan labun kulupsakah...yang kompom akan menjual buku "Perak Darul Katun" tu pastikan anda membawa stok yang mencukupi supayo tak berebut orang nak boli.....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

SILAP TUHAN KE PAKJIB JADI PM?




Amacam ganas tak tajuk posting den?...kompom ramai nak tembak den bilo baco tajuk posting den....... hik hik hik tapi apo yan den nak cito kat sini.den nak korang lupokan kojap politik malaysia ni....lupokan kojap che det..lupokan kojap dsai......biarkanlah paklah lena.....simpankan lah c4 anda untuk pokjib kejap......sesungguhnya Allah yang memilih dari kalangan kita untuk menjadi pemimpin. Adakah Allah melakukan kesilapan?

dalam kito dok ikut peperangan antaro puak BN dan puak PR mahupun melibatkan diri..den terjumpo dengan penemuan yg mengejutkan dan menyedarkan den betapa dekat kita dengan peperangan besar..
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
mungkin ada yg kurang percaya dengan apa yg akn sy katakan,nmun ia berpandukan al-quran dan hadis.
Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
surah al-Hajj,ayat 47
jadi kiranya dihitung,
1 hari = 1000/1= 1000 tahun
1 hari =1000/12bulan=83.33 tahun
1 hari=1000/52 minggu= 19.23 tahun
kajian membuktikan,badan pertubuhan sulit dan rahsia mula ditubuhkan awal sekali di British pd sekitar 900thun lalu. Setelah 1000tahun, datanglah tahun 1900(berakhir 1 hari=1000tahun) badan-badan sulit yang didalangi oleh orang-orang yahudi ini mula berkembang ke United Stated pada 1917 sehingga 2000 iaitu bersamaan 83.33 tahun (sempurna 1 hari=sebulan) dan pada tahun 2000 ini bermulanya era pemerintahan Goerge Bush,di mana dia mula msuk opis. setahun slpas pmrintahan nya,terjadi tragedi 9/11. pada hari inilah,pusat perancangan perang dunia mula tertumpu ke Israel
menurut perkiraan,1hri=1 mgu ini akan berakhir pada TAHUN 2020 (selesai 1hri=1mgu) dan selebihnya sebanyak 37 hari seperti hari kita di mana pada hari tersebut Dajjal memimpin 70ribu tentera yahudi dan berperang dengan nabi Isa.
jadi bilakah pemerintahan Imam Mahadi??
fikirkan ini..
mengikut sabda nabi muhammad s.a.w yg bermaksud,” imam mahdi akan memerintah selama 7 tahun” ada juga yang mengatakan hadis ini menyebut 9 tahun..dalam hadis yang lain ada menyebut “pd 15 ramadan,malam jumaat,akan terdengar suara(letupan) yg akan mengejutkan sesiapa yg sedang tidur,yg akan membingitkan yg sedang sedar,dan wanita yang mulia akan keluar dari pengasingannya. Hari itu akan terjadi terlalu banyak gempa bumi. Dengan itu akan terjadi tiga tanah runtuh. Satu di timur, satu di barat dan satu lagi Panisula Arab. Bumi akan menelan segala yang di atasnya sebagai kesan tersebut,ramai manusia yg akn mati.”
(ruj hadis:bukhari dan muslim)
Ini sekadar pengiraan rambang,bukan tilikan atau suatu yg harus dipegang teguh..
kebangkitan mahdi itu sendiri kalau mengikut hadis adalah sebelum kebangkitan dajal.
(bangkit bermakna sudah bangun,di tahap kegemilangan mereka) 2020-7=2013

pd thun 2012 dijangkakan planet-X merempuh bumi dan menyebabkan berlaku banyak tanah runtuh. kita ambil mudah perkara ini,tetapi mengapa negara kuat Dajjal sudah mulah bersedia menghadapi Planet X dengan menyiapkan ribuan terowong sulit? Sesungguhnya Allah tidak buta.jadi adakah planet X merupakan letupan yang disebut dalam hadis dan 2013 bermula pemerintahan imam mahadi yg sewaktu bangkitnya dia dikatakan dunia dalam keadaan huru hara?

wallahualam..
--> Read more...
--> Read more...

16 Disember 2009

KERETA KELUARAN TERBARU PROTON?








Apabila proton menjangkakan mpv nya tidak mampu menandingi mpv terbaru perodua..maka keluarlah produk tebaru proton yang dijangkakan diberi nama proton mengkuang...

Harga di jangkakan hanya dalam rm222.00 termasuk roadtax dan insuran....hik hik hik

pada yng berminat boleh buat booking selepas den jadi ceo proton hik hik hik

p/s pado staff proton jangan marah dongan lawak sposen den...hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

Projek RED-DEAD -pelan irael2020

Projek RED-DEAD adalah salah satu intipati utama di dalam pelan israel2020 yang mula dilancarkan pada 1990 ketika zaman pemerintahan Yitzak Shamir dari parti Likud. Projek supermega ini mendapat tentangan hebat dari negara-negara jiran sekeliling Israel terutamanya Jordan dan Mesir. Ini disebabkan projek tersebut memerlukan Israel menceroboh sebahagian tanah negara-negara berkenaan.
Latar Belakang Projek
Projek RED-DEAD adalah projek mega untuk membina terusan bagi menghubungkan antara Laut Merah (Red Sea) dengan Laut Mati (Dead Sea). Tujuan pembinaan terusan ini ialah untuk memasukkan air dari Laut Merah ke dalam kawasan Laut Mati yang semakin mengering. Pembinaan terusan ini dijangka angka menyelamatkan negara Israel dari pelbagai faktor sama ada ekonomi, politik atau maruah.
Kertas kerja rasmi projek ini bernama The Red Sea-Dead Sea Canal (RSDC). Ia mula dibentangkan pada pertengahan 1990 oleh kerajaan Israel kepada kerajaan Jordan. Tujuan dibentangkan RED-DEAD kepada kerajaan Jordan ialah proses pembinaannya akan melalui kawasan-kawasan negara Jordan terutamanya penempatan-penempatan penduduk yang berhampiran Laut Merah. (Lihat gambar di bawah)
reddead_canal_route
(Gambar) Laluan terusan Projek RED-DEAD
Pembentangan kertas kerja kepada Jordan tidak lain semata-mata untuk memujuk Raja Jordan menyertai dan merestui dalam diam projek mega tersebut. Di dalam perancangan tersebut, Israel menyatakan ia bagi menampung air keperluan seharian penduduk Jordan.
Konspirasi Jordan-Israel
Amat mengejutkan semua pihak, pada Mei 2009, kerajaan Jordan telah mengumumkan akan menjalankan idea RED-DEAD itu berseorangan tanpa Israel. Idea gila Jordan ini menelan belanja USD10 billion dan dijangka akan mengambil masa 20 tahun untuk siap. Ini menunjukkan semua kos projek akan ditanggung sepenuhnya oleh Jordan.
Pada pandangan kami, jawatankuasa yang dibentuk kerajaan Jordan untuk mengurus projek RED-DEAD ini kemungkinan ada dianggotai oleh tali barut – tali barut Israel.
Hujah kami ini berdasarkan 3 perkara yang berlaku berkaitan isu RED-DEAD dalam tahun 2009 ini, iaitu;
  1. Perbincangan antara Menteri Pembangunan Israel, Sylvan Shalom dengan Predisen Bank Dunia pada 25 Jun 2009 untuk meminta bantuan kewangan tidak mencapai kata putus. Bank Dunia hanya menyatakan masih meneruskan penelitian terhadap kertas kerja RED-DEAD.
  2. Empat hari selepas itu, pada 29 Jun 2009, akhbar Israel iaitu Jerusalem Post melaporkan kerajaan Jordan telah mendapat kelulusan peringkat pertama USD 1.25 billion untuk projek RED-DEAD dan Jordan didapati cuba menyembunyikan kelulusan ini dari negara lain.
  3. Kemudian dengan tidak semena-mena pada 31 Julai 2009 lepas, kerajaan Palestin pimpinan Mahmood Abbas mengumumkan menyokong penuh rancangan projek RED-DEAD yang bakal dilaksanakan Jordan padahal terusan tersebut langsung tidak menguntungkan penduduk Palestin.
Laut Mati Semakin Kering
Dengan terbinanya terusan RED-DEAD, Israel mengharapkan paras air Laut Mati akan kembali normal dan ditambahkan atau setidak-tidaknya ia kekal tidak kering. Menurut fakta geografi, Laut Mati mempunyai paras dasar antara terendah dalam dunia dari aras laut. Ia juga mempunyai kadar kandungan garam yang amat tinggi antara laut-laut lain.
size_deadsea
Laman web Sciendaily melaporkan pada 5 Mac 2009 lalu, aras air laut Mati semakin menurun dan teramat kritikal. Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Darmstadt, Jerman, aras air Laut Mati dalam tempoh 30 tahun terdekat telah hilang sebanyak 14km3.
Antara faktor kekeringan Laut Mati ialah banjir yang pernah berlaku di Israel akibat hujan lebat. Walaupun banjir teruk di Israel hanya pada 1980, tetapi bencana tersebut sudah cukup untuk menyebabkan kadar garam Laut Mati berkurang sebanyak 5 peratus.
Bukan itu sahaja, bala banjir dari Allah itu juga telah menyebabkan warna Laut Mati telah bertukar daripada biru gelap kepada warna Merah.
Misteri disebalik Projek RED-DEAD
Apa yang mencurigakan dan misteri di sebalik projek RED-DEAD ialah sebelum kertas kerja pertama RED-DEAD dibentangkan pada 1990, cadangan pertama telah pun dikemukakan oleh William Allen pada 1855. Ini bermakna, projek RED-DEAD lebih dahulu direncanakan sebelum tertubuhnya pertubuhan Zionis Antarabangsa pada 1897.
Ketua Saintis Kementerian Pembangunan Infrasturktur Israel, Dr. Michael Beyt menulis dalam kertas kerjanya bahawa Dr. Theoder Herzl (pengasas Zionis) pernah mengimpikan untuk membuat empangan hidroelektrik untuk negara Israel melalui terusan ini.
Jika sekiranya rancangan pembinaan projek RED-DEAD lebih awal 50 tahun dari idea penubuhan negara Israel, yang manakah antara kedua-dua berikut keutamaan Dajjal dalam perencanaannya menguasai dunia?
Dapatkah kita bayangkan, usia rancangan membina RED-DEAD sudah mencapai 154 tahun tetapi baru akan bermula pada 2014. Sedangkan ia dirancang pada 1855 lagi. Manakala negara Israel pula hanya dicadangkan oleh Herzl pada 1897 dan telah pun tertubuh pada 1942.
Secara logiknya menubuhkan sebuah negara lebih sukar dari membina terusan kerana terpaksa berperang dan mengorbankan banyak nyawa berbanding membina terusan.
Yahudi mengambil masa hanya 51 tahun untuk menubuhkan negara Israel dari tarikh cadangan sedangkan untuk membina RED-DEAD terpaksa mengambil masa 154 tahun dari tahun cadangan.
Jadi, manakah lebih utama untuk Dajjal? Negara Israel atau RED-DEAD? Atau kemungkinan READ-DEAD adalah satu agenda rahsia yang sengaja disembunyikan oleh ahli-ahli sejarah Harvard dan Oxford bagi melindungi sesuatu dari pengetahuan umat Islam.
Wallahu’alam ….


p/s den cilok lagi dari ibnu yaacob..harap tiado pertikaian hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

15 Disember 2009

KEBETULAN YANG DIRAGUI

Den cukup kompius bilo dapat tau yang....

Che det - wawasan2020 = Israel2020

Pakjib - 1Malaysia = 1israel - Yahudi

Den ado terbaco kek blog yang memang seronok den baco... IBNU YAACOB

Jadi post ni 100% den cilok dari blog dio...mintak dihalalkan hik hik hik


WAWASAN2020 = ISRAEL2020
Tiada perkara yang paling mengecewakan apabila mengetahui bahawa dasar yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia kelihatan hampir sama dengan dasar yang dibentuk oleh Israel khususnya dalam kaedah meningkatkan kemajuan negara.

Artikel ini merujuk kepada dasar yang dibentuk kerajaan Israel pada 1990-an dahulu iaitu Israel 2020 dan melihat bagaimanakah ia boleh sama pula dengan dasar Wawasan 2020. Adakah ia secara kebetulan?
Wawasan 2020
Dasar ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan berdaya saing.
Dasar ini mempunyai rangka strategi yang kukuh dan amat kehadapan dalam perancangannya. Wawasan 2020 yang kita sentiasa sebut itu diperkenalkan melalui satu teks ucapan Tun Mahathir Mohamed yang bertajuk “Malaysia: The Way Forward”.
Ucapan pertama Wawasan 2020 ini telah didengarkan pada Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.
Tun Mahathir memulakan ucapannya memperkenalkan wawasan 2020 dengan berkata …
“Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepada tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah masa depan negara kita dan bagaimana kita patut berusaha mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi Negara Perindustrian.”
Latar Belakang Israel 2020
Israel 2020 adalah suatu “master plan” yang telah pun dirangka sejak tahun 1948 oleh beberapa orang ahli politik dan ekonomi Israel. Namun begitu, perancangan yang rapi dan teratur hanya dilancarkan secara rasmi pada 1990 di mana 180 profesional telah terlibat dalam “master plan” tersebut.
Plan dasar “Israel 2020″ yang dirancang pada 1948-1951 diketuai oleh seorang jurutera bernama Arieh Sharon yang ketika itu populasi Israel hanya sekitar 800,000 orang. Pada 1990, mastermind bagi dasar “Israel 2020″ telah diganti dengan Prof. Adam Mazor yang bergerak bersama 150 orang profesional dari pelbagai latar belakang.
Kertas kerja pertama “Israel 2020″ yang disiapkan oleh Prof. Adam Mazor telah dihantar kepada 13 agensi dan jabatan kerajaan;
  1. Pejabat Perdana Menteri
  2. Kementerian Dalaman
  3. Kementerian Perumahan & Pembinaan
  4. Kementerian Pertahanan
  5. Kementerian Kewangan
  6. Kementerian Pertanian
  7. Kementerian Pendidikan
  8. Kementerian Persekitaran
  9. Kementerian Pengangkutan
  10. Kementerian Tenaga dan Infrastruktur
  11. Agensi-agensi pertubuhan Yahudi
  12. Suruhanjaya Air Israel
  13. Penguasa Tanah Israel
Kesemua kementerian dan agensi-agensi di atas telah menerima kertas kerja “Israel 2020″ untuk dilaksanakan. Ianya amat berbeza sekali dengan Malaysia, kertas kerja adalah dari Perdana Menteri Tun Mahathir, namun bagi negara Israel, institut penyelidikan bukan kerajaan kelihatan amat berperanan dalam menentukan dasar kerajaan Israel.
Matlamat Akhir Israel 2020
Berdasarkan penelitian kami, matlamat akhir Israel 2020 lebih bertumpu kepada penstrukturan semula masyarakat Yahudi melalui perpindahan ke penempatan-penempatan baru yang dirancang. Walaupun dalam kertas kerjanya lebih memberatkan ke arah pembangunan ekonomi Israel tetapi laporan akhir dari wartawan Arik Mirovisky menunjukkan matlamat mereka adalah sebaliknya.
Pada 12 Jun 2009, akbar Haaretz melaporkan target master plan yang dibina pada 1990 iaitu Israel 2020 masih tidak mencapai objektif. Hanya sebahagian fasa sahaja yang dapat disiapkan. Menurut laporan itu lagi, lanjutan tempoh kepada tahun 2050 seperti yang dicadangkan tahun 1990 pada kertas kerja yang sama harus diteliti semula.
Fakta konspirasi antara Israel 2020 dan Wawasan 2020
Untuk mengandaikan Wawasan 2020 sebagai dasar yang bersangkutan dengan dasar Israel 2020 adalah agak sukar kerana terdapat beberapa kekurangan fakta-fakta intuitif. Fakta intuitif adalah fakta-fakta yang bergerak di antara tingkah laku kepimpinan kerajaan Malaysia dan Israel di dalam lingkungan era 1985 hingga 1992.
Kekurangan fakta ini menyukarkan untuk membina teori khusus berkaitan konspirasi Wawasan 2020. Kemampuan yang ada hanyalah untuk membentuk teori-teori rambang yang belum tentu mempunyai keesahan (realibility) dalam ‘jangkaan’.
Setelah meneliti dan memahami serba sedikit tentang objektif bagi kedua-dua dasar, sekarang perlu bagi kita melihat apakah fakta-fakta yang relevan yang boleh dikeluarkan dari kedua-dua dasar bagi membuat suatu teori konspirasi.
#Fakta 1 : Angka 2020 yang digunakan Tun Mahathir Mohamed.
Persoalan kebetulan tidak boleh ditimbulkan di sini, Tun Mahathir bebas memilih angka lain dan terdapat berbilion-bilion kombinasi angka yang boleh digunakan. Oleh itu, mengapa Tun Mahathir memilih angka 2020 amatlah mencurigkan walaupun tiada bukti untuk mengatakan beliau telah berunding atau diarah atau digertak atau apa-apa sahaja.
Namun begitu, persoalan angka 2020 yang dipilih bertepatan dengan Israel 2020 teramat merungsingkan. Kami menyerahkan kebijaksanaan para pembaca untuk membuat konklusi, penyelidikan atau apa sahaja yang dirasakan perlu bagi merungkai “mengapa 2020?”
#Fakta 2 : Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020
Sesuatu yang mencurigakan ialah Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020 diperkenalkan. Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991 manakala Israel 2020 dilancarkan pada 1990. Walaupun tiada tanda-tanda orang Israel datang ke Malaysia untuk mendesak Tun Mahathir tetapi selang masa tahun itu sudah memadai untuk menimbulkan kecurigaan.
Selain Malaysia, negara-negara lain yang disyaki meniru Israel 2020 ialah Indonesia iaitu dengan memakai visi Indonesia Emas 2020. IE2020 dikatakan mampu membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Indonesia menjelang 2020.
#Fakta 3 : Pertemuan sulit Tun Mahathir dan Yitzak Rabin
Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya sendiri dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur
Walaupun pertemuan ini disahkan Tun Mahathir sendiri tetapi ia masih kabur dalam mencari keberkaitan konspirasi Wawasan ini.
#Fakta 4 : Perbincangan sulit Tun Mahathir dan Dr. Henry Kissenger
Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Allahyarham Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.
Walaupun fakta-fakta di atas kelihatan kukuh tetapi masih ada ruang-ruang lingkup yang tidak menguatkan fakta tersebut untuk dikaitkan dengan konspirasi Wawasan 2020.
Lanjutan Tempoh Wawasan 2020 Yang Mencurigakan
Sekarang terdapat ura-ura bahawa wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Jika tahun 2050 dipilih dan diisytihar sekali lagi sebagai pengganti Wawasan 2020, maka sahlah, dasar Wawasan 2020 meniru dasar Israel 2020.
Ini kerana, pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu;
“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”
Sebagai penyelidik konspirasi, kami lebih cenderung untuk mengatakan dasar Wawasan 2020 adalah meniru dasar Israel 2020 kerana angka 2050 telah pun disebut pada tahun 2 Ogos 1991 di dalam sidang Dewan Negara. Apakah ia satu kebetulan?
Angka 2050 telah pun disebut oleh Tuan Adam Bin Kadir (yang ketika itu mempengerusikan Dewan Negara).
Ketika itu, Tuan Adam bin Kadir memperbetulkan ayat Puan Ainon binti Ariffin;
Pn Ainon binti Ariffin : “Saya rasa dalam perkara ini, Tuan Yang Dipertua, ada sedikit silap faham dariapda rakyat kita ini. Apabila dulu Perdana Menteri (Mahathir Mohamed) mengisytiharkan kita inginkan 70 juta dalam masa tahun 2000 kalau saya tidak salah …..”
Tuan Adam Bin Kadir : “…70 juta. Saya rasa tahun 2050″ (Tuan Adam mencelah ucapan Pn Ainon)
Kesimpulan
Walaupun terdapat fakta-fakta yang kelihatan amat kukuh untuk mengaitkan Wawasan 2020 dan Israel 2020, namun beberapa kajian mendalam harus lagi dilakukan untuk mengesahkan konspirasi Wawasan 2020 ini.
Kita juga mungkin agak sukar melihat secara mendalam segala perancangan Yahudi Zionis terhadap seluruh negara Islam. Namun berdasarkan fakta yang hanya ’secebis’ ini, diharap dapat membantu peminat-peminat dunia konspirasi membuat kajian yang lebih menyeluruh.
Tiada siapa yang boleh mengatakan konspirasi Wawasan 2020 ini tepat kerana ia mengikut penilaian individu dan gaya interpretasi fakta masing-masing dalam membenarkan sesuatu perkara.
Sebagai rakyat Malaysia, kami berharap dasar Wawasan 2020 bukanlah dasar yang diadaptasi dari dasar Israel 2020 walaupun ianya kelihatan mencurigakan. Jika benarlah ia suatu dasar konspirasi atau dasar yang ditiru dari Israel, maka amatlah mendukacita lagi mengecewakan.
----------------------------------------------------------------------------------------------

FAKTA -
Namun, dalam Visi 2020 Malaysia, ia mempunyai maksud yang berlainan. Ramai yang tidak tahu dan tidak perasan.
Tun Dr. M merupakan seorang doktor perubatan. Penggunaan angka 2020 merujuk kepada nilai (value) bagi mata yang sihat iatu ‘20′ di bahagian kiri dan ‘20′ di bahagian kanan. Vision 2020 jelas membawa maksud literal ‘Pengelihatan 20, 20′ iatu pengelihatan yang sihat.
Diungkapkan maksud pengelihatan 2020 ini sebagai tahap kemajuan negara Malaysia dari semua segi (politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya), BUKAN tahun 2020.
Majoriti rakyat Malaysia beranggapan Wawasan 2020 merujuk kepada tahun. Tetapi sebenarnya ia mempunyai maksud yang tersembunyi.
Oleh itu, Wawasan 2020 juga boleh dianjak waktunya kepada tahun yang lain.
---------------------------------------------------------------------------------------------
1MALAYSIA = 1ISRAEL



Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.
Konsep One Israel 1980
Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.
Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.
Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.
Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.
Kesimpulan
Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca.
Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan.
Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!


p/s walaupun den raso wawasan2020 dan 1malaysia takdo la sampai merosakkan akidah kito.....tapi yang den nak tau sangat kenapo kebetulan ni di bangkitkan seperti kebetulan pakjib dikaitkan dengan altantuya dan dsai dikaitkan dengan epol bokari
--> Read more...
--> Read more...

BILA DAP BUAT... BIADAP...TAPI BILA DEPA BUAT TAKPE KA?


--> Read more...
--> Read more...

14 Disember 2009

GAMBAR DSAI DN EPOL BERDUA - DUAAN?....

Setelah puas den mencari bukti kesahihan cerita epol bokari diliwat....den jumpo sekeping gambaq yang mungkin boleh menguatkan fakta kesahihan cerita epol.....dari gambaq ni memang terselah betapa setianya pembantu peribadi bos ni....hik hik hik apa kah epol sama seperti ini?.... Apakah ini antara punca mengapa epol diliwat?....(kalau betul la kena liwat) hik hik hik

--> Read more...
--> Read more...

BIG MAMA DAN C4?

Dulu maso memulo riuh dsai dan rajo petra cakap big mama ado maso altantuya di c4 kan ..siap cakap ado bukti kukuh...dan juga bukti bergambar laie (tapi sampai la ni jangan kata bukti kukuh bukti gambaq tu takdo dikeluarkan... dah dokek 4tahun...apo kah ia sama dengan isu kotak ezam?)...ramai yang tercengang..yang percayo terus percayo...yang was was.....tunggu bukti....yang tak cayo.... cari bukti yang dorang tipu.....hinggalah keluar gambo ni...menyatakan big mama ado dongan anak anak yatim berbuko puasa dan menyampai sumbangan rayo lopeh terawih




yang cubo membukti kan dsai menipu dan sekali gus menyatokan rosmah tak terlibat langsung..dan juga sekali guss telah menclearkan namo pakjib.....maka bertepuk tanganlah puak puak yang menyokong depa ni.....

tapi soalan den....pukul berapo maso sebenar altantuya di c4 kan?9mlm? 12 tgh malam? 2pagi?4pagi?....

dan pukul brapo majlis tu abih?...pukul 2pagi? 12tgh malam ...10mlm?....4pagi.?.....

apokah ado kemungkinan lopeh abih majlis tu big mama terus ke lokasi altantuya di c4 kan?

sapo leh jawap?

Yang pasti yang diperbodohkan adalah rakyat...1Malaysia kena tipu dengan politik

p/s antaro mona fendi dgn pembunuh altantuya sapo lagi ganaz/kejam?
--> Read more...
--> Read more...

13 Disember 2009

MALU DEN.....

Nak cito sikit....ado sekali tu...den sibuk la menyapu kek sebuah spital yang agak famous kek perak....kek tanjung rambutan.....tongah nyapu tu nampak la den sorang nenek dalam lingkungan 70an duk baco majalah mango....

Den pun sajo la nak ajak berburak...den tanyo kek makcik tu sapo artis kegemaran dio....pastu dio jawap irwan shah......ummmakkkk aii,,,den cakap..kagum den ..makcik umuq kek 70 lobih konal irwan shah penyanyi indon....(sah den budget dio minat lagu ku tunggu janda mu...hik hik hik.....)

Sekai di maki ehh den...ini la orang malaysia...1malaysia konon....aku cito pasal dj.dave.... ekou melalut sampai ke indon ...mano den konal....irwan shah tu namo betul dj.dave...sambung makcik tu lagi...

Den tegamam.....makin terselah kebutaan seni den....hik hik hik....terpikir kek den berapo ramai la artis malaysia ni yang den tau namo betullll...termasuk la korang...jadi den merajinkan diri cari namo betu artis malaysia....antaronya......

Aida Rahim – Khalidah Adibah Ahmad
Awie – Ahmad Azhar Othman
Amy – Suhaimi Abdul Rahman
Amelina – Norazlina Amir
Abot – Norimah Muhammad
Ajai – Mohd Faizal Maas
Alfira – Zarinah Ahmad
Ameng – Wan Aminuddin
Adilla Idris – Fadzilah Rahman Idris
Anna – Zanariah Ishak
Accapan – Samynathan
Ah Chong – Mohd Fauzi Manat
Arash Mohamad – Azman Shah Ramlee
A Galak – Zakaria Musa
Awang BPR – Norzaini Mohamad
Azida NS – Ainol Jamal
Aris Ariwatan – Haris Fadzillah Daud
Baby Arin – Lily Zarina
Cico – Eezaq Farrouq Harahap
Connie – Norlida Ahmad
D J Dave – Irwan Shah
Didie Alias – Fadzila Ali
Eisya – Khairul Bariah
Erma Fatima – Sayang Nor Fatimah Rahmat
Ella – Nor Zila Aminuddin
Eman Manan – Abdul Manan Embong
Farra – Farihah Arshad
Gee – Haizatul Rodzie
Gee – Fauziah Latif
Hattan – Mohd Syukri Sharuddin
Imuda – Abdul Rahim Muda
Ilyka – Zuraila Mohd Yassin
Jojie – Rozita Aminuddin
Jay Jay – Mohd Fauzi Darus
Joe Wings – Abdul Zamin Kadir
Jojet – Rodzane Mohamed
Korie – Azahari Aminuddin
Loloq – Rosli Khamis
LY – Rozman Shafie
Lydiawati – Salina Zaimon
Mamat Exist – Mohd Ali Kamarudin
Man Keedal – Rahman Mahmud
Man Bai – Abdul Rahman Osman
Nanu – Sarabanu Baharudin
Nurbisa – Rosli Khamis
N D Lala – Amir Hamzah
Nash – Nasaruddin Alias
Noryn – Norazmahwati Aziz
Os – Yusof Hamid
Ogy – Fauziah Ahmad Daud
Rohana Jalil – Dara Abdul Jalil
Rina Khan – Sharifah Bibi Sarina
Razis Ismail – Mohd Ghazali
Rem – Ramzani
Sheila Majid – Shahila Abdul Majid
Sidi Oraza – Syed Osman Rastam
Sheqal – Shahrim Salleh
Shikin – Aishah Dahalan
To’Ki – Mohd Zaki Mansor
Tantiana – Fatimah Hamzah
Wohnen – Shuhaida Shamsudin
Ziana Zain – Siti Roziana Zain


kot ado sesapo nak tambah silokan....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

12 Disember 2009

KONVENSYEN PR?

nasihat den.....

pado pengguno jalan rayo...terutamo dari puak BN....baik korang duk umah dediam pada tarikh tersebut....sobab kompom jalan jem..... ponoh dongan roadblock....jadi jangan ganggu puak PR nak pi konvensyen...hik hik hik....kalau nak gak den x larang..tapi jangan la korang nak sumpah seranah..kalau dari shah alam nak ke gombak kek 4jam baru sampai

pado polis/jpj yang bakal buat roadblock.....tolong jangan lamo sangat tahan keto....kut kang dari somban nak ke kl pun dokek 7jam....yang kek bolah solatan dongan utaro tu...usah la beriyo sangat buat roadblock....(pado pembaco blah utaro dan selatan ....nnt kompom dongan den...betul x pado tarikh konvensyen nanti banyak roadblock)

pado pihak penganjur....pastikan lagu mari menjilat tidak lagi berkumandang.kerana pasti ia menimbulkan satu lagi cerita/alasan bodoh dari puak BN hik hik hik

pado peniago peniago....tolong jangan nipu sangat...jual air memang murah tapi..raso air paip melampau sangat.....kengkurang 80%air masak 20 % air paip...hik hik hik.....

pado suku sakat tuan labun kulupsakah...yang kompom akan menjual buku "Perak Darul Katun" tu pastikan anda membawa stok yang mencukupi supayo tak berebut orang nak boli.....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T