SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

24 Februari 2009

MENTERI KANAN MALAYSIA PAK LAH YEW

Abdullah dicadang diberi jawatan Menteri Kanan

MSTAR

Ia di cadangkan oleh Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) atas alasan jasa Abdullah yang terlalu besar kepada rakyat, negara dan Parlimen sepanjang menjadi pemimpin negara hingga kini.....hik hik hik besar kah jasa pak lah kalau dibandingkan dengan PERDANA MENTERI Malaysia sebelum ini?..... apo kah BN yang sebelum ini tidak ponah sesekalipun dalam pilihanrayo monang kurang dari 2/3 majoriti tapi dibawah kuasa pak lah rekod itu berjaya dipecahkan di anggap sebagai jasa? Apokah dengan apo yang berlaku kek Perak,Selangor,Kedah dan Penang merupokan jasa pak lah?

Kalau poning mana nak kasi pak lah duduk kek dalam dewan tu...bagi den bukan ado masalah....apo lah salahnyo kasi duduk kek sebelah REMBAU dari Kinabatangan yang dijadikan sebagai contoh...hik hik hik atau idea yang menarik....dah lopas jawatan PM tu apo kato lopaskan sekali jawatan Ahli Parlimen tu? hik hik hik...kito dah ado 2prk yang kompom kat bukit...apo salahnyo lotak satu kepalo...kan pak lah MP kepala batas......hik hik hik

erk satu soalan.....BERUK tak terlibat ke dalam idea ni? hik hik hik

p/s "proses peralihan kuasa ini bukanlah satu proses menikam dari belakang tetapi ia satu sistem hebat yang dilakukan untuk menjamin keamanan dan mengelakkan sebarang kekecohan berlaku." kato Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat)..... apokah bulih den maksudkan dari ayat ini...keamanan tidak terjamin semasa paklah memegang jawatan PM?..... dan apokah akan berlaku kekecohan jiko paklah masih mengekalkan tampok pemerintahan? apokah makna sebenar disebalik mengelakkan sebarang kekecohan berlaku?
--> Read more...
--> Read more...

DARI CHEGU BARD 2

Perkembangan dunia politik Malaysia terbahagi dua. Dalam satu masa bergerak menjadi Justify Fullmatang dan positif dan dalam masa yang sama ia bergerak makin kebelakang dan negatif.

Dalam bab kesedaran rakyat dan ruang mungkin sedikit berkembang. Namun dalam sisi yang lain ia mengecil.

Sememangnya menjadi 'perangai' kita suka akan isu sensasi.

Kita selalu tepesong dalam isu sensasi. Saya pernah menulis bagaimana isu sensasi menutup isu sebenar yang harus dibincangkan rakyat. sila klik sini dalam pendedahan isu seorang ahli parlimen BN yang juga bekas Menteri kanan dilaporkan memegang punggung seorang pelayan. Maka isu yang dibincangkan ialah isu pegang punggung. Itu sebenarnya bukan isunya.

Isu yang seharus dibincangkan ialah bagaimana seorang ahli parlimen menghabiskan masa doi sebuah kelab 'menghisap curut' yang amat mewah. Kemudian bagaimana media memainkan peranan tidak mendedahkan nama ahli parlimen tersebut sehingga ke sudah. Dan selepas itu kita lihat 'wayang' PDRM yang boleh tunggu ahli parlimen tersebut yang lari ke luar negara selepas kejadian kemudian pulang dan ambil masa baru beri keterangan dan kemudian kes di tutup. Bayangkan kalau seorang lebai 'kangkung' menepuk punggung janda yang menjual nasi lemak di warung kecil. Nasib lebai 'kangkung' itu akan lebih parah dari bekas menteri itu.

Dalam isu Chua Soi Lek contohnya cheGuBard konsisten dari awal menyatakan ia satu pencerobohan ruang peribadi beliau. Yang harus di siasat dan dibincangkan oleh rakyat bukan betapa 'power'nya Soi Lek dalam rakaman tersebut tetapi sepatutnya ialah begitulah hebat dan seriusnya pertempuran dalaman sebuah parti (Mca) gabungan Bn. Soi Lek ketika itu cuba dibunuh karier politiknya kerana agak kritikal dalam beberapa isu. Yang harus di siasat ialah bagaimana ruang privasi seperti itu boleh diceroboh. Kedua apa kaitanya dengan pendedahan demi pendedahan mengenai betapa Mca sedang bergelumang dengan 'geng' kongsi gelap. Seterusnya perlu dibincangkan juga jika 'seks' tersebut adakah benar ada kaitan dengan rasuah untuk mendapatkan tender seperti yang didedahkan pada ketika itu juga. Namun oleh kerana tahap terlalu sukakan sensasi cerita 'keseronokan' menonton video itu melebihi isu yang lebih penting kepada rakyat.

Dalam isu Altantuya juga minat rakyat terhadap sensasi telah menenggelamkan isu besar yang harus dibincangkan. Cuba kita fikirkan bapa Altantuya berkali kali menegaskan anaknya bukan Islam, nama Amina' itu nama timangan dalam bahasa Monggolia. Anaknya bukan model, anaknya terlibat dalam dunia perniagaan 'trading' termasuk dalam menjadi orang tengah dalam banyak jual beli peralatan pertahanan. Altantuya juga menurut bapanya mempunyai pejabat di kawasan tiga segi emas.

Tidak menolak kemungkinan wujud hubungan istimewa antara Altantuya dengan Najib atau Razak Baginda atau kedua duanya sekali. Namun media dengan bantuan aparat kerajaan dengan sengaja menghalakan perbincangan ke arah sensasi seperti Altantuya kemungkinan Islam kerana punya nama lain iaitu Amina' maka orang akan bincangkan Altantuya bini kedua siapa, kerana kebanyakan kepala orang Malaysia masuk Islam adalah untuk kahwin dengan orang Islam. Kedua kononya Altantuya adalah model, maka cerita sembang rakyat ialah siapa yang simpan Altantuya kerana pada kepala majoriti kalau model senang nak dibuat gundik. Serta didedahkan mengenai kewujudan anak Altantuya, sehingga di hantar pegawai penyiasat ke Monggolia untuk ambil DNA sahkan anak siapa, apa keperluan nak tahu bapa anak dalam kes tersebut ?

Minat hanya melihat isu sensasi ini diparahkan dengan penampilan ceramah pembangkang yang memberi komen isu altantuya dengan sensasi menghala ke soal seks sahaja.

Persoalan yang harus dibangkitkan ialah kenapa Altantuya masuk ke Malaysia ? Bagaimana namanya hilang dalam senarai Imegresen...adakah Altantuya masuk melalui pintu VVIP yang tidak memerlukan pasportnya di cop atau terpaksa dipadamkan rekod kerana dia masuk dengan seseorang dikenali...? Altantuya punya pejabat di kawasan 'termahal' di Hong Kong dan terlibat dalam urusan jual beli peralatan pertahanan maka tidak masuk akan untuk beberapa juta ringgit dia datang mengugut ?

Sudah tentu Altantuya membawa dokumen ugutan yang lebih besar seperti kemungkinan wujud dokumen jual beli senjata yang melibatkan komisen yang amat tinggi bahagianya tidak terbahagi secara adil.... jika tidak apa yang membuat Altantuya dibunuh dalam keadaan tergesa - gesa dengan kejam..... Jika hanya urusan ugutan biasa sudah tentu perancangan teliti boleh dibuat...atau pembunuhan akan dibuat diluar negara....lebih selamat.

Bukan tidak biasa pemimpin dikaitkan dengan pembunuhan seperti kes Mustakizah atau Jalil Ibrahim demi menutup jenayah mereka.

Berbeza dengan kes Rahim Thambi Chik yang didedahkan oleh Lim Guan Eng mengenai kesnya dengan remaja Melayu bawah umur. Dalam kes tersebut ada yang terinaya, ada undang - undang yang dilanggar. Mengadakan hubungan 'seks' dengan remaja bawah umur. Keadilan perlu dituntut....Guan Eng yang tampil untuk menghulurkan bantuan kepada nenek anak remaja itu pula yang terpenjara akhirnya....

Dalam kes V Arumugam,Bukit Selambau cerita begini. Dia sudah berkahwim dan tidak mendapat anak, maka dia pun berkahwin lain dan mendapat anak. Perkahwinan yang keduanya tidak didaftarkan tetapi sebaliknya hanya dibuat dalam upacara keagamaan. Dia diugut bunuh, rumahnya disiram cat setelah di menolak tawaran dibeli Bn. Namun di gagah berdepan semua tanpa rasa takut. Tetapi malangnya Bn menggunakan taktik mendedahkan kisah keluarganya. Malah Isteri pertamanya banyak kali diganggu oleh 'aparat kerajaan' agar membuat laporan ke atas Arumugam agar dia boleg didakwa kerana perkahwinan keduanya. Tidak tahan dengan perangangai jijik permainan politik yang mengheret keluarganya dia letak jawatan. Maka sebagai rakyat fikirkanlah apa isu yang lebih penting dalam kes ini.

Terbaru kes Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan. Walaupun kenyataan agak recam dari pemimpin namun secara keseluruhan ia menggambarkan politik Malaysia masih belum matang......Sila klik sini ; baca kenyataan Anwar

Elizabeth Wong ialah antara ADUN dan Exco yang baik prestasinya. Dia bukan ahli parti sejak 1999. Namun dia merupakan pejuang / aktivis hak asasi yang dikenali diperingkat internasional. Beliau terlibat aktif dalam gerakan reformasi sejak dari awal dari segi selaku aktivis NGO hak asasi walaupun bukan anggota parti.

Semua manusia mampu melakukan kesalahan. Manusia mungkin tak sunyi dari dosa, namun Allah maha pengampun. Mungkin ketika hidupnya selaku aktivis dia tidak punya tanggungjawab 'kekeluargaan' kepada sesiapa lebih lebih lagi selaku orang bujang.

Semasa pilihanraya 2008, KEADILAN meletakkan calon dari perbagai latar belakang. Malah ada aktivis atau pimpinan masyarakat yang diiktiraf diangkat menjadi calon. Begitu juga Elizabeth Wong. Mengiktiraf penglibatan dan sumbangan beliau selama ini kepada masyarakat malah demi mengiktiraf sumbangan aktivis hak asasi dan pejuang demokrasi seangkatanya maka beliau dipilih menjadi calon dan akhirnya menang dikawasanya.

Mengakui che'GuBard mengenali agak rapat dengan Elizabeth Wong dia banyak berubah ketika menjadi Exco Selangor. Dia memang perokok dan sebelum ini dia merokok biasa saja di khalayak umum. Namun selepas menjadi Exco dia sudah amat - amat kurang merokok dan kalau merokok pun sudah bukan dikhalayak umum. Dia pernah kata untuk berhenti merokok pun.

Dia amat memahami hak asasi dan menghormati hak orang lain, dia faham tanggungjawabnya..... dia lah antara Exco yang bersungguh dalam isu kenaikan elaun guru KAFA atas dasar guru - guru ini berada dibawah tahap kemiskinan.

Jujurnya isu 'gambar' Elizabeth Wong ini sudah muncul lebih dua bulan lepas. Apabila sekumpulan anak muda 'pengikut blog' ini datang berjumpa cheGuBard. Isunya ialah ada usaha penjualan gambar oleh bekas teman lelaki dan ahli keluarga bekas teman lelaki Elizabeth Wong. cheGuBard cuba hubungi beberapa teman pimpinan lain. Ketika itu Elizabeth Wong berada di Vietnam dalam satu misi promosi pelancongan Negeri Selangor.

Namun selepas itu tidak pasti apa yang berlaku. Namun bulan lepas menerima signal mengenai kumpulan bekas pimpinan KEADILAN menyedari kewujudan gambar tersebut dan mula mencari dengan 'bertanya-tanya' dengan kawan - kawan dalam KEADILAN. Khabarnya mereka sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Kemudian beberapa minggu yang lalu pula mula ada agen (dipercayai) Bn mula menghantar ugutan kepada Elizabeth Wong agar beliau menerima tawaran lompat parti. Degil tidak mahu beliau mula diugut akan didedahkan sejarah silamnya...... Dikenali sebelum ini sebagai seorang yang 'degil dan kukuh pendirian beliau tidak melayan kerenah itu....

Hati cheGuBard mula gelisah. Minggu lepas cuba ke rumah mencari ruang pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun beliau ke luar negara.

Dan hujung minggu lepas ketika perjalanan untuk berceramah ke Sungai Petani menerima panggilan dari beberapa teman mengesahkan gambar tersebut sudah berada di tangan sebuah syarikat media.

Ini modus operasi terancang.....selalunya jika gambar tersebar secara suka - suka sudah pasti akan tersebar dalam internet dahulu kemudian baru didedahkan di media rasmi. Namun kali ini berbeza gambar tiba di tangan media arus perdana dan selepas beberapa hari selepas soal siasat polis bermula barulah gambar tersebar ke internet.

Ini mengingatkan mengenai kes Nasha Aziz yang mulanya menyedari ada kamera dalam alat pendingin hawa biliknya. Ketika Nasya membuat laporan polis gambar lansung tiada di Internet namun setelah polis membuat tangkapan suspek bersama bahan bukti, video itu mula bersepah tersebar. Siapa menyebarkanya....?

Dalam kes Elizabeth Wong, gambar sampai ke tangan pihak media, didedahkan di media, ketika itu tiada di internet lagi namun selepas dia membuat laporan polis dan gambar bukti didapati maka carian di internet berkenaan gambar tersebut terlalu mudah.

Sekarang wujud pula ugutan yang turut ditujah kepada beberapa teman pimpinan parti untuk desak DUN Bukit Lanjan dikosongkan kononya jika Elizabeth masih degil akan ada bahan lain tersebar.

Sekarang terpulang kepada rakyat untuk menilai.... jika Elizabeth Wong letak jawatan dan kosongkan kerusi awal lagi masa ugutan pertama sudah tentu semua ini tidak terjadi. Malah jika Elizabeth sanggup lompat Bn dan pukul DSAI sudah tentu dia akan mewah dan rumahnya juga akan ditambah besarkan seperti sebuah rumah di seksyen 7 Shah Alam itu.

Demi berlawan politik moral (baca ; moral yang dilihat dari kaca mata sempit) maka kita akan hilang seorang aktivis masyarakat yang berpengalaman dan bersih (tidak rasuah) dan efisyen.

cheGuBard juga banyak terima gambar seperti seorang calon ketua pemuda sedang minum (seperti di kelab malam) bersama pelayan atau gambar seorang ketua pemuda Umno sedang beraksi sebagai seorang pondan tetapi memilih untuk tidak menggunakan taktik serangan peribadi. Politik biar ajak rakyat bincang isu dasar, polisi dan serang pun isu rasuah, kelemahan pentadbiran atau kegiatan jenayah bukan isu sempit.

Kononya pemimpin Bn bersih....hahahahaha mari ketawa...

cheGuBard nak kongsi satu vcd dan buku (yang diperolehi dari teman Umno) yang menerangkan jenayah Menteri Islam Hadhari. Menteri Islam Hadhari ini telah memukul sehingga separuh mati dan ingin menanam hidup-hidup (mujur dapat larikan diri) seorang pemuda yang berkawan dengan anaknya yang baru berpisah dengan suaminya ketika itu. Kes ini dilaporkan kepada polis tetapi disenyapkan.... pemuda ini kini hidup tanpa tempurung kepala yang telah dihancurkan oleh Menteri Islam Hadhari ini yang juga calon Naib Presiden Umno....dapatkan buku dan VCD ini yang merakamkan peristiwa, pengakuan dan perbagai maklumat 'sulit lagi selit'............

Buku dan VCD pemberian teman Umno ini hanya ada sekitar 50 set sahaja. Kepada yang berminat sila hantar cek atau wang pos bernilai RM 25 atas nama Angkatan Muda Keadilan Bahagian Rembau (sila hantar bersama alamat untuk urusan penghantaran VCD dan buku) hantar ke alamat Pusat Khidmat Rakyat Rembau, No.390, Taman Seri Rembau, 70301 Rembau, Negeri Sembilan.

Jika stok habis kami akan pulangkan wang pos dan cek anda ! sila klik sini untuk baca tulisan blog lain mengenai kes menteri Islam Hadhari ini atau klik sini
--> Read more...
--> Read more...

DARI CHEGU BARD

Gendang perang yang dipalu kerajaan amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BRP iaitu

* masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.
* masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleg didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.

Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Laporan ini menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Kes 1
10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.

Kes 2
Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno

Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.

Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak Bn.

Kes 1
Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes 2
Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN. Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk Bn, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.

Kes 3 dan seterusnya berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat semenjak BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.

Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan. Malah dalam kes melibatkan Ketua Hakim Negara SPRM langsung tidak menunjukkan minat walaupun YB Karpal Sigh telah mendedahkan bukti rakaman suara Tun Zaki mengaku menerima rasuah.

Pendedahan terbaru Datuk Seri Anwar di parlimen juga memeranjatkan dimana SPRM punya bukti pernah memerangkap Bn Kedah ketika sedang dalam operasi membeli ADUN Kulim.

Di Selangor tentu ramai yang pertikaikan sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan. Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.

Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan Bn tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam Bn.

Sehubungan dengan itu, atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia, sebuah badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan (tanpa kira latar politik, kaum dsb) mengajak anak - anak muda Malaysia un tuk hadir di depan Pejabat SPRM Putrajaya memprotes dan memberi amaran kepada SPRM.

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu
11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM. SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai tawan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia.

Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.


23 Febuari 2009

Badrul Hisham Shaharin
Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://chegubard.blogspot.com

p/s : Solidariti anak muda Malaysia terlibat menganjurkan banyak forum diskusi dan aksi politik. Seperti menghantar bantal kepada Abdullah sempena tahun baru, menyerbu dan mengepung Tun Mahathir di Mahkamah, forum ISA dan banyak lagi yang semuanya menjadi perhatian media dunia.
--> Read more...
--> Read more...

23 Februari 2009

YB HARIMAU MENAIP DIPERKOSA?

Hik hik hik harap yb ghimau maapkan den atas kekurang asam tajuk posting den...hik hik hik walaupun secara khususnya yb udah memaapkan editor sinar harian tersebut...tapi bagi den ni adalah pekara yang patut dikongsikan pada tatapan umum.....yang tak paham cito boleh baco kek blog yb ghimau di bawah tajuk Editor Sinar Harian Pencuri? Janganlah Macam Tu...

Den tak kisah kalau yang di cetak rompaknyo dari blog tuan zubli sobab tuan zubli memang kek blog dio dah dibagitau bukan hak cipto terpelihara...sapo nak amik guna pakai untuk kegunaan sendiri mahupun disebarkan pado orang lain mungkin tuan zubli tak kisah...(betul tak den cakap ni tuan zubli a.k.a tuan zizi cucu tok bebayang acheh )

Tapi sepaham den...blog yb ghimau tak ponah la pulak bagi sesapo untuk suko atie mak bapak copy dan paste kek surat khabar......malu betul den ....sobab antara blogger yang bukan profesional macam den ni pun haa.. walaupun kekadang tak mintak izin dari tuan blog..tapi kekurang ado gak di selitkan dari mano datangnyo info tu...ini dah la surat habaq yang mungkin ramai yang baco...bulih di sobatnyo penulisan orang tanpo mintak izin.....

mengikut umpatan tukang tukang sapu (yang sedio maklum memang tak boleh dipercayoi langsung....) kek opis sinar di ceritokan ....editor tu keno maki dongan boss sobab takdo berito..pastu dah sampai date line...kebetulan tongah baco blog yb ghimau...itu yang di cut and pastekan nyo...hik hik hik

p/s ado memano media yang perlukan wartawan?...... hik hik hik den nak gak jadi wartawan ni kalau bulih cilok hasil orang...hik hik hik takdo la nak poning sangat tunggu date line hik hik hik....cik mazlinda boleh rekomen den kerje kek sinr tak...hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

21 Februari 2009

SEMBANG DSAI

Anwar dakwa BN terus cuba musnahkan Pakatan

MSTAR

Seperti biaso...dsai cakap ado bukti dan nak bagi bilo tibo masonyo....solan den cumo satu...agak agaknyo bilo masonyo ek.....den dah lotih tunggu..... dari 6 kotak yang di canang kek ezam dulu....16 sept.....MP dari BN yang nak melompat....dan sekarang cito pasal ejen-ejen Umno menawarkan rasuah.....pulak......tak hehabis nak tunggu maso yang sesuai..... den tak paham sungguh bilo la agaknyo masonya tu....

Ado sesapo berani cakap siap dongan bukti kek den...yang bukti tu dsai takkan keluarkan sobab ia hanya omong omong kosong...atau memang ujud bukti tu dan dsai akan keluarkan bebilo maso je
--> Read more...
--> Read more...

20 Februari 2009

KEBETULAN

Bekas teman lelaki Elizabeth masih di luar negara

MSTAR

Secara kebetulan nama lelaki yg jadi bekas teman lelaki tu langsung tak disebut namo....

Secara kebetulan bulan lopas bekas teman tu benti kerje

Secara kebetulan dah la berenti kerje,10 hari lopas pi obersea tak bebalik sampai sekarang

Secara kebetulan juga mangso gambar bogel tu pi keluar negara jugak lopas lotak jawatan

Secara kebetulan juga kito akan tengok 3 PRK kek tigo bukit dalam maso terdekat
--> Read more...
--> Read more...

DARI BUKIT KEPONG KE BUKIT GANTANG

Zahid enggan ulas Jins calon Bukit Gantang

MSTAR

Hik hik hik apokah kito akan mengikut jejak USA?... kalau amerika ado anot susah nak eja, kek malaysia bakal ado tan sri jins shamsudin sebagai wakil kito... "Wahai Pakatan Rakyat......kami polis tidak sesekali akan menyerah....." ......"Timah ko cover aku....aku nak ke balai"...... hik hik hik antaro sekerip yang den ingat ingat lupo...... hik hik hik papopun den ucapkan semoga sukses andai betullah tan sri jins shamsudin akan menjadi colan untuk bukit gantang.....den harap yassin brother akan jadi colan bagi PKR tak pun ustaz akil ko..... hik hik hik

p/s den semakin sibuk...blog semakin sukar di update....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

14 Februari 2009

2 PRK PADA 7hb APRIL?

7 April p'raya di Bkt Gantang, Bkt Selambau

MKINI

Dan ini pandangan dari BN dan PR......

Tetapkan tarikh Pakatan dakwa SPR dipengaruhi Umno, BN

MSTAR

DAPSY: Mengapa lambat adakan p'raya kecil?

MKINI

BN terima keputusan SPR, yakin menang - PM

MSTAR

Dan apokah ado kaitan cerito ini dengan lewatnyo PRK tu?

Usaha BN pujuk Adun PKR Perak diteruskan

MKINI

Jeng jeng jeng........Bilo dah tak puas hati apo alasan SPR totap tak betul pado mato PR tapi pada pandangan mata umum amnya rakyat malaysia yang bukan pro pada BN mahupun PR... apokah kelewatan PRK ini betul atau tidak......?Mungkin yang tak sodap kek mato kito PRK ni dibuat lopas event besar UMNO...seakan memberi maso kek dorang sambut kemonangan pak jib jadi Presiden umno secara sah dan mereko yang monang dalam apo juo jawatan yang dipertandingkan....

Dan ini pulo perbualan tepon yang berjayo dicuri dongar oleh den maso den tongah TIDO kek UMAH...Namo mereko den ubahkan... sobab eh identiti mereko mesti dirahsiakan untuk keselamatan negara....hik hik hik

Pakjib (bukan namo sebenar) : ello SPR

SPR : haa.. ello...sapo ni?...

Pakjib : Hampeh ko.... suaro den pun ko tak konal.....Den ni ha... yang bakal duduk kerusi pertamo kek dalam syurgo dunio ni....

SPR : ohhh DATO...apo cito eh.. tetibo call secara langsung kek den ni...biasonyo PA yang call...

Pakjib : Takdo lah...den nak mintak tulung sikit ha....kalau bulih jangan tak tulung...tu pun kalau nak keje lamo la kan...

SPR : erk...dah camtu...den nak cakap apo...iyokan je...apo dio BOSS

Pakjib : camni ha...den bulan tigo ni sibuk nak celebrate dongan peralihan kuaso dari Pak lah (juga bukan namo sebenar) kek den ni....ha......jadi den takdo maso nak jadi pengarah untuk PRK kek perak dan kodah tu.....jadi lambatkan tarikh PRK tu...kalau bulih buat tahun dopan...lamo sikit den bergumbira....

SPR : susah BOSS 60 hari je maximum nak lambatkan pun..nanti kantoi la BOSS.. kompom riuh orang pertikai...

Pakjib : iyo jugak.... kut macam tu..buat kat ujung ujung 60 hari tu....den nak keno jago imej den ni ha..takkan lah amik alih kuaso time kalah PRK tu...malu den...ado yang den keno lotopkan dongan bini den nanti...

SPR : OK BOSS anggap je selosai...esok den riuhkan hari jumaat nanti ado meeting pastu den riuh kek press .....den buat statement....den lewatkan pasal biar semuo selesa

Pakjib : selesa apo?

SPR : ontah

Pakjib : kuh kah kuh kah ampeh ko buat lawak pulak...

SPR : keh keh keh... ala boss dorang takdo nak pertikai jawapan den tu do...tu jawapan mati tu...tak leh nak dipersoalkan...ala boss macam tak pepaham...dorang bising pun kito wat dek je pun...keh keh keh

Pakjib: iyo tak iyo jugak...dorang bukan bulih wat papo pun....paper dorang pun kito dah tahan...takat mano la dorang leh bising..dalam internet pun bukan ado yang baco blog dorang tu....kuh kah kuh kah

SPR : tapi BOSS ada komisyen tak den buat bendo ni

Pakjib : Ampeh sesikit nak komisyen...ado....nanti den suruh bini den kirimkan c4 kek ko...bye!
--> Read more...
--> Read more...

10 Februari 2009

DISEBALIK TANGGUHNYO KONSERT RIHANNA

Konsert Rihanna ditangguhkan,punca tidak diketahui!

MSTAR

Kalau mengikut mstar...punca tangguh belum tau kenapo tapi mungkin berkaitan dengan boipren dio....tapi mengikut informer den kek sano, yang memang tak ponah den percayo langsung...tapi den tak tau kalau korang nak cayo....tu hak korang....den taknak bertanggung jawab.......

Email yang den dapat dari informer den

---------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Tuan t€p€t a k a Tukang sapu

dikatokan rihanna bukan takat tangguhkan konsert di malaysia...mungkin juga akan dibatalkan....kerano kechewa perak jatuh ke tangan BN kembali...hik hik hik dan rihanna jugo cakap kat den.. jiko PR berjayo rampas balik perak.......dio akan adokan konsert percumo....

Walaupun rihanna tidak bersetuju dengan tindakan isa yang di amalkan di malaysia dan dio juga yang membuat kenduri kesyukuran bilo guantanamo ditutup namun tetap kechewa bilo kapal singh tidak dikenakan tindakan isa oleh gomen malaysia lebih lebih laie bilo kapal dikatokan akan meneruskan niat untuk saman sultan juga dikatokan menjadi antaro punco konsert dio ditangguhkan

Beliau juga pelik....tongah riuh pasal rakyat nak tau sapo betul sapo salah dengan apo yang berlaku di perak ...dan kerana kurang yakin dengan media terbitan gomen,...tergamam bilo harakah dan suara keadilan dirampas tanpa apa apa notis.....seakan menggambarkan gomen seakan menyumbunyikan sesuatu dari pengetahuan umum..amnya rakyat malaysia.....

akhir katonyo mengikut kato rihanna...... mengucapkan semoga berjayo pada PR dongan 2 PRK yang berkemungkinan akan diadakan tidak lamo laie

Sekian...den yang menjalankan kewajipan

Pak Supir
CLEANER Staples Centre, Los Angeles, California, Amerika Syarikat

p/s pado yang tak tau.... kek tompat den keje ni la berlangsungnyo anugerah Grammy ke-51 kiH kiH kiH .....tak lupo jugo kim salam kek semuo warga bloggers yang sudi baco blog tuan tepet.....kiH kiH kiH

cc: diana danielle,gita gutawa
-------------------------------------------------------------------------------------------

**mokasih kerano sudi membuangkan maso membaco posting den hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

KAPAL SELAM PAK JIB DAH SAMPAI?

Karpal gesa Anwar henti ketuai Pakatan

MSTAR

Kenyataan Karpal: DAP terkejut, mahu Anwar kekal pimpin Pakatan

MSTAR

Lawak sungguh 2 tajuk kek atas ni....dalam dok riuh tumbangnyo kerajaan PR kek Perak... ditambah pula dengan pergolakan dalaman... hik hik hik cubalah jangan jenun... den setuju cakap MB penang tu...cubo bebawak berbincang.....kang sesilap hang suruh dsai besaro...ekau yang besaro awal pulak.....hik hik hik yang hang taajil sesangat apsal.....atau ini memang pemikiran dio riuh dan kelam kabut.....suko hati lah ko kapal.....bak kato YB GHIMAU jangan keno tapau PR udah....

kaki punya nota

jenun - gila @ hilang akal

taajil - tergesa gesa

p/s den nak tanyo...kek mano den bulih daftar untuk amik nombor giliran nak langkah mayat MP DAP ni? hik hik hik atau den yang keno bukak pendaftaran hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

09 Februari 2009

STEPPETS - UNTUK ANAK BANGSAKU

Pada ibu bapa yang ingin mengajar anak tentang kehidupan....politik Malaysia merupakan pelajaran yang sesuai untuk anak anak anda...hik hik hik

Suruh anak anak anda mengikuti perkembangan politik Malaysia...sudah pasti mereka akan lebih mudah memahami mana yang baik dan buruk untuk mereka contohi dan pelajari.....

Yang pertama - Derhaka pada sultan itu salah....tapi saman sultan takpa boleh
Yang kedua - Untuk mendapat kedudukan walaupun untuk menjadi ketua kelas...sila hulurkan singgit dua pada rakan sekelas untuk mendapat undi....
Yang ketiga - Ugut mereka yang cuba bersaing untuk jawatan ketua kelas hingga mereka tidak berani atau melupakan niat mereka untuk bertanding
Yang keempat - Ugut tak jalan,cuba pula bagi singgit dua agar mereka berubah dari cuba bertanding dengan kamu kepada menjadi penyokong kamu
Yang kelima - Belajar hari ni cakap lain dan esok buat benda lain....contohnya hari ni cakap,esok nak pakai baju biru cair tapi esoknya pakai baju biru gelap takpo janji kaler birukan
Yang keenam - Belajar salahkan orang lain,contoh kalau tiba tiba rakan sepasukan menyertai pasukan lain jangan salahkan rakan tersebut tapi salahkan pengurus pasukan yang membawa idea lompat katak

Bersambung?....mungkin tidak.....hik hik hik

--> Read more...
--> Read more...

08 Februari 2009

FREEMASONRY & MALAYSIA secara am

Hebat betul Perak...dah 4hari berlalu...masih tak selesai masalah kek sano....kagum betul bilo sana sini pertikai tentang bekas MB Perak IR Nizar derhaka dengan sultan dan melanggar rukun negara...

Kek sini den nak soal korang berkenaan rukun negara...apokah kaitannya dengan freemasonry?
Den bukak sikit sejarah freemasonary kek Malaysia.... ujudnya freemasonry kek malaysia pado 1511.Kerajaan inggeris tidak begitu mudah memberikan kemerdekaan pada Malaysia jika Freemasonrybelum kukuh di Malaysia

Bulih den katokan bilo ujudnyo perjanjian pangkor....perjanjian SULTAN PERAK dan british pada 1874 dimano perjanjian ini memisahkan Agama Islam dan pemerintahan.... mengukuhkan lagi penguasaan freemasonry bila sultan menerima seorang residen british sebagai penasihat didalam pentadbiran negeri kecuali bab agamo dan adat istiadat orang melayu....

Pado 1909, ujudnyo pulak Perlembagaan Majlis Persekutuan dan kemudiannya diubah menjadi Dewan undangan negeri yang menjadi asas pada pembentukan sebuah kerajaan berpalimen yang berdasarkan pada teori sekular dan demokrasi acuan british...

RUKUN FREEMASONRY
  1. monotheisme - kesatuan tuhan @ tuhan yang maha esa
  2. nasionalisme - fanatik pada satu bangsa iaitu yahudi,(takrif nasionalime - meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia pada negara dan bangsa mendahului diatas kepentingan yang lain.Dimana jiga fahaman ini berlawanan dengan umat islam yang berlandaskan aqidah dan syariat islam.....dari sudut sejarah fahaman ini jugalah yang digunakan musuh islam dalam menjatuhkan khilafah uthmaniyyah.....
  3. humanisme - kemanusian yang adil dan beradab berdasarkan ajaran talmud dimana antara ajaran ini ialah menentang hukum hudud....
  4. democratisme - penyatuan suara kerana kesepakatan dari bermesyuarat dan bertukar fikiran mendapat kesepakatan penyatuan suara dan itu adalah suara tuhan
  5. sosialisme - cinta pada tanah air itu sebahagian dari iman
dan ini rukun negara Malaysia
  1. KEPERCAYAAN PADA TUHAN
  2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  4. KEDAULATAN UNDANG UNDANG
  5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Boleh dikatakan hampir sama rukun negara dan rukun freemasonry atau boleh kita katakan rukun negara kita berpaksikan kepada lima rukun yahudi...dan ini menunjukkan yahudi sudah lama menguasai kita melalui acuan mereka.....

apo kaitan dengan mantan MB PERAK? lu pikiaq la sendiri..... mungkin derhaka pada sultan tapi melanggar rukun negara?hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

05 Februari 2009

PR AMIK SATU KERUSI PARLIMEN BN AMIK SATU NEGERI....

Dengan tajuk tu den puas pikir semalaman....nak tau sapo lagi hebat....satu kerusi parlimen yang mungkin akan bertambah dan membuat PR akan mengambil alih kerajaan ataupun BN yang merampas kembali Perak, bakal membuatkan harapan PR mengambil alih gomen semakin tipis.....

Secara amnya den taknak pertikai sapo betul atau salah dengan apo yang berlaku di perak, sapo hebat atau sapo hampeh......hingga perak bakal memiliki kerajaan baru....yang den nak tau sekarang.....apo alasan para bloggers yang memuji adun bota sebelum ni...hik hik hik den dah cakap sebelum ni den tengah tunggu adun bota buat apo yang bala buat.....mengubah keputusan lalu merubah perjalan politik malaysia.....bezanya dio tak menghilangkan diri....yang hilang adun dari pkr.....adun bota patah balik ke umno.....apo punconya?

kalau sebelum ni bala yang menyabitkan pak jib dalam kes altantuya tapi dalam maso 24jam mengubah balik apo yang di katakannya...dan terus ghaib....dan mungkin dengan itu terus mengubah keputusan makhamah dengan membebaskan ajak baginda (dimano dio sekarang ek) dan adun bota pulak... dari umno masuk pkr dan masuk umno balik dalam maso 10 hari.....lalu menyebabkan perak akan berubah kerajaan.....

Jadi percaturan sapo yang salah?..strategi sapo yang gagal.......atau masih ado plan c...d....hingga z dari kedua belah pihak samada BN mahupun PR....yang membuatkan rakyat hilang tumpuan seketika dengan kegawatan ekonomi dengan masalah politik yang penuh dengan kejutan...mengalahkan filem tamil......

Semalam den tengok blog PR masih mengharapkan perak masih milik mereka....manakala blog BN sudah mengadakan pesta menyambut kepulangan perak kepangkuan mereka....walhal ketika itu sultan perak masih lagi belum membuat apa apa keputusan.....

Kalau sebelum ni bloggers PR memuji apo yang adun bota buat dengan lompat ke pkr.....sekarang apo kata mereka? bila adun bota lompat balik masuk umno? kalau sebelum ni ado bloggers BN kutuk apo yang adun bota buat dengan lompat ke pkr.....sekarang apo kata mereka? bila adun bota lompat balik masuk umno

sebelum ni dsai yang memulakan upacara mengajak mereka dari BN lompat masuk PR.... tapi kenapo bilo BN buat di kutuk? dan BN sebelum ni kutuk DSAI yang pujuk orang BN melompat tapi tiru cara dsai untuk amik alih perak?

p/s agaknyo apo akan berlaku dengan camry yang baru dibeli itu....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

CHE DET NASIHAT PAK LAH??

DI KUTIP DARI MKINI

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya 'fikir dahulu' sebelum menerima bekas Adun PKR di Perak menyertai Umno.

Awat che det?..... selamo ni pak lah memang tak ponah pikir ko bilo buat keputusan?..... che det pikiaq tak maso lantik paklah ganti che det?.... kalau pikir awat jadi lagu ni... kalau che det cakap che det salah pilih... mungkin tak yang ni che det salah nasihat paklah yang nak terimo adun pkr perak tu

"Presiden Umno berkata Umno sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti.

Ohh macam tu..sesapo saje tu termasuk beruk?......termasuk yang suko dongan politik wang?

"Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

La...kato tadi terimo je sapo pun......ish dasar parti pun dah berbelit..memang patut la orang dalam parti berbelit

"Apakah Umno begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka?" soalnya.

Ish nak tunggu buat apo...macam che det tak tau pulak....keputusan makhamahkan boleh di aturkan....correct.....correct...correct....hik hik hik

Dr Mahathir berkata, jika mereka diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah, maka kerajaan pimpinan Umno (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah.

Ye tak ye jugak che det....hurm...patut la dorang jadi adun bebas dulu sekarang ni...pastu bilo dah keluar result makhamah yang cakap dorang tak salah pasal tak cukup bukti....baru masuk umno.... bijak betul lah che det ni..tak nak bagi kantoi....hik hik hik

"Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13," tambahnya ketika mengulas perkembangan terkini di Perak sekarang.

Alah che det ni...macam orang umno pedulik apo pandangan masyarakat....orang sekarang dok riuh pasal dorang rasuah....dorang buat bodoh je...orang dok pandang umno hampeh....dorang buat bodoh je..... hik hik hik

"Umno sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu.

Ni tuduhan ke ado bukti?....takut kang jadi macam kes nak bagitau sapo yang terlibat dalam politik wang...lopeh tu kuar statement...tak pasti...pastu mintak sapo ado bukti bagi kat che det...hik hik hik

"Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej Umno akan jadi lebih buruk," kata Dr Mahathir.

Jadi lebih buruk?.... jadi memang dah buruk lah umno ni che det walaupun tak terimo orang yang dituduh melakukan rasuah seks...ish.....kalau dah buruk...apo kato kito tukar parti lain pulak jadi pemerintah?.... apo kato che det? hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

04 Februari 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia...makhamah malaysia cuba mensabitkan kambing hitam sebagai tertuduh dalam kes meng c4 kan altantuya...rakyat dari Mongolia...hik hik hik secara amnya didapati kambing hitam itu memiliki c4 dari pihak yang tidak berada di makhamah sewaktu menghadapi tuduhan membunuh tersebut.....yang menghairankan lagi....kambing hitam yang di sahkan jantan ini tidak pernah ditunjukkan wajah yang sebenar dikhalayak ramai.....
berita lanjut di s.i.n.i

dah berapa tahun kes ni berlaku baru sekarang nak cakap jadi kambing hitam.......kenapo ekkk??? dan kenapo cakap "untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan." cakap je la sapo MEREKA tu...ramai ke mereka tu... dua orang ke atau ramai laie yang terlibat dalam ini filem?...bukan sorang je ke mastermind dio?
--> Read more...
--> Read more...

PERAK BAKAL MENDAPAT PROJEK MEGA.....

Andai jadi lah prk kek perak ni.....kompom....banyak duit akan beterbangan kek sano.....apo laie kome... ade sesape nak ngaku orang perak? hoben yoep hoben....hik hik hik MKINI dan MSTAR cakap adun bota dah masuk umno balik...hik hik hik makin beruk sungguh politik malaysia ni......pak lah wat lawak sikit.... cakap masuk PAS pehtu malam kang cakap lompat masuk MIC...hik hik hik asal bulih je

Persoalanya...apokah rakyat perak akan diperbodohkan ......mari kito lihat apokah yang bakal berlaku.......dan akhirnya kita akan dapat jumpo laie dongan ezam......kito akan dapat laie baco update terkini di blog epol bokari.....cerito tentang dsai....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

CHEGU BARD... TOLONG JAWAB!!

Den ado sikit mushkil.....kebanyakan bloggers semua seakan tembak adun behrang dan changkat jering tapi chegu bard seakan pertahankan mereka .....kenapo ye? baca s.i.n.i ..

ok lah di bagitaunyo... posting tu di ambil dari Peguam Saiful....tapi kenapo di ambilnya? apo yang chegu bard cuba buktikan? Apokah chegu bard cuba mempertahankan kedua dua adun tersebut? Sedangkan dsai sendiri seakan setuju dengan apo yang berlaku....dsai mempertikai keputusan spr yang tidak mengosongkan kerusi dun tersebut baca s.i.n.i

Apakah chegu bard mempunyai maklumat di sebalik apo yang berlaku....
--> Read more...
--> Read more...

03 Februari 2009

BERITA PENTING!!!

Ingin saya maklumkan ibu pejabat UMNO bersetuju melanjutkan tempoh bayaran yuran keahlian 2008 sehingga 15 Februari 2009 ini. Bagi ahli UMNO berjumlah 3.4 juta diminta membuat pembayaran sebelum tarikh tersebut

DATUK SHAH ALI RUSTAM KHAN

Hik hik hik tahun tahun sebelum ni den tak ponah laie dongar umno lanjutkan tempoh pembayaran yuran keahlian.....tapi mungkin sobab tahun tahun sebelum ni den tak ponah amik tau dan memang tak nak amik tau....ni pun caro kebetulan je den tau.....hik hik hik pernah atau tak ke umno melanjutkan tempoh pembayaran yuran keahlian sebelum ni den tak pedulik.....hik hik hik

tapi sekarang yang orang duk riuh dah tak suko dongan umno....dorang bulih pulak kluar kan statement ni....macam nak tunjukkan ramai ahli umno dah malas nak bayor yuran keahlian?.... atau ahli umno dah berpaling tadah jadi ahli PAS@PKR@DAP?....apopun alasan ahli umno yang belum bayar seakan menunjukkan kepincangan parti hik hik hik

yang den suko baco tu siap bagitau umno ado 3.4 juta ahli.......hik hik hik cubo lah bagitau sikit dari 3.4 juta tu berapo yang dah bayar yuran ahli dan telah ditolong bayarkan yuran ahli oleh orang perseorangan hik hik hik janganlah pulak nanti den dongar cito yang ado jawatan je yang dah bayor.....ajk ke atas je yang dah bayar yuran keahlian... tu pun keno pakso/ugut kalau tak bayar.... tak dapek projek/tender hik hik hik ahli biaso pulak ....takdo sorang pun bayar laie...hik hik hik papopun selamat maju jayo dalam mengutip yuran keahlian.... nanti habaq mai ye berapo total ahli yang masih belum bayor lopeh 15/2 nanti yo....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

RAMALAN DEN HAMPIR BENAR hik hik hik

Sebelum ni den ado buat posting pasal kes adun bota lompat parti ni. B.A.C.O S.I.N.I tak sangko la pulak ado sambungan cito pasal lompat pari kek perak ni....

yang bezanya cumo yang hilang bukan adun bota tapi adun lain dari perak....adun PKR yang dapat sedekah nafsu serakah hik hik hik....yang 10hb 2 ni mungkin akan dijatuhkan bersalah atau tidak... tapi apakah kehilangan mereka disebabkan oleh hantu kopek seperti yang di perkatakan oleh tuan kulup sakah? kalau iyo.....memang bahayo jadi ahli politik kek malaysia ni hik hik hik

bab prk tu takat ni den dongar cito macam hampir berlaku tapi den masih konpius...den tak berapo nak paham cito pasal lotak jawatan ni......dorang tak ngaku...tapi ado surat lotak jawatan.....mushkil betul den...jadi den tak reti nak komen apo....hik hik hik

sebelum ni den dongar MB Selangor cakap ado tigo orang laie bakal masuk PR... tapi tetibo duo orang adun dari PR pulak yang nak masuk BN...kagum betul den dongan politik malaysia ni...memacam kejutan yang ado.... den harap takdo yang lomah jantung keno heart attack mengikut perkembangan politik malaysia ni...hik hik hik.....cukup polik bilo manifesto PM nak hapuskan rasuah tapi nak ambik adun yang tongah dibicarakan di makhamah pasal rasuah

mengambil kesempatan kes lompat parti ni jugak.....den tunggu apo yang nak berlaku kek n9.... sobab den dongar cito penyakit lompat kek perak merebak ke n9 hik hik hik jadi ke idak dorang nak melompat tu....kut jadi sapo pulak yang layak jadi MB?....adun Paroi? dio je yang den nampak...yang den penah jumpo dan bercakap ...adun PR lain den tak konal laie hik hik hik

p/s blog tuan zubli tu yang dah tukar jadi blog blow....awat nampak muda? hik hik hik pakai namo zizi tu....

<-via Nokia3310 from Tmtouch @ hutan belantara->
--> Read more...
--> Read more...

FLAG BLOG!!! SIRI KE 2

Patut atau tidak blog ni di flag? http://syurga-islam.blogspot.com

awat la ni banyak na blog yang buat bendo ngarut ni...lepas satu...satu yang muncul.... yang kito pulak.. tak hehabis dari satu blog ke satu blog kito nak flag..takdo caro lain ko yang lobih effective?.... buat laporan polis pun takdo kesudahan......tetap ujud gak bendo ni....contoh kes surind dulu...tak silap den mahaguru ado buat laporan polis.....tapi sonyap je kes tu..... kes budak ompuan yang keje kek shah alam yang dikatokan dipergunakan...pun takdo apo cito....dan penghujungnyo....blog blog ampeh macam ni beranak pinak sampai la kiamat....

mood memblog den semakin merundum.....
--> Read more...
--> Read more...

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T