SEMBANG SUMBANG TUKANG SAPU

NOTIS BOARD

------------------------------------------------------------------------------------------------

T€P€T
Send via Nokia3310 from Tmtouch

31 Disember 2009

SOALAN CABARAN TAHUN BARU DEN

Pagi tadi, den duduk di bawah pokok sambil mengesat peluh. Mato den meliar ke seberang jalan. Ada awek sodang sibuk membungkus nasi lomak yang mengasap nipis. Halkum den perlahan mula turun naik.

Pagi tadi den baru ja menyapu segala sampah daripada manusia-manusia bijak pandai di ibu kota ini. Dari sekecil-kecil pin, hingga sebesar-besar big mama. Dari semulia lembaran kitab suci sehingga pada kantung getah lonjong yang berisi cecair putih.

Den berdiri perlahan, melangkah perlahan, namun peluh masih mengucur deras dari dahi, jatuh ke pelupuk mata, singgah ke pipi dan terus menitik setitik ke lidah.Den menggeliat, bibir dikemam-kemam. Seketika den sudah tegak di hadapan awek si penjual nasi lomak.

“Hendak apa?” soal awek jual nasi lomak sambil tersonyum.

“Nasi lomak biaso,” jawab den. Halkum den sesekali masih turun naik.Uuumaakkkaaaiiii.. manis sungguh sonyum ko..kato ati den

Tangan awek jual nasi lomak tu cukup tangkas. Hanya beberapa detik nasi lomak sudah terbungkus. Den tersonyum kagum..lalu mengaduk kocek seluar. Dahi den berkerut apabila memandang apa yang ado kek dalam genggaman den. Den kembali bertatapan dengan dengan awek tu.

“Tambahkan kerang dan ayam goreng, ya,” kato den

Awek tu tersenyum lagi dengan selambo berkato, “Kamu tidak ada wang kecil, ya?”

Den wat bodoh..... Mata den tetap menatap awek tu dongan muko yang macho.

“Biasanya memang begitu. Apabila si pembeli tidak punyai wang kecil, sedangkan beliannya hanya kecil dan bagi tidak membuat si penjual jengkel dia menambahkan nilai beliannya,” sambung si penjual nasi lemak sambil tangkas menceduk ayam dan kerang.

“Maaf, den hanya ado wang 50 ringgit. Gaji baru masuk,” kata den dengan nada suara yang macho.

“Jangan pula kamu rasa bersalah. Saya tidak marah malahan suka. Cuma sikap kamu itu melambangkan diri kamu,” tegur awek tu.

“Sikap den? Apo?”

“Suatu saat nanti dengan hati kamu yang besar itu, kamu terpaksa memberikan nilai yang tinggi pada sesuatu perhubungan walaupun hakikatnya, bukan itu yang kamu niatkan. Cuma sahaja, hati kamu besar.”

“Maksudnya?”

“Kamu akan faham sendiri nanti,” kata awek lalu tersenyum.

Den kerut dahi sambil perlahan-lahan menghulurkan not RM50.Dan den belah terus tanpa mintak no tepon.....

p/s cumo....sampai la ni den tak paham @ konfius....apo awek tu cakapkan...ado sesapo leh tolong den? .....dan yang paling ponting den lupo mintak duit balance......ampeh.....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

30 Disember 2009

CERITA LUCAH SEPANJANG 2009

Cerita ni tak mengikut susunan bulan bila ia berlaku hanya mengikut apo yang den ingat dan den jumpo...

1) Masa mantan MB N9 bertanding di PD - Keluar isu tentang chedet terkejut pakjib pilih ISA sebab Isa penah pedajal najib dengan bagi chedet gambo najib kena tangkap basah dengan ziana zain...ontah yo ontah tak pasal tu chedet terkejut..... bab betul ke tak isu..den no komen

2) Bila chedet keluarkan statement - Statement puji BN esok kompom keluar paper,statement kutuk BN jangan dalam paper, blog BN pun takde keluarkan (kecuali blog pro chedet)

3) Bila menantu tgna di siasat - Pegang syarikat takde la besar mana...kecoh sampai ke serata dunia tapi bila Beruk menantu paklah tetiba jadi kaya (ecm libra nya saham) tak disiasat.Adik pakjib jadi antara jutawan melayu rasa rasanya najib sikit pun tak terlibat ke...tak di siasat,Anak chedet jadi jutawan rasanya chedet takde tolong langsung ke,.... jangan lupa juga apa jadi dengan isu kak pidah meluluskan pemberian saham kepada menantunya,fazrin azwar yang bernilai berjuta juta RM

4) Bala Bala Bala - yang ni den raso korang boleh baco dalam posting sebelum sebelum ni dalam bulan ni

5) Penyakit Flip flop paklah berjangkit - Mahkamah tinggi cakap macam ni datang mahkamah rayuan lain pula jadi(pun den ado buat posting sebelum ni)

6) Politik hanya lakonan - Dalam blog,paper,apa sahaja medium yang ada untuk di sampaikan kepada rakyat malaysia malah dalam dewan rakyat bertepik menjerit,berdebat.... puak BN hentam PR. dengan isu liwat,saham dll, puak PR hentam BN juga dengan isu altantuya PD,c4,. dll tapi kek kantin parlimen bergurau senda...bertepuk tampar.....(korang nak cakap profesional?  takat kat kantin je profesional,awat bila majlis kawin tak jemput? awat rumah terbuka tak pi? takut pulak rakyat cakap berpaling tadah hik hik hik)

7) Isu BTN - PR nak haramkan BTN....chedet cakap teruskan..tetiba nazri dengan chedet pulak yang gaduh pasal btn,pastu keluar la pulak bloggers puak BN keluarkan youtube dsai dengan MB selangor yang membuktikan depa pun sama perkauman....tak ke bodoh dalam masa yang sama membuktikan betul cakap PR yang btn tu bersifat perkauman hik hik hik

8) Penasihat ekonomi selangor mintak gaji singgit je - Ingatkan bila macam tu ramai yang akan kagum betapa bagus/baiknya dsai tapi sebaiknya berlaku..ada pulak suara sumbang gaji memang singgit tapi komisyen/elaun berjuta juta......memang layak gaji singgit...background dsai dulu yang nyaris memiskinkan malaysia masa jadi menteri kewangan...kes imf la ni...hik hik hik

9) Politik Wang berbeza dengan rasuah - Dalam pemilihan jawatan UMNO poitik wang tak sama dengan rasuah....kempen dalam blog salah....bagi duit raih undi tak pe.....KJ kantoi pun masih boleh tanding tapiado yang samo kes macam KJ tak dibaginyo bertanding....pulak...

10) Impian PR - kalau dapat jadi kerajaan depa nak jadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara....lepas ni displin macam mana, hebat macam mana,jujur macam mana pun kalau tak menang undi MP jangan harap nak pegang jawatan penting kerajaan..hik hik hik (silap haribulan politikwang macam dalam pemilihan umno bakal berkembang...hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

25 Disember 2009

APA GUNA SIASAT?

Den kurang setuju tentang siasat miasat ni....

Anda fikirkan siapa yang akan menang/betul dalam kes ni

1) Siasat kaitan najib,adik najib dan big mama dalam kes altantuya

2) Siasat enjin jet hilang

3) Siasat Dsai liwat ke tak si sepol

4) Siasat apo punco tengganu manjang runtuh

5) Siasat tuduhan ke atas Chedet dan rm100 billion itu

6) Siasat permintaan chedet terhadap paklah dengan rm 270 billion itu

Bagi den kes kat atas ni den dah tau  jawapan sebelum mahkamah putuskan lagi....

utk kes

1) sorg pun tak terlibat

2) bukan salah gomen @ tiada menteri yang terlibat....cumo jeneral akan dikambing hitamkan

3) Dsai memang liwat sepol

4) Kontraktor hanya di senarai hitam.....pastu dia bukak kompani baru dan dapat tender gomen yg lain

5) Che det tak bersalah

6) Pak lah tak bersalah
--> Read more...
--> Read more...

TAHUN 2080

Den nak bawak korang ke tahun 2080....kerana pada tahun tersebut ada satu soalan STPM yang agak menarik bagi Paper Pengajian Am

soalan berbunyi bergini...Senaraikan nama isteri Perdana Menteri dari yang pertama hingga Perdana Menteri sekarang....yang menjadi menariknya......kesemua calon STPM berjaya memberi nama Big Mama, dan daripada kesemua calon itu 80% calon hanya mampu memberi nama Big Mama sahaja....yang lain dorang tak ingat...walaupun bini PM ketika itu....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

24 Disember 2009

1MALAYSIA HILANG!!!

Altantuya hilang...bila dah jumpo kantoi c4 pulak hilang dari simpanan pasukan keselamatan kita.
Adun Perak hilang...bilo dah jumpo....Perak pulak hilang dari PR
Raja Petra hilang....bilo dah jumpo... Bala yang hilang pun muncul kembali dengan cito baru
Enjin jet hilang....bilo dah jumpo.....reruponya ada satu lagi enjin jet yang hilang
MP hilang.....bilo dah jumpo masing masing bagi 1001 alasan kenapo hilang maso undi bajet yang mampu membuat 1Malaysia huruhara

mungkinkah ini satu petanda BN akan hilang kuasa.....

p/s  Bung Moktar hilang...bilo dah jumpo...reruponya tengah traning sehati berdansa dengan zizie untuk musim akan datang..
--> Read more...
--> Read more...

BODOH SANGATKAH KITA @ TERLAMPAU BIJAKKAH MEREKA

Bila sebut isu enjin kapal terbang.yang boleh dikatakan hot sekarang ni....banyak persoalan yang timbul tentang betapa AJAIB dan hebatnya negara Malaysia...

Persoalan yang bermula dengan isu kecil...PATI yang hari ni anta balik.... esok dah ada balik kat Malaysia hingga ke isu bagaimana c4 boleh dibawa keluar sewenang wenangnya,bagaimana imigresen boleh ghaibkan altantuya nya info....hingga lah kepada kehilangan 2..diulangi bukan satu tapi DUA enjin jet F-5E...den raso kalau berlaku kat negara luar dah kompom ado menteri yang letak jawatan kerana bertanggungjawab.....tapi masalah kek Malaysia ni...kim salam menteri nak letak jawatan....Terlampau bijakkah mereka?

enjin ilang tahun 2007..bayangkan dari 2007 sampai sekarang baru kantoi..baru nak cakap tiada niat tutup kes..... dari 2007 sampai la ni..di panggil apa...bukan percubaan tutup kes? Pakjib cakap dia dah wat laporan polis..(tapi tak ckap 2 enjin yang hilang)..masa sedar ilang.masa dia jadi menteri pertahanan....tapi kenapa tak di umum kepada rakyat....rakyat tak perlu tau benda yang dibeli menggunakan duit rakyat ilang ke? den ulang lagi sekali...lagi satu masa tu... kenapa tak ckap terus 2sebenar yang hilang...?Terus terang den tak percaya dia buat statement polis..sebab lepas dia buat press statement tersebut dia dah boleh tepon polis suruh create 1 statement yang bertarikh 2007 tersebut....lepas tu musa hasan pun backup.... memang ada 2 laporan kehilangan..hurm......Bodoh sangat kah kita

Den cukup tak paham penyokong berani mati umno yang tak boleh melihat kelemahan kepimpinan negara yang penuh dengan rasuah....briget jeneral yang dipersalahkan hanya disuruh besara....siap dapat pencen..,tapi peragut.... ragur handbag ada rm 10 ingit kena penjara.....(den bukan sokong peragut...ni hanya perumpamaan hik hik hik) perumpaan yang hina lagi mencuri RM10 dari mencuri RM100JUTA


BODOH SANGATKAH KITA @ TERLAMPAU BIJAKKAH MEREKA

p/s agak agaknya selama ni yang nuri terhempas semuanya sebab depa pi curi part nuri pastu ganti dengan part proton @ perodua? WHO KNOWS!!
--> Read more...
--> Read more...

23 Disember 2009

APA YANG INGIN DI BUKTIKAN?

Bila kita masuk memana blog baik blog pro pr,mahupun blog pro bn yang ada poll...kalau kita tengok result..sah sah kalu blog pro BN..bn la bagus..kalau blog pro PR..pr la bagus...contoh 1 solan yang sama tapi berbeza cuma kerana 1 blog pro PR 1 pro BN ...soalan macam ni..(blog pro PR).. anda setuju tgna letak jawatan MB Kelantan 90% tak setuju 10% setuju.... kalau (blog Pro BN) anda setuju nik aziz yang dah nyanyuk letak jawatan? 90% setuju 10% xsetuju .....(solan korang boleh ubah apa je.....layak dsai jadi PM,betul ke pakjib terlibat dlam kes altantuya...apa je la yang boleh divote)

Jadi kalau ini kita amik sebagai rujukan utk tahu Pr hebat atau Bn hebat,blog mana yang akan ada rujuk?
Tiada satu yang layak untuk dijadikan rujukan bukan?...jadi di sini boleh dikatakan apa yang anda baca di blog baik blog pro BN atau pro PR...jangan percayo bebulat...jangan terus anda terus bersubahat menyampaikan berita yang tak tau betul@fitnah di kedai mamak....menjadikan ia satu isu yang boleh meretak belahkan hubungan antara kaum di malaysia....Dan pada student,...jika ada dorang kaitkan dengan sejarah..jangan di ambil sebagai rujukan ...kang ado yang kena buang ipt... hik hik hik

Harapan saya pada pilihanraya nanti undilah orang yang yakin dan percaya boleh membawa kemajuan/kemakmuran/kesenangan  di tempat anda dan bukannya parti yang anda taksub....hik hik hik macam dah dekat je pilihan rayo....hik hik hik

Post ni ak updatekan kembali
--> Read more...
--> Read more...

STATISTIK MAHKAMAH RAYUAN

Den terpanggil juga dengan isu Mahkamah Rayuan yang hebat dalam membuat kejutan...antara kejutan...

1) Kes MB Perak - Mahkamah cakap PR punya, sampai kat Mahkamah Rayuan cakap BN punya (beza seminggu je mahkamah rayuan dah wat keputusan) 1 - 0 
 


2) Kes SPRM - Mahkamah cakap soal siasat ikut masa pejabat, sampai kat Mahkamah Rayuan....ko boleh soal siasat ikut suka hati ko bilo ko nak buat... (pun sama lebih kurang tak sampai sebulan mahkamah rayuan dah wat keputusan) 2 -0


3) Kes Liwat Dsai - Mahkamah cakap bagi bukti kat dsai..sampai kat mahkamah rayuan jangan bagi pulak.....pastu lagi kes liwat dsai...Mahkamah cakap bicara....Dsai bawak pi mahkamah rayuan mintak takyah bicara sebat bukti tak kukuh. tapi Mahkamah rayuan tolak (bebulan bulan baru tolak ni tak termasuk kes kena tendang dari TPM..kes nalla  mahkamah suruh bagi dsai bukti.mahkamah rayuan pulak cakap sabar dulu sayang. tak perlu terburu buru macam tu pulak....eh...banyak la pulak dsai nya kes kat mahkamah hik hik hik ) 5 -0 


4) Kes Tian Chua gigit polis(hik hik hik)- Mahkamah jatuhkan hukuman pada bulan 10/2009, Tian chua buat rayuan tapi  Mahkamah Rayuan, 01/2010 baru nak dengar rayuan. (lambat la pulak? bebulan bulan baru nak dengar rayuan balik) 6 - 0


5) Kes Dun Kota seputeh - Mahkamah cakap dikosongkan pada bulan 11/2009 pastu abu hassan dgn spr buat rayuan, Mahkamah Rayuan nafikan kekosongan tersebut lalu menghalang Writ Piliharaya dikeluarkan oleh SPR dan tiada pertandingan . 7 - 0
  
7 - 0 gila hebat....hebt BN belasah PR sekali pun PR tak ponah monang hik hik hik....

yang den paling geram tu ado kes bertahun tahun tak hehabis....ada kes seminggu je dah tau jawapan rayuan.....apasal jadi macam tu? oklah jika kekangan masa di jadikan alasan apo kata selain SPRM yang mahkamah rayuan tu bagi soal siasat sampai tongah malam apo kata..mahkamah pun bersidang sampai tongah malam copat sikit habis kes..kes,.... tak kisah la mahkamah rayuan ke mahkamah tinggi ke seksyen ke syariah ke.........ini tak kes altantuya kek 3tahun baru abis..... kes norzi ayu student ukm 5TAHUN baru selesai..nasib mamat tu bersalah kut tak...5tahun dalam penjara merana tak bersalah...kes pramugara terlampau kek 3tahun jugak kes norita  kek setahun hanef basri tu duduk dalam lokap pastu bebas tak besalah.....jadi sapo nak ganti rugi maso mamat tu kat dalam lokap.

Den tau kang ado yang komen den tak paham prosedur mahkamah...den tak nafi den kurang arif..dan den tau nak selesaikan kes bukan macam nak beza warna hitam dan putih...den tau dorang nak cari/kumpul bukti dan sebagainya. tapi yang den tak puas hati kenapo bila tengah bicara lopeh tu tangguh kek bebulan bulan.. kenapa tak sambung esok/lusa/tulat? apasal? bila dah dibicara pasti dah ada bukti jadi kenapa nak tangguh bebulan bulan takdo bukti takan dorang nak bawak ke mahkamah....ni tak dengar kes 1hari pastu nak dibicarakan 4...5 bulan lepas tu apahal? Banyak sangat ke kes kat Malaysia ni? kalau banyak maknanya Maaysia ni tak aman la sebab banyak ke kat mahkamah?


Andai satu ketika dahulu apabila rakyat mengatakan mahkamah sama je makan rasuah/ikut telunjuk BN/kroni BN lelebih lagi apabila kes korek korek korek lingam.....(haaa ni pun ngarut nya kesudahan) apakah mereka mengambil langkah bijak tapi bodoh? Bagi PR menang dulu pape kes kat mahkamah tinggi/seksyen... nanti kek mahkamah rayuan kompom kito monang balik.....apakah ini yang berlaku?


yang pasti den cumo nak tau kenapo benda ni berlaku...apapun den sokong MAHKAMAH RAYUAN BAB NI JE S.I.L.A.B.A.C.A
 
--> Read more...
--> Read more...

22 Disember 2009

Berita terkini tentang BALA

Berita masa hadapan

Tampoi 11 Jun 2010 - Dr Jainab Toyo,Ketua pakar sakit jiwa Hospital Bahagia Tampoi memberitahu, Bala yang suatu ketika dulu yang dikenali  dengan isu angkat sumpahnya dilihat semakin sihat setelah 6 bulan berada disini.Pada mereka yang lupa Bala dimasukkan ke sini setelah didapati mengalami tekanan mental dengan tuduhan melampau beliau terhadap Perdana Menteri kesayangan kita.

Rakyat dikejutkan dengan akuan sumpah yang di buat oleh bala dan kemudian..mengeluarkan akuan sumpah yang berbeza dan ghaib selama setahun.Kemudian bila sudah muncul kembali, membuat kejutan dengan membabitkan pula adik kesayang Dato Seri Najib dengan isu Altantuya yang kita sedia maklum telah dibunuh oleh 2 orang polis gerak khas.

Setelah itu siasatan dibuat oleh SPRM tentang pengakuan tersebut dan juga mengambil keterangan bala di singapura mendapati rupa rupanya bala menghadapi sawan,meroyan,gila isim dan pelbagai masalah mental.Dengan itu semua akuan sumpah beliau digugurkan.

Dr Jainab menyatakan bahawa bala amat menyesal dengan apa yang berlaku yang hampir membuat 1Malaysia porak peranda.Namun apabila kami ingin mengambil gambar terkini Bala, Dr Jenab melarang keras kerana Bala amat fobia dengan kamera.

- Bernama

p/s korang raso ada logik tak fantasi den ni berlaku? hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

21 Disember 2009

UNDANG UNDANG DILIWAT

Memang kek memano negaro pun undang undang mereka tak sempurna melainkan mereka yang mengamalkan hukum Allah s.w.t

Korang renungkan seketika...bila mamat ni dari PR keluar masuk BN.....abih dicanangkan...diceritokan kehampehan PR.....begitu jugo sebaliknya,,,,keluar BN masuk PR abih di bogelkan kelemahan BN.... memang ada bagusnya...memang ada baiknya supayo kito rakyat nampak apa yang berlaku dalam kedua dua gabungan politik....baik dalam BN baik dalam PR....cuma pekara ini dah keterlaluan dan diambil sebagai kesempatan untuk membodohkan rakyat.....kes lompat parti...antara isu yang memperbodohkan rakyat..kerana rakyat undi untuk perubahan tapi bilo dah monang...dio lompat .....sokong parti yang takdo buat perubahan.....

Dan masalah yang makin ketara berlaku sekarang.....penggunaan sprm...polis...mahkamah untuk kepentingan peribadi..bukan untuk kepentingan negara...sebagai contoh

1) sorang mamat ni keluar dari PR.masuk BN.maso kek BN..tetiba pi SPRM cakap si polan kat PR terima rasuah..siap ada bukti.....

2)sorang mamat ni keluar dari BN masuk PR....tetiba pi SPRM cakap si polan kat BN ni....melakukan seks luar nikah dengan bini orang ni....siap ada video lagi.

3)haaa yang ni latest nya isu....sorang mamat ni keluar BN tetiba ada bukti kes saham berjuta juta...si HJ PR yang demam tak datang maso undi bajet bebaru ni. (kalau ikut blog pro BN saham maso tahun 92/93..masa dorang dalam UMNO..) bagi den biasa laa dah dalam umno memang semua kerja haram jadi HALAL.... 

Berkenaan isu ke 3 tu..den baco online paper..takdo disebutkan bilo tarikh saham dibeli....baco blog pro BN saham tahun 92/93 ..den jadi mushkil dalam paper online kenapa tak disebut bila tarikh pekara ini berlaku.....hik hik hik apakah dorang takut ramai yang berpendapat macam den....yakni...... den ulang sekali lagi.....BILO DALAM PUAK UMNO YANG HARAM JADI HALAL


DEN HARAP ADA PUAK BN YANG NAK BALAS AYAT DEN YANG KEK ATAS TU YANG KALER MERAH TU!!  isu tahun 90an beb memang teterang masa dalam umno......hik hik hik....bodoh nya isu.....mano tau dia dah kluar umno....dah insaf.....kut masih dalam umno la...aku raso isu ni sampai kiamat tak keluar...hik hik hik lagi satu isu BTN yang korang riuh tunjuk youtube dsai dengan MB selangor ...masa tu dorang parti apa? UMNO....hik hik hik


dan pelbagai contoh la lagi den boleh bagi.....cumo yang jadi persoalan den....

kenapo masa anda dalam parti tersebut anda tidak keluarkan permasalahan tersebut?....
apakah anda takut dipulaukan kerana anda membuka pekung kawan sendiri?
Apakah anda mempunyai agenda? seperti anda kumpulkan bukti...anda mengadap pemimpin parti lain dan anda mintak sejumlah duit untuk keluarkan isu tersebut...dan mereka bersetuju.....dan perancangan dibuat dengan langkah paling awal anda keluar parti tu...masuk parti ni.....

Dan solan den paling utama....Apakah mereka yang melakukan pekara ni tak boleh didakwa kerana bersubahat? kerana mereka secara tak langsung terlibat ketika mereka berada dalam parti tersebut...maksud den.. beliau ada ketika waktu kejadian.Kebarangkalian juga beliau juga dpat sedikit habuan....tapi disebabkan semuanya duit tu masuk a/c mamat tu... atau saham tu atas nama mamat tu..mahupun  projek tu atas nama kopeni mamat ni.......apa pun sahajalah yang mampu mensabitkan mamat ni dengan penjara... mamat ni dengki pi cakap kat SPRM.....

Jadi apa kata lepas ni kalau ada mamat yang dari lompat parti buat aduan...apo kato siasat sekali yang buat aduan....dan kalau betul teribat samo,hukuman lagi berat dari mamat yang dio buat aduan ..kalau dio tak salah kompom dia berani buat aduan..kalau dio terlibat samo..agaknyo ado berani tak dorang?...kengkurangnya isu lompat parti ni dapat di kurangkan...
--> Read more...
--> Read more...

APA FUNGSI DEWAN RAKYAT?

Soalan dari tajuk den tu korang jawap la sendiri(jangan tak jawab hik hik hik)....sobab ia akan berkaitan dengan cerita yang den nak citokan ni.. isu bebaru ni..dimano puak BN bersyukur bajet najib lulus.....puak PR bangga/sedikit kecewa dengan kekalahan tipis undian tersebut..

Korang bayangkan lah... dari puak BN 66 ahli parlimen dari 137(tolak sorang speaker)orang yang datang termasuk PM dan TPM itu pun ado yang di tepon suruh datang baru datang. tapi kengkurangnya datang...yang puak PR tak pulak bijak nak amik peluang panggil kaum kerabat datang?(atau depa memang bengap?atau MP PR takda hanpon?mahupun kredit nak tepon? hik hik hik).....

maknanya 70 orang ahli parlimen BN yang tak hadir ke dewan rakyat

Dari puak PR 63 ahli parlimen dari 82 orang yang datang makna nya 19 orang yang tak hadir ke dewan rakyat..yang hebatnya pkr mjoriti dari lembah klang...itu pun tak leh nak sampai.

Wahai rakyat Malaysia yang bangga dengan pemimpin masing masing.......den ulangi...70 ORG dari BN dan 19ORG dari PR tidak hadir ke dewan rakyat untuk melaksanakan apa saja jawapan korang bilo den tanyo fungsi dewan rakyat memulo tadi....

Ni den tak masukkan calon bebas.....

Wahai rakyat Malaysia apakah ke 89 ORG ahli Parlimen pilihan korang yang tak hadir ke dewan rakyat mempunyai alasan yang sama?......berapa ramai yang demam/sakit? berapa ramai yang berada kat luar negara?...berapa ramai yang ada masalah kat kawasan masing masing hinggakan terpaksa pulang dari menghadirkan diri ke dewan rakyat?...berapa ramai yang takde duit nak beli tiket kapal terbang mahupun tertingga kapal terbang?....berapa ramai yang sebenarnya yang makan gaji buta dengan jawatan AHLI PARLIMEN?

Apa pun alasan Ahli parlimen anda....anda nilai la sendiri......memang ia secara kebetulan.....dan den tau kalau kebetulan lah ahli parlimen PR ramai dari BN memang undian bajet tu takkan berlaku....dan dsai...dengar cita anak hang sendiri tak datang.......apo punco ehh... den tengok MP lain yang tak datang ado gak bagi alasan..tapi sehingga posting ni di tulis den tak jumpo kek memano blog tentang kenapo izzah tak datang....hik hik hik ko sobab abah dah datang...anak tak yah pi....hik hik hik
--> Read more...
--> Read more...

 

  © 2009 Tukang Sapu

TUKANG SAPU Blogger Template by T€P€T